Followers

Saturday, August 20, 2011

dessert masterclass




ceh. masterclasslah sangat. padahal buat dessert yang simple-simple je pun, junior masterchef boleh buat yang super hebat lagi. heh. anyway, last week cakap nak buat brownies kan tapi kan.....tapi kan....bila tang nak kena guna tepung dan baking powder, tetiba penyakit 'M' tu datang. jadi decide nak buat puding caramel je lah. again, my first time. selalu beli kat bazaar kan. sepotong adalah mahal sampai dua hinggit. tak berbaloi.

actually resepi ni saya campur-campur. satu ambil dari officemate dan satu lagi, google lah maria. first of all...hanguskan 3/4 cawan gula dengan api yang amat perlahan sehingga cair dan keperangan. jangan perang sangat tau nanti pahit tak sedap pulak. saya hanguskan atas loyang yang akan digunakan untuk buat caramel tu je. malas mak nak guna banyak noo periuk. dapur kecik. heh. lepas dah cair and perang sikit, tutup api. biarkan seketika. make sure ratakan ek gula tu supaya permukaan loyang penuh dengan gula. 

lepas tu blend 5-6 biji telur (most of the recipes yang jumpa mesti kata guna 5 biji telur gred A. ate, gred lain tak boleh ke? ahh lantak saya tak tahu guna gred berapa tapi guna 6 biji) dengan 3/4 tin susu cair, 1 sudu besar gula, 1 sudu teh esen vanilla dan kalau nak manis lagi, 1 sudu susu pekat manis. saya guna satu sudu teh je pun. blend semua bahan-bahan tu sampai kembang dan larut. after that, tuang campuran tadi tu ke dalam loyang yang ada gula tu. kemudian, kukuskan selama 45 minit ataupun sehingga masak. once dah masak, jangan korang terus telangkupkan kat atas pinggan lak. relek dulu. ada yang masuk peti ais nak sejukkan dia. tapi saya biar je dalam suhu bilik. sejuk sendiri. baru lah korang boleh telangkup.


yatta!!! berjaya sudah buat puding caramel!! dah boleh kahwin dah!!! ;p


oleh kerana saya menggunakan loyang yang terlebih besar sikit, terus nipis caramel iiii....huhu. takpelah kan nipis-nipis, senang nak makan. kalau tebal rasa muak lak nanti (ayat nak sedapkan hati sendiri)



* footnote 1: bagi jiran 3 slices walaupun ragu-ragu sebab dah lah first time masak. pastu boleh terus bagi orang rasa. hehe. oleh sebab takut dikomen masa bagi tu awal-awal cakap "kalau tak sedap jangan beritahu kitee tauu..."...then bila dorang dah rasa..."dah boleh meniaga dah ni, bukak gerak kat bazar!"...motip? ;p

 footnote 2 : motip member-member dah order, siap suruh buat caramel jadi juadah masa open house raya nanti? konfiden je ada open house tahun ni...huhu...


3 comments:

Nava.K said...

this is so gorgeous and yummy.

dd dudu said...

eh cool la ezann nipisss

hak hakk


dd terliur tgk di pagi2 ini T_T

Ezzan Yusop said...

Nava.K : thanks! :)

dd : cool ek dd...haha! ezan lak terbyg caramel tu lg...hihi!