Followers

Tuesday, December 18, 2012

lelaki vs perempuan (part 1)



ok. takdelah battle sangat kan. cuma aku nak sambung cerita pasal kursus yang aku pergi hari tu. kadang aku rasa tajuk kursus tu macam takde kaitan sangatkan dengan apa yang aku belajar. haha. anyway, as i mentioned in my previous post, speaker kursus ini, kita panggil dia pak utih eh sebab dia sendiri bahasakan diri dia pak utih. hehe chomel. pak utih banyak bercerita pasal perbezaan lelaki perempuan. 

for instance, otak lelaki lebih besar sedikit dari otak perempuan. ok iols baru tahu yang tu. dan lelaki ni dari kecil lagi masa baby memang lebih tertarik dengan benda-benda. dia tunjuk satu video eksperimen 2 baby yang berumur lebih kurang sebulan lebih - sorang boy dan sorang girl. baby girl ni lebih memandang kepada manusia. kira macam perhatian dia lebih kepada muka orang. while baby boy tu masa diagah-agah tak pandang pun muka orang tu tapi bila orang tu macam tunjuk belon kat dia, baby boy tu akan pandang. bila digantikan dengan muka orang tadi tu, dia tak pandang.

lagi satu, pak utih nasihatkan ibu-ibu kat luar sana supaya toksah lah risaaaauuu kalau anak lelaki lambat sikit bercakapnya daripada budak perempuan. yang ni dia jalankan eksperimen kat cucu pak utih sendiri. cucu pak utih lelaki. umur 2 tahun. orang duk suruh dia sebut 'kakak' dia sebut 'tuti', suruh sebut atuk nenek semua, 'tuti' jugak dipanggilnya. aku rasa tuti tu nama maid tapi tu pendapat aku lah. heheh. and then ditunjukkan satu video budak perempuan yang umur 2 tahun gak tapi dah boleh nyanyi lagu Adele - Someone Like You dengan penuh perasaan walaupun bunyi dia macam nemind i pind shomeone ike chuuuu....tapi woahh aku pun tak hafal lagu tu hokay...

otak perempuan ni sentiasa berfikir. orang perempuan kalau kat office, fikir pasal kerja dan rumah dan famili. bila balik rumah lak, perempuan akan fikir gak pasal kerja. dia akan fikir esok kerja nak pakai baju apa, kerja mana yang nak siapkan dulu yada yada yada. meaning 24hours asyik berfikir (patutlah perempuan cepat tua sebab asyik fikirrr je - ceh yang ni aku menambah-nambah hahah). lelaki pulak lain. bila kat rumah, tak fikir sangat. kat office, yes dia akan berfikir. tapi fikir pasal kerjalah. pak utih cakap otak lelaki ni macam monotonous. that's why lelaki ni kalau dia fokus kat sesuatu benda, memang dia akan bagi konsentrasi 100%.

and perempuan kalau nak bagi arahan kat lelaki (tak kisahlah budak kecil ke yang dewasa ke), arahan tu kena disampaikan satu persatu (remember monotonous?). tak boleh arahan macam ni..

"amir, jangan lupa basuh kasut sekolah. baju kat ampaian tu pun jangan tak diangkat, nanti hujan. penat je basuh tu. pastu sebelum keluar main bola tu, tolong ibu lipat kain and make sure homework siapkan dulu baru boleh main!"

selalu kan kita dengar mak kita bagi arahan macam ni. kalau budak perempuan, dia memang boleh ingat segala arahan tu. tapi budak lelaki. dia akan ingat yang pertama tu "basuh kasut sekolah" dan yang terakhir which is "main". nanti dia buat tu je. pak utih ni tak berapa berkenan dengan tadika-tadika di malaysia ni sebab campurkan budak lelaki dan budak perempuan. dia kata budak lelaki kalau kat tadika akan rasa stress sebab dorang ni 'lambat' as compared to girls. satu lagi, transition dari satu subjek ke subjek yang lain pun memberi impak. otak lelaki memerlukan at least 10 minutes to 'switch gear'. pak utih ni apart from being a motivational speaker, dia juga ada tadika and dia gubah silibus untuk tadika tu in a 'boy-friendly' environment. means satu hari tu satu subjek supaya budak lelaki tak stress dalam pembelajaran.




buat masa ni, aku cerita yang ni je dulu. nanti iols sambung ok dengan perbezaan pendengaran lelaki dan perempuan. banyak lagi fakta-faktanya uolssss. tunggu tau........................ ;p





Monday, December 17, 2012

transformasi minda



sooooo gomen kan tajuk entri iols. hahaha. ok ceq nak habaq mai. last week aku attend satu kursus ni kat office aku. kursus pengurusan stress dan transformasi minda...katanyerrr. stress ke iols kat sini? tak pun. cuma stress bila hujung tahun ni nak cuti kemain ligat lagi bos aku nak approved. nyampah i. berbalik pada tajuk entri. sejak bila si ezzan rajin attend kursus ni? kan ke dah cukup 7 hari? well, macam biasa. ikut kawan....

tapi kan, aku sangat TAK menyesal pergi kursus ni. serius ni. one of a few courses yang aku sangat enjoy. aku terasa macam pergi kem-kem motivasi masa zaman sekolah dulu. maybe because speaker dia daebak kot. jadi aku tak menguap langsung sepanjang tempoh kursus tu. wahhh ajaibnya! 

masa kursus ni dia buat satu ujian. nak tahu sebenarnya kita ni sesuai ke tak kerja gomen. and kalau kerja gomen kat bahagian mana yang kita sesuai sebenarnya. menarik sungguh. aku pun duk jawablah questionnaire yang dorang bagi. bila dah buat kira-kira semua, aku ni tergolong dalam group yang pencapaian paling tinggi, kuasa second, perhubungan third dan last adalah jaminan.


ok, mengikut apa kata survey (speaker) berkenaan, orang yang berciri-ciri macam graf ini tak sesuai kerja kerajaan, baik meniaga jer. hahahahah. gelak besar aku masa kursus tu. dia kata lagi orang macam ni, dia suka bebas tu pasal dia akan asyik mengulor je kerja....muahahaha! kena lagi batang hidung aku. orang macam ni jenis tak kisah sangat dan tak cerewet. dalam bab bekerja, janji kerja siap. tak kisah lah nak guna cara yang paling ringkas ke apa. (yang ni aku setuju). yang paling tak tahan siap cakap...mostly orang ciri-ciri ni mempunyai sifat maskulin! wahhh lagi gelak guling-guling aku. hahahah (gelak kasar suara garau ;p)

sesiapa yang kuasa dia tinggi, orang macam ni suka mengarah orang je kerja dia. dalam bahasa kasarnya, gila kuasa. yang perhubungan tinggi, orang macam ni sesuai kerja kat service counter sebab ciri-ciri orang macam ni suka berinteraksi dengan orang. mementingkan hubungan sesama manusia. kira kalau orang minta tolong tu memang akan ditolong dengan sehabis baiklah. lastly, ciri-ciri orang yang tinggi jaminan dia adalah setiap pekerjaan yang dia lakukan, dia mesti nak tahu "what's in for him/her?". kira macam 'apa yang aku dapat kalau aku buat camtu'. this type of person ni sesuai jaga QC kat dalam sesuatu organisasi. no no bukan queen control hokay, quality control sebab seorang yang cerewet dan detailed.

so, there you go! pembelajaran untuk hari ni.....banyak lagi sebenarnya aku belajar masa kursus ni. paling best perbezaan lelaki dan perempuan. ni bukan takat physical differences je. pasal beza otak lelaki dan perempuan. pasal pendengaran lelaki perempuan, pandangan mata lelaki perempuan and why baby boy lebih lambat sedikit bercakap berbanding dengan baby girl. nanti-nanti aku cerita dalam entri yang akan datang...wah tetiba macam buat drama siri plak ;)


footnote : ok, aku nak mengulor jap cari kerja nak meniaga kat mana pasni....heheh ;p


Wednesday, November 28, 2012

wordless wednesday




point no 4 - since i don't like running, i'll just go for a jog then ;)





LOL!!!



Monday, November 26, 2012

5s lah sangat



kena tag dengan dd dudu (ceh padahal request dd suruh tag orang hahaha)...ok, tajuk entry pasal 5S. bak kata dd, kalau kau orang gomen tapi tak tahu 5S tu apobondo memang cari nahas lah. 5S dengan orang gomen ni dah sebati. asyikkkkkk je lah nak audit 5S lah, gotong-royong 5S lah. tapi pada yang tak tahu 5S tu diambil dari bahasa jepun tapi dalam bahasa melayunya tu adalah short form untuk sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. 

tapi pada aku 5S tu serabut, serabai, stress, seksa dan sesentap. serabut gila kepala otak aku nak kena pikir pasal 5S ni bila jadi ketua unit. kadang kerja yang sedia ada boleh tertangguh sebab nak selesaikan 5S ni. serabai tempat bila tengah duk gotong-royong tu kan, stress bila benda kecik-kecik pun nak kena tag. bayangkan tempat letak kasut pun nak kena letak tag. terseksa mak bila nak semua pun nak selaraskan ikut zon. aku zon ungu. jadi semua tag kena guna kertas kaler ungu. kenapa last tu sesentap? sebab bila orang unit lain duk sebok nak bagi arahan 'eh ezzan zon ungu kan? ezzan kena jaga kawasan ni, pastu semua tag warna purple, bilik server tu nanti ezzan cantik-cantikkan lah ek'...CHOIII aku sentap tau dengar arahan dari orang yang tak bertauliah ni..motif nak suruh aku cantikkan bilik server? ingat boleh pasang lampu liplap-liplap kaa cik tipah oii...

tapi dd bagus. bersemangat waja dengan 5S. seorang yang teratur. hehe...tak macam aku. cuma aku nasib baik sikit je sebab pegawai sebelum aku dah siap tagging dah kat laci-laci. jadi aku tukang guna je. audit 5S aku hari tu sehari sebelum cuti raya haji. tapi aku cuti masa tu. iols selamat. sebab tak berapa kemas sangat pun bilik aku ni.

exhibit A.

laci di meja aku. ada 2 laci. seeee...tak kemas kan. tengok wayar-wayar berselerak. nek buek camno? wayar tepon pendek tak dapat nak letak atas meja. telepon pun senget. hahaha adeh, nampak sangat main letak je...printer tu pun takde tempat lain boleh letak. again, wayar dia pendek jadi sampai situ je boleh letak. yang tag tu semua pegawai yang sebelum ni tampal. jadi i followww...


exhibit B.

nak tunjuk ketidak-kemasan i. moh kita tengok dalam laci stationery. kalau korang tengok laci dd yang kemassss gilerrrrr, uols jangan teanjat ek tengok laci gegirl...


takde partition dalam laci langsung. siap guna bakul putih tu. itupun hadiah dari ex-boss aku. segala paperclip letak dalam kotak biasa jer. yang lain tu main letak. asal ada ruang kosong je aku main bubuh je. hehe...berselerak oh i know. i is malu oso with dd punya laci. hehe. macam dd jugak, pen-pen semua takde dalam laci stationery. semua letak kat atas meja tepi komputer. senang aku nak rembat kot-kot ada dokumen urgent yang aku kena sign. haha. ok next up. bawah laci stationery tu ada laci besar tanpa tag. pegawai sebelum ni tak letak tag jadi aku pun tak letak. haha. nampak noo kemalasan disitu. laci besar tu, aku letak beg-beg. handbag plus beg-beg kain yang selalu dapat kalau pergi kursus tu. semua den sumbat kek situ.
oh ye, beg mekap berwarna merah hitam pun letak kat situ.


mari kita tengok dalam laci barangan personal.

wahhhh...kat opis pun letak novel. 5 biji lak tu. kau kerja ke baca novel cik kak? hahaha. itu sebenarnya novel yang aku dah habis baca tapi malas nak bawak balik rumah. well, actually rak kat rumah aku dah penuh jadi letak kat opis je lah. hehe. ceh alasan. losyen-losyen dengan balm, minyak gamat harus ada hokayyy sebab aku dah lah suka pergi makan-makan kang satgi sakit perut aku nak pinjam minyak gamat siapa kan. laci lagi satu tu plak, tempat simpan stok makanan. eh minuman je. tapi aku dah lama tak minum semua tu. sebab asyik minum dengan officemate je. hmm aku kena bawak balik bendalah tu aku rasa.


okay, atas laci pulak dah macam penuh dengan khazanah. dengan buku telefonnya, tumbler, kotak tisu dan yang paling penting, tong biskut yang bertutup hitam tu (yup, itu adalah stok biskut. tong putih itu hadiah dari dd pada hari jadi yang ke...hmm 24 kot). aaarrhhhh bersepahnya aku tengok. dalam gambar pun aku tengok bersepah, inikan yang real punya kens.

exhibit C.

ini yang aku cakap kena tag tempat kasut. gambar stiletto tu aku just ambil dari internet. sebab macam biasa, ada orang tak bertauliah komen..'ezzan kena letak tau macam tag tempat letak kasut. macam akak buat'...ye lah, kak. aku pun menurut perintah. well, as you can see, this is what my under-the-desk looks like. tapi knowing me kan, tak akan punya ada satu kasut je bawah meja ni. hehe...(sebenarnya ada selipar tapi aku tengah pakai masa snap gambar ni ;p)



di sinilah tempat stationery iols. longgok sekali dalam mug. sekali dengan bunga dari Lovely Lace, kalendar dan cop rasmi. semua ni kat sebelah desktop. desktop tak menahan wallpaper Running Man gitewww. obses habis cik kak ni. almaklumlah, belum ada anak lagi nak letak gambar anak kat desktop. cewah. oh ye, mesti ada cermin dekat bawah monitor senang untuk membelek muka kot-kot ada lelaki handsome yang masuk bilik aku tetiba lepas ketuk. hahaha.


fail-fail pulak aku letak atas rak. alaaa malu lagi dengan dd sebab rak dd kemas jeee. aku ni, tak cukup kat rak, kat atas meja pun aku letak fail. atas meja selalu fail-fail yang latest. yang kat rak tu dari zaman pegawai sebelum ni dah ada, memang segala jadah fail ada kat situ. aku tak pernah belek pun fail-fail putih tu. dah macam hiasan dah. haha. board putih tu adalah catatan pergerakan pegawai. pegawai tu aku ler. jadi kalau aku ada meeting ke cuti ke, staff aku boleh tahu. dorang pun boleh merayap (eh?). the board can be seen from outside the room. tapi aku jahat, selalu aku off lampu bila nak keluar lama sikit. jadi dorang tak dapat baca. hahahaha gelak harommmm.... ;p

anyway, atas rak tu kira macam sudut peribadi. ada pegawai lain letak gambar anak kat situ. ada letak keychain. aku lak, letak kata-kata semangat gituuuuu. ada satu gambar officemate dari KKM (nak kena ganti dah gambar ni cewah) and floor plan. kalau uols zoom in kat floor plan tu kan, nampak lah zon ungu 5S aku tuuuu...oh ye, yang nilai-nilai murni iols dapat free. dari iols simpan, baiklah aku tampal kat dinding jadi poster. nak gantung gambar Lee Min-ho satgi kena pulak denda.



so, kalau audit 5S datang kat bilik aku ni, kena denda tak rasa-rasanya? ;p



footnote : dah lama tak update blog, sekali update terus panjang berjela. maafkan iols, penunggu gua... ;)


promosi : get felinna inchloss for only RM73 here!!

get felinna inchloss for only RM73!

note : advertorial







rasanya produk Felinna Inchloss memang tengah popular kan sekarang ni. kat Facebook berlambak-lambak kan orang jual. and bila tengok testimonial, ramai yang dah mencuba dan berjaya. wowww ini yang tetiba timbul minat ni...

PINK COLOUR IN TEXTURE I LOIKE~!!


180 GRAM / RM73

harga asal adalah RM75. tapi kalau korang beli dengan kawan saya, Ummu A'thiah korang akan dapat harga RM73 with free postage!!! yeayyy....tapi untuk korang yang berada di Sabah dan Sarawak, kena tambah RM5 ye untuk postage fee dia. so, for those yang nak lose weight tanpa berdiet atau bersenam dan berminat ingin membeli produk ini, you guys can contact my good friend, Ummu A'thiah di talian 0197101985 / 0126088630 atau korang boleh email terus ke alamat ummu85@gmail.com

(oh ye, masa beli tu korang kena cakap yang promosi ini dari blog saya, baru dapat harga kat atas tu tau! )

so, the question on everyone's mind is....why Felinna Inchloss?



WANGI !
TIADA BAHAN KIMIA!
MUDAH DIGUNAKAN!
TIDAK PANAS!
DIJAMIN BERKESAN

RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan tak terlalu panas dan tak berbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so takdelah org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak angin jek)

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inci anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana-mana bahagian kita tak puas hati, ada customer sapu kat pipi dia yg bulat!

3) Inchloss diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yg selamat untuk wanita hamil, menyusu atau gastrik..Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusannya tiada sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak...Boleh sapu dekat lengan atau peha sahaja .

4) Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yang kurus sekadar nak buang lemak-lemak sikit tu pon bole cuba..pasti puas hati! 

5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar untuk dibacakan 30 juzuk Al-Quran di Mahad Tahfiz Bukit Mertajam Penang... Semoga lebih dirahmati..(Jadi jangan langkah ya)

6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg Fantastic Baby! Bombastic! Dan yg pasti tak nampak plastik hanya dalam masa sebulan 5KG TURUN uoll! Semua ni dengan izin Allah juga…insyaAllah 


KENAPA INCHLOSS BERBEZA DAN SPECIAL DR PRODUCT LAIN??
* anda TIDAK PERLU DIET untuk kelihatan slim
* anda MAMPU untuk lose 5kg in a month tanpa diet, kalau diet agak2 20kg turun uolls..hik
* lotion ni SANGAT WANGI (takde bau serai ka, minyak angin ka, halia ka,NO NO NO) bau mcm pakai perfume ya,bau yg sgt2 comelss...wangiiiiii mcm lotion wangiii tuuuu...bau dia mcm...wangi laa..tak terkata..hehe
* TIDA K PANASSSSSSSS!!! INCHLOSS sgt mesra pengguna ya,dia rasa berangin n mint2 je.
* INCHLOSS xde bahan kimia..INCHLOSS mampu melembutkan kulit anda memudarkan selulit2 or apa2 yg menggerutu di kulit.

PRODUK WAJIB ADA bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi xbest di luar sana... Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye...

*******************************************

TESTIMONIAL SIS FELINNA D'OWNER OF INCH LOSS




"Salam  

hahaha after hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk..

ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. ya! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!

NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? HHE ITU SUAMI YANG SAMA.. XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUK KAN? ♥ "


*********************************************

LAGI TESTIMONI??
















***************************************************

Macam mana nak guna losyen Felinna Inchloss ni??
1. Picit secukupnya dan sapu pada bahagian yang memerlukan sambil buat urutan ringan *gerakan membulat* (pusingan arah ikut/lawan jam tak kisah) beberapa kali ataupun sampai meresap sepenuhnya ke dalam kulit. cukup 3 jari je masa urut tu. Sebab kalau pakai satu tapak tangan, aku khuatir losyen tu meresap kat tapak tangan korang bukan anggota badan yang korang nak tu. Okey??

2. Sapu 2 kali sehari. Lepas mandi dan sebelum tidur. Nak sapu lebih pun takpe. At least 2 kali sehari la ye.
Oh ye, make sure sebelum sapu tu korang UKUR DULU ye bahagian yang ingin di-inchloss (eh ada ke word ni hehe) tu. ESOK UKUR SEMULA.


SO...WHAT ARE YOU GUYS WAITING FOR?!
DAPATKAN INCHLOSS FELINNA MILIK ANDA HARI INI~!!
KORANG BOLEH CONTACT UMMU ATAU EMEL I PUN BOLEH 
ezzan.my@gmail.com


nak promosi lagi gempak?!
kalau beli PB corset (RM1500 jerr) dengan saya dapat percuma 2 botol Felinna Inchloss lagi!! 
tak cukup gempak lagi ke tu kan... ;)

email me to find out more! 
 

Friday, October 19, 2012

the great doctor





dah lama tak tengok Adam & Hawa sebab dah hooked dengan cerita ni. Faith, The Great Doctor. cerita yang sangat best. sebenarnya tak sangka yang cerita ni best. almaklumlah, aku tak berapa suka tengok cerita yang unsur lama-lama zaman empayar-empayar ni. tapi cerita ni berjaya buat aku menatap sampai pukul 3 pagi lepas balik dari kerja. mungkin sebab Lee Min Ho sebagai General Choi Young yang sungguh gagah dan perkasa dan gentleman. mungkin jugak sebab Kim Hee Sun sebagai Eun Soo, seorang doktor yang kelam kabut dan banyak cakap dan kelakar. 

mesti pelik kan tengok gambar General zaman dulu-dulu bawak police shield tu kan. pastu tengok pulak doktor tu pegang stateskop tu kan tapi pakaian zaman dulu-dulu. kenalah tengok nak tahu cerita ni pasal apa.



cerita ni ada 24 episod. sekarang ni kat korea dah 20 episod. kat One HD baru nak masuk episod 13. memang best. serius tak tipu.




Monday, October 8, 2012

aren't we all?



you see, i don't trust when people say 'i don't judge you'. wae yo? because we are all judgmental in our own way without even realizing it. some do it verbally. telling everyone this and that. while some, prefer to do it mentally. and when i say people i meant now. in this era ye.

paling senang, masa korang baca beautifulnara atau ohbulan tu. kadang tak sedar pun tengah-tengah baca tu tetiba je start thinking negativity about the person in the gossip column. tipulah kalau korang kata tak pernah terlintas langsung fikir camtu. heh, who are we kidding to? macam aku sekarang ni, menyampah ya amat bila orang duk cakap 'swaaagggg' dengan gaya poyo giler tu, siap rasa macam nak tampar muka orang tu. selalu aku akan fikir 'loser habis!'. itupun aku dah judge. inikan pulak kalau aku baca cerita-cerita gosip ni. lagilah seribu satu benda yang aku fikirkan. 

camni lah aku rasa bila orang cakap 'swaaaaggggg', terus rasa nak lempang


kalau orang buat benda baik pun kita judge, inikan kalau buat benda buruk kan. lagilah dahsyat orang judge. contoh macam baru-baru ni yang aku baca kat twitter, pasal wardina yang tetiba naik angin bila gambar dia yang seksi dalam majalah waktu dolu-dolu diupload oleh seorang twitterer (eh ada ke word ni? hee). dia marah and geram sebab rasa diri diaibkan. dia siap offer diri nak berjumpa dengan si polan tu untuk minta dia delete tweet tu...berbincang cara baik tapi bila dia buat macam tu, orang lain siap reply 'alah...kecohlah wardina ni!', 'itupun nak emo!', 'nak tunjuk baik lettew' yada yada yada.

you see, you see. padahal aku rasa takde salah pun wardina buat macam tu. sebab hak dia kan. tapi dia still dikatakan nak tunjuk baik. tak judgmental ke tu? kalau aku pun mesti aku marah bila orang upload gambar-gambar masa before berhijab. cuma aku bukan artis je. jadi aku takdelah nak melenting bagai.

tapi aku pun ada je judge orang walaupun aku rasa benda tu betul. yes, i iz not perfect, i know. contoh (contoh lagi...) macam kadang-kadang tweet si Sham Kamikaze yang "kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik yang belum menutup aurat silalah berbuat demikian". di post banyak kali di FB dan twitter dia. yes, aku tahu dia dah berubah. yes, aku tahu dia nak berdakwah. yes, aku tahu dia bukan nak berlagak alim cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengingatkan sahabatnya. tapi stilllllll......ada segelintir jugak yang merasakan kadang-kadang over pulak dia ni sedangkan ustaz-ustaz yang tersohor takde plak nak cakap macam tu...(termasuk aku lettewww fikir camtuuuu ;p)



haih....entahlah. manusia kan. memang sifatnya asyik nak mengondem orang je. 





Tuesday, October 2, 2012

tips dalam membeli novel



aku seorang pengumpul novel yang tegar. koleksi novel-novel aku pun dah banyak sangat sampai dah melendut rak buku aku. mak pun dah kata aku kena buat library sendiri ni. heh. tapi sini aku nak kongsi tips masa nak beli novel. cewah tips inda! oleh kerana aku obses dengan novel, jadi ada beberapa kriteria yang aku ambil kira nak pastikan sesuatu cerita tu best ke tak. dulu mungkin aku rasa cover haruslah memainkan peranan penting. tapi orang kata don't judge a book by it's cover. okay, fine. la ni, aku nak judge by it's back cover. boleh?

tips 1 : aku tak suka cerita yang banyak sangat watak lelaki yang diceritakan dalam sinopsis kat back cover. aku tak suka baca cerita poyo konon-konon yang heroine nya menjadi rebutan ramai. tak suka mak! selalunya bila aku baca sinopsis, aku tengok kalau ada lebih dari 2 nama lelaki kat situ terus aku tak teruskan baca sinopsis tu. contoh macam ni lah sinopsis dia kat belakang tu...

Ezzan - aku sayangkan dia. tapi aku tahu dia dan aku tak mungkin bersama. kami terlalu berbeza.

Choi Minho - aku sayangkan Ezzan. sayang sangat. tapi kenapa dia tolak cinta aku? aku tak kisah dengan perbezaan umur kami.

T.O.P - kenapa bila Ezzan cerita masalah cinta dia, hati aku yang sakit?! adakah aku telah jatuh hati dengan sahabat baik aku sendiri?! ..gulp...

Kim Jong Kook - kalau aku tak dapat Ezzan, takde siapa akan dapat dia! ini sparta lah!!

tak menahan kan cerita rekaan aku ni. melampau betul imaginasi. hahahahah...motip semua pun lelaki korea? tapi you guys get lah kan what i mean.

tips 2 : aku tak suka cerita yang kompleks ya amat! di sinilah perlunya korang baca review. kalau korang main beli je tapi tak baca review boleh mendatangkan penyesalan. baiklah baca review. kalau tak jadi macam aku. contoh macam novel yang aku baca baru-baru ni, Setelah Hati Dimiliki (pergh jiwang!). serius cerita itu adalah tidak best. tak kisahlah kan kalau penulis dia nak marah aku kan sesuki hati kritik novel dia. tapi aku ada hak sebagai pembaca kot. huhu...


lelaki A bertunang dengan perempuan X. tapi alih-alih kahwin dengan kakak perempuan A tu, perempuan Y. sebelum kahwin tu, perempuan Y pernah berkahwin dengan lelaki lain tapi laki dia meninggal. tapi takde siapa tahu yang Y pernah kahwin. jadi bila Y kahwin dengan A, terbongkar rahsia tu. A marah bebenor lalu diceraikan Y. Y ni plak sebelum kahwin, ada jugak diayat oleh lelaki B, iaitu bekas adik ipar dia. B layan baik tapi Y tak boleh terima. lalu bila sepupu Y, lelaki C ajak kahwin teruslah si Y ni setuju sebab nak lari dari B. tapi sebenarnya lelaki C ni suka kat adik Y, perempuan X tadi tu. last-last akhirnya Y ni kahwin dengan B walaupun si A cuba nak rujuk balik sebab menyesal. 


hah?! kompleks kan?! tu pasal aku tak suka cerita banyak watak. aku naik rimas. bila aku naik rimas, aku akan skip banyak part. dan aku akan amik masa nak baca cerita cenggitu. dalam 3-4 hari baru habis baca walhal aku selalunya boleh habis baca dalam sehari je kalau cerita dia best. aku pun tak tahu kenapa tah aku pergi beli novel ni, sebab bila tengok cover tak tergoda pun. mungkin masa tu aku nak habiskan masa, jadi aku rembat buku ni. now, i iz menyesalsss...


tips 3 : janganlah korang tertipu dengan cop mohor 'terlaris' yang kadang-kadang dorang letak kat front cover tu. sebab apa? sebab tak best pun sebenarnya. ni adalah kali pertama yang aku beli sebab terlaris tu walaupun bila baca sinopsis dia aku macam "huh? macam tu je?". geezzzz, i should trust my instinct at that time. boleh selamat RM23.90 aku. novel yang aku beli sebab cap mohor 'TERLARIS' tu adalah novel ni. Rindu Milikku. novel yang aku rasa ohmai gila tak best cerita ni! bosannyaaaaa...aku ambil masa seminggu nak habiskan baca cerita ni. rasa macam nak jerit.."bak balik duit aku!!!!" tapi dah terbeli kan. nak buek camno.

 
cerita dia mengisahkan Nina yang kurang sempurna. bercinta dengan lelaki yang dia chatting online. tapi dia ada masalah. perniagaan kedai buku dia mengalami kerugian. business tu dia join dengan 2 orang kawan dia. mula-mula laki tu memang sayang habis lah kat Nina tu. siap paksa Nina ni bertunang. Nina ni pun ada sifat rendah diri oleh kerana ketidaksempurnaan dia tu. tapi lama-lama laki tu dah macam tak sayang kat Nina tu. dia suka balik ex-gf dia. mak laki ni pun sesuka hati nak putuskan tunang dorang...at the same time, Nina ni ditinggalkan oleh rakan kongsi dia...something like that lah...

huarghhh! nguap jap. see, aku yang menaip cerita macam ni pun aku dah bosan. ni lak kalau korang yang baca kan. aku hanya nak selamatkan korang je. cewah....aishhhh...again, nyesal beli!



Wednesday, September 26, 2012

perihal tudung



dah lama gilos tak pakai tudung bawal. bila pakai ni rasa macam 'eh lain pulak tengok muka sendiri..' selalu pakai tudung awning je. entah angin mana tah masuk dalam diri tetiba nak pakai tudung bawal balik. yang tak larat tu, asal angin je aku kena tiup atas. kalau tak kelepet lah bahagian atas tudung ni. oh ye, tudung ni bawal ekspress katanya...dah siap jahit kat depan. terus sarung je. beli online kat verylawa.blogspot.com. cuba lah korang tengok kot-kot ada yang berminat ke kan.



pastu, hari tu aku try tudung syria pulak. aku memang tak berapa gemor sangat tudung syria ni sebab dia melekat kat kepala. nanti nampak kepala aku yang besar dah muka yang bulat. pipi mesti naik macam pau. haha. tapi entah kenapa hari ahad hari tu tetiba beli tudung syria. aku pun try lah kan. rasa macam...'eh okay lak aku pakai tudung syria ni...' tapi tu aku rasa lah kan. biasalah, aku kan perasan. hahaha.

eh ok ke tak sebenarnya?



Wednesday, September 12, 2012

persoalan lagi


....berapa banyak persoalan daaa.....


kenapa kan, bila dalam novel-novel cinta (yang bukan islamik yeee!) je kan, si hero tu mesti kerja tak menahan. CEO lah, Pengurus Syarikat lah. Pengarah Syarikat lah. Pilot yang handsome lah, takpun Ketua Projek yang projek mega punya...nak yang dahsyat-dahsyat je jawatan. yang heroine nye plak, samada accountant or secretary or sales/marketing exec or surirumah. antara tang tu lah yang selalu aku baca.

apaaaaa...depa ingat Pegawai Teknologi Maklumat tak sesuai ke jadi hero dan heroine? Programmer tak layak jadi hero dan heroine?


entri takde motif. muahahaha...


Tuesday, September 11, 2012

persoalan di minda



selalu sangat baca dan dengar 'cintailah si polan itu kerana Allah' dalam artikel-artikel islamik yang aku baca. dalam novel pun selalu guna ayat camtu. dan aku ada dua soalan terhadap pernyataan di atas:

1) macam mana nak mencintai seseorang kerana Allah?
2) how to know yang kita mencintai seseorang itu kerana Allah?

.....siapa boleh tolong explain kat ahkak yang kurang pengetahuan dalam bidang cintan cintun ni?? dd? rosa? ummu? ;p



source



footnote : jangan lak korang duk pikir 'ohmai ezzan dah jatuh cinta!' or 'ohmai ezzan dah nak kahwin!' or 'ohmai jiwang seh!'...aku cepuk karang. it's a general statement.

Tuesday, August 28, 2012

OMK : hana kimi versi korea


kembali kita ke segmen 'oh my korea!' setelah berehat selama sebulan, diacarakan oleh pengacara kesayangan anda.....ezzan minho! seperti sebelum-sebelum ini, segmen OMK akan memaparkan drama-drama korea yang saya rasa berbaloi ditonton mengikut selera saya. haha.....sejak bila tah blog aku ni ada segmen kdrama... 
 
ikenai taiyou na na na na...

pada yang sangat obses dengan drama Hanazakari no Kimitachi E - drama jepun yang super kelakar, super best, tengok berulang kali pun tak bosan....another version is coming out guys! bagi aku, drama Hana Kimi yang jepun ni the best jdorama lah so far. so, when i heard that the korean are also producing their version of Hana Kimi, i get so excited. nak tahu sapa akan pegang watak Sano Izumi, Ashiya Mizuki dan yang paling penting...Nakatsu!!!!

now, i present to you the korean version of Hana Kimi - To The Beautiful You

Sulli (Jae Hee a.k.a Ashiya) &  Minho (Tae Joon a.k.a Sano)
handsomenyeeeeee Minho


sekarang ni dah 4 episod aku tengok. so far, dari segi jalan cerita aku rasa not bad, first episod dah gelak-gelak...cuma yang aku frust....bab karakter especially yang melakonkan watak Nakatsu. tak segila dan tak sekiut Ikuta Toma!!! uwaaaa.... Nakatsu lah pembuat aku gelak selalu. pastu ketua dorm korea tak segila ketua dorm jepun. alaaaa....dorang penceria cerita tau. and also doktor sekolah tu. tak se-best doktor jepun tu. 

tapi aku rasa tak fair lah kan, baru 4 episod aku dah judge the book by the looks (peribahasa baru). takpe, let's give it a try...


Monday, August 27, 2012

green raya day


ANNYEONG NAE CHINGU YAHH!!!
(translate : hello my friends)
seperti biasa, kesesalan timbul sebab tak ambil cuti 4 hari minggu ni. kalau tak tentu dah berjimba relax kat rumah. lagipun macam best je kan, amik cuti 7 hari untuk raya tapi dapat 2 minggu. naik balik kerja september nanti. pergh. memang heaven kalau buat macam tu. kenapalah aku tak terfikir masa nak mohon cuti aritu..... (T_____T)

as told in my previous post, tahun ni tema warna adalah hijau terang. tak sangka plak sama tema dengan famili abang chik, cuma tona warna je berbeza. they went for hijau lumut. seperti biasa, tahun ni beraya kat johor bahru. tiap-tiap tahun memang akan balik JB lah. pernah ke tak balik. cuma tahun ni, we went back earlier. balik lepas last terawikh jumaat sebelum raya tu. selalunya previous years, weols celebrate raya kat KL dulu sebab masa tu arwah nenek belah ayah masih ada. tahun ni suram sikit sebab i have no grandparents left. tsk tsk. but nevertheless, life has to go on kan. 



first day raya, macam biasa ada laksa johor. mak den buat. sodap sangat. and kat rumah makcik buat ketupat, rendang, serunding, kuah lodeh segala bagai lah. huh penat je lost 4 kilos during ramadhan tapi masuk je syawal makan macam tak hingat dunia. bila ramadhan boleh plak kan tahan lapar. oh ye, raya tahun ni agak sederhana sebab tak pergi beraya sangat. boleh? haha. lepak lepak dengan cousins je. walaupun sederhana tetap meriah sebab tahun ni takde 'drama swasta' dah like last year. ahh history history. toksah dikenang dah. well, aku masih lagi dapat duit raya tahun ni. wah wah walaupun lima ringgit, i suka sangattt...nampak tak betapa i tak dimamah usia, orang masih ingat aku belajar lagi....*tddmka*


here i am wearing a green tudung bawal on the fourth day. yes, tudung bawal. aku yang memang seorang pemalas nak gosok baju telah membeli tudung bawal. satu keajaiban *tddmka* tapi masa aku pakai ni, aku tak gosok pun. haha.ok, motif aku tepek gambar aku yang control ayu gila vavi ni sebab nak kepohchi beritahu yang aku beli tudung bawal hijau tu kat Jalan TAR dengan harga.............................................wait, for it..........enam hinggit jeeeeerrr uols. iye. murah je tudung tu. tapi aku pakai style shawl lah. tepek brooch kt tepi telinga. oh ye, tudung tu aku ambik kat tempat yang dorang longgok-longgok je. mak jemah memang tak kesah sangat tudung murah-murah ni asalkan ok dan cun.


footnote : second day of raya, aku pergi ke JPO. boleh? hahaha...dah takde keje lain kan. dats why takde gambar raya kedua untuk entri ni ;) raya ketiga plak aku pakai jubah hitam je. jubah yang aku pergi kerja. kehkeh. sebab malas nak berlawa-lawa. ewah...