Followers

Tuesday, October 2, 2012

tips dalam membeli novel



aku seorang pengumpul novel yang tegar. koleksi novel-novel aku pun dah banyak sangat sampai dah melendut rak buku aku. mak pun dah kata aku kena buat library sendiri ni. heh. tapi sini aku nak kongsi tips masa nak beli novel. cewah tips inda! oleh kerana aku obses dengan novel, jadi ada beberapa kriteria yang aku ambil kira nak pastikan sesuatu cerita tu best ke tak. dulu mungkin aku rasa cover haruslah memainkan peranan penting. tapi orang kata don't judge a book by it's cover. okay, fine. la ni, aku nak judge by it's back cover. boleh?

tips 1 : aku tak suka cerita yang banyak sangat watak lelaki yang diceritakan dalam sinopsis kat back cover. aku tak suka baca cerita poyo konon-konon yang heroine nya menjadi rebutan ramai. tak suka mak! selalunya bila aku baca sinopsis, aku tengok kalau ada lebih dari 2 nama lelaki kat situ terus aku tak teruskan baca sinopsis tu. contoh macam ni lah sinopsis dia kat belakang tu...

Ezzan - aku sayangkan dia. tapi aku tahu dia dan aku tak mungkin bersama. kami terlalu berbeza.

Choi Minho - aku sayangkan Ezzan. sayang sangat. tapi kenapa dia tolak cinta aku? aku tak kisah dengan perbezaan umur kami.

T.O.P - kenapa bila Ezzan cerita masalah cinta dia, hati aku yang sakit?! adakah aku telah jatuh hati dengan sahabat baik aku sendiri?! ..gulp...

Kim Jong Kook - kalau aku tak dapat Ezzan, takde siapa akan dapat dia! ini sparta lah!!

tak menahan kan cerita rekaan aku ni. melampau betul imaginasi. hahahahah...motip semua pun lelaki korea? tapi you guys get lah kan what i mean.

tips 2 : aku tak suka cerita yang kompleks ya amat! di sinilah perlunya korang baca review. kalau korang main beli je tapi tak baca review boleh mendatangkan penyesalan. baiklah baca review. kalau tak jadi macam aku. contoh macam novel yang aku baca baru-baru ni, Setelah Hati Dimiliki (pergh jiwang!). serius cerita itu adalah tidak best. tak kisahlah kan kalau penulis dia nak marah aku kan sesuki hati kritik novel dia. tapi aku ada hak sebagai pembaca kot. huhu...


lelaki A bertunang dengan perempuan X. tapi alih-alih kahwin dengan kakak perempuan A tu, perempuan Y. sebelum kahwin tu, perempuan Y pernah berkahwin dengan lelaki lain tapi laki dia meninggal. tapi takde siapa tahu yang Y pernah kahwin. jadi bila Y kahwin dengan A, terbongkar rahsia tu. A marah bebenor lalu diceraikan Y. Y ni plak sebelum kahwin, ada jugak diayat oleh lelaki B, iaitu bekas adik ipar dia. B layan baik tapi Y tak boleh terima. lalu bila sepupu Y, lelaki C ajak kahwin teruslah si Y ni setuju sebab nak lari dari B. tapi sebenarnya lelaki C ni suka kat adik Y, perempuan X tadi tu. last-last akhirnya Y ni kahwin dengan B walaupun si A cuba nak rujuk balik sebab menyesal. 


hah?! kompleks kan?! tu pasal aku tak suka cerita banyak watak. aku naik rimas. bila aku naik rimas, aku akan skip banyak part. dan aku akan amik masa nak baca cerita cenggitu. dalam 3-4 hari baru habis baca walhal aku selalunya boleh habis baca dalam sehari je kalau cerita dia best. aku pun tak tahu kenapa tah aku pergi beli novel ni, sebab bila tengok cover tak tergoda pun. mungkin masa tu aku nak habiskan masa, jadi aku rembat buku ni. now, i iz menyesalsss...


tips 3 : janganlah korang tertipu dengan cop mohor 'terlaris' yang kadang-kadang dorang letak kat front cover tu. sebab apa? sebab tak best pun sebenarnya. ni adalah kali pertama yang aku beli sebab terlaris tu walaupun bila baca sinopsis dia aku macam "huh? macam tu je?". geezzzz, i should trust my instinct at that time. boleh selamat RM23.90 aku. novel yang aku beli sebab cap mohor 'TERLARIS' tu adalah novel ni. Rindu Milikku. novel yang aku rasa ohmai gila tak best cerita ni! bosannyaaaaa...aku ambil masa seminggu nak habiskan baca cerita ni. rasa macam nak jerit.."bak balik duit aku!!!!" tapi dah terbeli kan. nak buek camno.

 
cerita dia mengisahkan Nina yang kurang sempurna. bercinta dengan lelaki yang dia chatting online. tapi dia ada masalah. perniagaan kedai buku dia mengalami kerugian. business tu dia join dengan 2 orang kawan dia. mula-mula laki tu memang sayang habis lah kat Nina tu. siap paksa Nina ni bertunang. Nina ni pun ada sifat rendah diri oleh kerana ketidaksempurnaan dia tu. tapi lama-lama laki tu dah macam tak sayang kat Nina tu. dia suka balik ex-gf dia. mak laki ni pun sesuka hati nak putuskan tunang dorang...at the same time, Nina ni ditinggalkan oleh rakan kongsi dia...something like that lah...

huarghhh! nguap jap. see, aku yang menaip cerita macam ni pun aku dah bosan. ni lak kalau korang yang baca kan. aku hanya nak selamatkan korang je. cewah....aishhhh...again, nyesal beli!



2 comments:

dd dudu said...

rekaan cerita itu sgt lahh kossserrrrr

hahhahahaha

Ezzan Yusop said...

dd :
hahahahahaha....
xbest ker citer rekaan i tu? mana tau boleh meletopsss... ;p