Followers

Tuesday, December 7, 2010

lagenda budak sengal

perhatian : ini bukan kesinambungan drama lagenda budak setan. huhu.


saya ada kawan. nama dia ummu athiah. tapi kesian. dia sengal. kenapa saya kata dia budak sengal? sebab dia kawan dengan saya, tu yang dia jadi sengal. haha. kami ni sangat sengal sampai boleh lawan kentut siapa paling busuk. kahkah. dah takde malu dah. kira macam adik-beradik. kalau nak terkentut boleh pula siap bagitahu satu bilik...'eh aku nak kentut jaga-jaga busuk kang!' sengal tak sengal tak? ;p

pastu orang lain sibuk study, kami 2 ekor mambang ni boleh lak kunci bilik duduk berdua pastu karaoke. pasang lagu kat laptop pastu karaoke lah kami dan siap rekod lagi. lepas dah rekod, play balik bantai gelakkan diri sendiri. siap modify rekod tu fast forwardkan so dia macam jadi suara itik. yang ni kami gelak sampai rasa nak nangis. gila vavi kelakar.

kami berdua ni ada tabiat suka snap gambar orang tengah tidur masa zaman kampus dulu. hahaha. haida and diana selalu jadi mangsa. pastu kihkihkih gelakkan gaya orang tidur. macam-macam gaya. macam nak solat pun ada, macam tengah angkat takbir pun ada. bukan takat gelak slow-slow, lepas orang tu bangun kitorang siap tunjuk kat dia then dorang pun join gelak. habis satu rumah tu bantai gelak.

dalam sengal-sengal kami tak sangka 7 tahun dah kami berkawan. saya sayang kawan sengal saya dan dia jugalah kawan dunia akhirat. dan sekarang budak sengal sudah bertukar status. tak sangka budak sengal yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang dah kahwin. eh jangan kau jadi puan sengal pulak ummu lepas kahwin ni! haha.


4 comments:

nurul azida ahmad said...

wah, cntknyer gmbr!

Ezzan Yusop said...

zida : trimas trimas. saya terharu! ;p

Apple Cute said...

apesal kome ku x muncul ek? semlam da komen..hukhukhuk

"aku sangat menghayati pic ummu nangis :'(...rase nak nangis jugak "

Ezzan Yusop said...

ayu : xde pun masuk email aku. hehe. kan kan. sedih woo masa dia nikah. aku lak nangis habis eyeliner i. muahaha!