[warning: this is a reeeeeally long entry. brace yourself.]
ini adalah laut mati. semua orang tahu kalau kita mandi kat laut tu kita akan terapung atas air. semua orang tahu gak sebab kandungan sulfur dan garam yang terlampau tinggi, lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa sekaligus menyebabkan semua benda timbul di permukaan air.
kalau dari sejarahnya pula, Laut Mati merupakan Kota Sadum iaitu kota kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan songsang (homoseksual). kemurkaan Allah menyebabkan bumi di situ diterbalikkan hingga tenggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan orang-orang beriman diselamatkan Allah dan mereka tinggal di Jerusalem.
tahukah anda...
kaum Nabi Lut (masyarakat Sadum) melakukan perbuatan songsang yang tak pernah seorang pun di seluruh dunia melakukan sebelum mereka. mereka mendatangi lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan dan melakukan perbuatan terkutuk ini dalam majlis-majlis. kalau ada pendatang masuk ke Sadum, pasti takkan selamat dari diganggu oleh penduduk Sadum. kalau pendatang itu lelaki yang kacak dan macho, pasti dia akan jadi korban perbuatan keji kaum lelaki Sadum dan kalau pendatang itu perempuan muda yang cantik jelita, dia pula akan jadi mangsa perbuatan songsang kaum perempuannya.
kaum Nabi Lut ini jenis yang degil. mereka menyuruh Nabi Lut berhentikan penyebaran dakwahnya dan mereka ugut akan usir baginda dan ahli keluarga baginda dari Sadum sekiranya baginda enggan berhenti berdakwah. kaum Nabi Lut ini sudah buta dan tuli hatinya sehinggakan Nabi Lut sendiri rasakan yang kaumnya sudah tiada harapan untuk berubah. sampai Nabi Lut terfikir, untuk mencegah penyakit akhlak kaumnya daripada menular ke penduduk-penduduk terdekat adalah dengan cara menghapuskan mereka dari muka bumi ini.
akhirnya, doa Nabi Lut diperkenan dan dimakbulkan Allah. Allah mengirim tiga (some say two) malaikat untuk menyamar sebagai manusia. mereka ini malaikat yang bertemu dengan Nabi Ibrahim dan membawa berita atas kelahiran Nabi Ishak. malaikat-malaikat ini juga yang beritahu pada Nabi Ibrahim bahawa mereka adalah utusan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Nabi Lut. Nabi Ibrahim memohon agar Nabi Lut diselamatkan daripada azab yang akan diturunkan ke atas kaum Sadum.
para malaikat sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berwajah kacak dan macho serta berbadan sasa dan tegap. mereka bertemu dengan Nabi Lut setelah meminta untuk menumpang di rumahnya. Nabi Lut jadi bingung kerana khuatir tetamunya akan menjadi korban pemuas nafsu kaumnya yang dahagakan seks sejenis dan dia sebagai tuan rumah seharusnya bertanggungjawab kepada keselamatan tetamunya. sedangkan Nabi Lut tahu dia sebenarnya tak berdaya melawan kaumnya. baginda akhirnya pasrah kepada Allah dan menerima tetamu-tetamu kacak itu.
Nabi Lut telah berpesan kepada keluarganya supaya merahsiakan kedatangan tetamunya itu namun isterinya telah bertindak membocorkan berita kedatangan tetamu Nabi Lut kepada kaum Sadum. kemudian, datanglah beramai-ramai lelaki-lelaki Sadum yang dahagakan seks songsang ke rumah Nabi Lut. mereka menjerit dan memanggil Nabi Lut supaya melepaskan anak-anak muda itu kepada mereka untuk dijadikan pemuas nafsu songsang mereka.
Nabi Lut enggan buka pintu. sebaliknya baginda berseru agar mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan ganggu tetamu yang datang dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan. namun, seruan dan nasihat-nasihat Nabi Lut tidak dihiraukan. bahkan mereka desak akan menolak pintu rumah Nabi Lut dengan kasar jika pintu tidak dibuka. Nabi Lut berasa dirinya dah tak berdaya. maka baginda berkata secara terus terang kepada tetamunya...'Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)' - Surah Hud, Ayat 80.
apabila mendengar keluh-kesah Nabi Lut , lantas anak-anak muda itu memberitahu perkara sebenar, yang mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia diutus Allah untuk menurunkan azab dan seksa ke atas kaum Nabi Lut atas kemungkaran yang keji itu. malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Lut membuka pintu rumah seluas-luasnya agar dapat memberi kesempatan kepada orang-orang yang dahagakan nafsu dengan lelaki itu masuk.
sebaik sahaja pintu dibuka, mereka pun terus menyerbu masuk ke rumah Nabi Lut. tetapi apabila mereka melangkah kaki untuk masuk, tiba-tiba pandangan mereka menjadi gelap dan mereka tidak dapat melihat apa-apa pun. rupanya-rupanya malaikat telah membutakan mata mereka.
mereka yang telah dibutakan itu berada dalam keadaan kacau bilau dan berlanggar antara satu sama lain, menjerit-jerit kenapa mereka buta secara tiba-tiba. para malaikat berseru kepada Nabi Lut untuk meninggalkan segera bumi Sadum kerana sudah tiba masanya azab Allah ke atas penduduk Sadum.
dalam Surah Hud Ayat 81, Allah berfirman yang bermaksud 'Pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun diantara kalian yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka adalah pada waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?'
dalam Surah Hud, Ayat 82 - 83 : 'Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang diatas ke bawah (Kami balikkan) dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh daripada orang-orang yang alim.'
menurut kata para ulama, ketika azab diturunkan, Malaikat Jibrail menghancurkan dengan hujung sayapnya tujuh kota kaum Nabi Lut. Jibrail mengangkat kesemua kota itu ke langit sehingga para malaikat mendengar suara-suara ayam dan gonggongan anjing mereka. kemudian Jibrail membalikkan tujuh kota itu dan menumpahkannya ke bumi. saat terjadinya kehancuran, langit menghujani mereka dengan batu-batu neraka, iaitu batu-batu yang keras dan kuat yang datang silih berganti. batu-batu itu terus menghujani mereka sehingga kaum Nabi Lut musnah semuanya. tiada seorang pun di sana. semua kota hancur ditelan bumi sehingga terpancarlah air daripada bumi. hancurlah kaum Nabi Lut dan hilanglah kota-kota mereka.
Allah meninggalkan kesan-kesan kehancuran kota itu sebagai peringatan kaum kemudian yang melalui jalan itu. kesan kemurkaan ini, Allah tidak membenarkan satu makhluk pun hidup di dalamnya. sebab itulah Laut Mati tidak berpenghuni. ia tidak didiami hidupan laut. di sekitar kawasan Laut Mati juga tiada satu pun tumbuhan yang tumbuh melata. jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik. manakala lautnya pula wujud di atas aras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung. demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran bagi hamba-hambaNya.
footnote : sumber rujukan dari novel 'Aku Benci Kau'. iya, walaupun novel cintan cintun tapi tetap ada ilmu yang bermanfaat dan yang boleh dijadikan pengajaran. so, jangan pandang rendah okay pada novel cinta. heee....
1 comment:
besnyeeee. cite laa lagi ezan
Post a Comment