Followers

Saturday, August 13, 2011

ketuk-ketuk ramadhan



weekend datang lagi. tiba masanya untuk saya mengasah bakat di dapur. weeee. yes, you heard it right! saya dah berubah menjadi super super rajin. sehingga mengejutkan mak ayah. mereka hairan naik pelik. anak aku ke ni? tak tahu kenapa bila ramadhan je dia punya rajin masak tu melampau-lampau. wah si ezzan dah pandai masuk dapur.  *   cry of joy  ^__^   *

so, hari ni saya telah melaksanakan misi yang paling penting. iaitu membuat PUDING ROTI. ye, puding roti yang senang ya amat (according to some) tu baru saya nak buat. sebenarnya kan, dari duluuuuuuu lagi dah nak belajar buat puding roti. especially bila pergi ke hotel-hotel kan makan buffet most of the time mesti diorang ada provide puding roti dengan vanilla sauce dia kan. yang paling menimbulkan semangat nak buat puding roti ni bila makan puding roti dengan Hotel Parkroyal KL. hujung tahun lepas. ye, hujung tahun lepas tapi tahun ni dah sampai bulan ogos baru nak belajar kan. heh.

korang nak ke tau resepi puding roti ni? hmm ala...macam banyak je kan kat internet. saya pun guna yang saya dapat dari internet je. saya cari yang simple je. bahan-bahan pun simple je, tak banyak. 4 keping roti, 2-3 biji telur, 1 sudu besar butter, 1/4 cawan gula, 200ml susu cair (then saya sesuka hati tambah 50ml fresh milk huhu), 1 sudu teh esen vanilla....hmmm rasanya tu je kot. oh ye, kismis! ;)


bakar roti-roti tu semua. lepas dah bakar, carik-carikkan masuk dalam loyang. pastu taburkan kismis. suka hati tipah lah nak segenggam kismis ke, nak sesudu ke. terpulang. pastu cairkan butter tadi tu dan lepas tu tuang dalam loyang tadi tu. pukul telur, gula, susu dan esen vanilla tadi tu sampai sebati. dah sebati, tuang campuran tadi tu dalam loyang. biar sekejap untuk campuran tu meresap dalam roti. kalau korang suka kismis sangat-sangat bolehlah taburkan lagi lebihan kismis tu kat atas. atas campuran tu lah takkan atas siling kot kan.

eh, sebelum buat tu make sure oven tu dah dipanaskan ye. 180 darjah celcius (tiba-tiba taktau kat mana nak cari simbol degree kat keyboard ni? ;p). kome pun bakor ler campuran puding roti tu selama 20-25min. tapi macam tadi, saya buat sesuka hati je sampai 35min. hehe. sebab selagi tak keperangan tu selagi tu tak puas hati. dah cukup masak, keluarkan dari oven...dan ngap! (kalau tak puasa lah)

TADAAAAA!!!!!!
bila berbuka tadi, paksa semua makan puding roti tu dulu. kijam. as usual, ayah was the first one to respond. SEDAP. wahhh suka suka! adik pula cakap...'sedap kak!'...wah kembang hidung dah ni....tunggu turn mak je ni nak puji....'hmm boleh tahan sedap jugak lah'...yatttaaaaaaa!!!! i did it!!! berjaya berjaya!!  *  pat myself  *

tapi.......mana vanilla sauce nya??!!! some of you might ask. well, tak sempat lah nak surf macam mana nak buat. haha. tapi saya ada baca, selain makan dengan vanilla sauce yang nyum-nyum tu, boleh gantikan dengan aiskrim. yes, aiskrim vanilla. i did exactly that. and trust me when i said, it is quite good! :) tak caya nanti try la ek...heeee...



up next : terasa macam nak buat brownies lah plak.chocolate brownies yang ada nuts. macam kat Secret Recipe tu. hehe..



4 comments:

dd dudu said...

wahhh suke2 ganti ngn aiskem, lg menyelerakan ;p


aci x xnak ltk kismis?? ganti ngn ceklat cip aci x, keh keh keokkk

Ezzan Yusop said...

dd : hehehe sangat menyelerakan... bila makan panas2, pastu ada eskem. sedap...;)

aci2....tp....xcair ke nnti cekelat cip tu nanti bila bakar?

hanumHae said...

sedaappppnyaa tgk. nak try lah ezzan! hikhik. *harap2 mood rajin hanum muncul*

intan syafinaz said...

nyumm2..nmpk sedap n menarik!!xpenah makan lg puding roti..nnt nak try wt jugak la