Followers

Friday, October 31, 2008

penutup Syawal

di office ada jamuan.
oleh sebab bengkel ditunda dan tak sempat nak cancel.
jadi catering tu dipindahkan di office.

aku dan zida pula bawa bekal.
masing-masing bawa lauk extra.
aku dengan sayur campur dan sambal tumis ikan bilis.
zida dengan kubis masak lemak dan sambal sotong.
fazira pula bawa ayam goreng kunyit.
(fahmi bawa perutnya sahaja. ahaks!)
ditambah dengan lauk catering itu lagi.
ayam paprik, sotong masak lemak, ikan goreng, ulam dan sambal belacan.
tak ketinggalan, tembikai dan epal.
kami siap bentang suratkkhabar.
makan kat atas lantai.

maka terjadilah majlis penutup bulan Syawal.
yang tidak dirancang sama sekali.


ps : patutlah pagi tadi aku macam malas nak masak nasi! aiyaa..
hmm, ada lauk lebih ni...pas kat megat la. suruh dia habiskan.
confirm, kenyang sampai malam. ahaks!

Thursday, October 30, 2008

mak, kakak nak bawa bekal tau!

scene 1: sekolah rendah
aku: mak, nanti bawa bekal je lah pergi sekolah.
kawan-kawan semua bawa bekal je.
mak: ni, ambil bekal ni.
aku: baik!

(masa ini, aku seorang yang baik)



scene 2: sekolah menengah
mak: ambil ni! (duit dihulurkan)
aku: bekal takde, mak?
mak: tak sempat mak nak masak.
(mak aku wanita bekerjaya, harap maklum)
aku: tak cukup ni mak, duit tambang bas lagi.
mak: dulu mak pergi sekolah bawa duit 50sen saja cukup.
aku: zaman dah berubah, dunia dah maju...
(ayat ni belum wujud lagi masa tu pun, saja tambah)

(masa ini, aku masih lagi anak yang baik malah telah berdikari, naik bas intrakota tau masa balik sekolah!)


scene 3: alam pekerjaan
(bunyi kelentang kelentung di dapur kat rumah. tanda aku sedang memasak)

aku: orang nak bawa bekal ni pergi kerja, mak.
office mates ada yang bawa bekal. ummu pun bawa.
mak: bawalah, mak dah puas dah sediakan bekal untuk shida dulu. bawa lauk apa?
(shida adalah nama timanganku)

aku: adalah...(nada berahsia)
mak memandangku dengan muka menghairankan sambil tersengih.


(di pejabat)
bau semerbak daripada lauk yang dibawa oleh aku, ummu dan zida.

ummu bawa sambal telur + kacang panjang goreng telur.
zida bawa kari ayam + sayur cendawan.
aku?




sardin + hot dog goreng sambal.
senangkan!

Wednesday, October 29, 2008

10 (or 5) things...TAG!

oleh sebab aku tengah bosan dan mengantuk di office ni, aku pun buat lah tagged ni.


My Top 10 Most Favorite Food.
1) Masakan emak la...paling suka Sambal Tumis pedas!
2) French Fries McD.
3) Umai Sarawak (Kak Syafikah buat...sedap!)
4) Asam Laksa di Jusco, Mid Valley.
5) Sambal Goreng yang dimasak oleh Nyah Siti.
6) Kuah Kacang (craved for this always)
7) Spaghetti.
8) Croissant dalam flight MAS (hahah!)
9) Cheese Cake.
10) Chola Bathora di India...(ye ke aku suka? wahahah!)


10 Things I love To Do.
1) Blogging. I'm an addict!
2) Curi tulang...hobi yang paling aktif sekarang ni. hahah!
3) Kaki download...(current: Grey's Anatomy & Private Practice latest seasons)
4) Shopping. Kalau ada duitlah.
5) Pandu kereta laju-laju masa balik dari office...(masa pergi office bawa perlahan je..hehe)
6) Photography. Suka snap, browse beautiful pictures.
7) Membaca...(aku boleh habiskan RM100 untuk beli 5 novel dalam sehari)
8) Try kasut kat kedai walau masa tu tiada duit nak beli. hahahah!
9) Music. dengar apa-apa genre asal tidak membingitkan telinga.
10) Tidur la kawan. dah penat buat semua di atas, apa lagikan. Rehatlah pula.


5 Things I Love To Do When I'm EMO.
1) Doa.
2) Diamkan diri.
3) Tidur (lagi!)
4) Write on my blog.
5) Menangis jugalah kadang-kadang.


5 Types of Guys I Adore.
1) Kelakar. tapi tidak gila.
2) Tenang. tidak kelam kabut macam aku.
3) Tidak merokok kerana aku tidak mahu jadi janda awal. hahaha!
(dia kata adore je la, bukan guys you want to marry)
4) Mestilah ada akal. Tak reti bergaya takpe, asalkan bijak!
5) yang sentiasa mengingati Allah. aku ni memang mudah tertarik dengan orang yang alim.
(aku bukanlah alim pun)


5 Things I Love To Do When I'm HAPPY.
1) Nyanyilah kot. sebab tahu suara aku memang sedap.
2) Senyumlah, senyumlah...ahai, cik mek molek! (tengok aku dah nyanyi)
3) Berkongsi dengan kawan. (berborak la tu maknanya)
4) Akan layan orang yang mengjengkelkan aku selama ini dengan baik. sebab happy kan.
5) Buat kerja rumah. selama ni kena suruh je, mulalah malas. tapi kalau aku tengah happy, bila disuruh tu, cepat je buat.


5 Things I Wish To Happen.
1) Give peace a chance. (macamlah aku ni miss universe nak cakap macam tu kan...hahaha!)
2) Dapat duit banyak tanpa perlu penat bekerja.
3) Kebahagiaan, kejayaan dan keselamatan didunia dan diakhirat.
4) Rumah aku ada berderet kereta Porche, BMW dan Merz. (ni kalau betul-betul berlaku ni, kena sewa satu taman nak park kereta je...hahah!)
5) Eveything is free. tol free, minyak free, api free, air free, internet free...(amboiii! macam tidak logik kan, mada ada benda free sekarang)

5 People I Want to Tag
1) Dila
2) Fibo
3) Emmy
4) Ayu
5) sesiapalah yang terasa nak buat tag ni.

Tuesday, October 28, 2008

kenapa dengan kau, makcik?!



“Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh”
(Surah al-Baqarah: 191)


fitnah.
aku ingat hanya dapat ku tonton di kaca televisyen.
dalam drama-drama baik drama melayu mahupun telenovela mexico.
takpun, dalam berita-berita politik.
tidak kisah lah dimana pun, Malaysia mahupun di Amerika sendiri.
tidak kusangka akan berlaku pada diriku sendiri.
lebih tepat lagi, pada keluargaku.

astaghfirullah!
sanggup mereka mengotorkan mulut mereka dengan kata-kata dusta. menyebarkan api penipuan dikalangan jiran. tidak takutkah mereka dengan azab Allah? aku hanya tahu tentang ini, itupun setelah 2 tahun mak aku simpankan perkara ini. mengenai ayahku difitnah oleh jiran. yang berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM. aku benci mendengar fitnah tersebut. lebih tepat lagi, aku tidak akan maafkan keceluparan mulut makcik R. mengata ayah ku yang bukan-bukan. aku tahu siapa ayah aku sebenarnya. lagi-lagi benda yang dituduh itu langsung ayah aku tidak reti buat pun. menuduh ayah aku melaporkan pada pihak berkuasa mengenai wiring rumah depan. yang dikatakan tidak betul.

bodoh! sungguh bodoh aku rasa!
ayah aku tidak ada masa nak layan benda remeh macam itu. ayah aku pun bukannya kerja TNB nak tahu betul ke tidak wiring itu. ingat ayah aku kisah. bukannya kacau rumah aku.
lainlah kau yang selalu buang sampah tepi rumah aku. itu tentu ayah aku naik angin. dia penat-penat bersihkan, kemaskan dari semak samun. kau dengan selamba badak buang sampah disitu.

hilang hormat aku pada kau, makcik.
sekali kau sentuh keluargaku, aku akan ingat sampai bila-bila.

i don't think it's funny

manusia. tidak kira dimana.
baik pada zaman sekolah, zaman universiti dan di alam pekerjaan.
suka memandang rendah pada manusia yang lain.
sikap tidak puas hati tidak pernah padam dari hati manusia.
sama jugalah yang suka mempersendakan keadaan fizikal seseorang itu.
kenapa mereka perlu berlawak dengan cara menyakitkan hati?

sama juga ada sesetengah pelawak Malaysia yang saya rasa tidak lawak langsung bila berlawak mengenai fizikal orang lain. saya tengok mereka dengan perasaan yang jengkel sekali. bagi saya sempitnya pemikiran mereka. mentaliti orang Malaysia masih ditakuk lama. lawak perlu ada batasan. tidak semua lawak boleh diterima. pasti orang yang mendengar akan terasa even if mereka kata tidak kisah. put yourself in their shoes, how do you think you will feel? setiap hari mereka di'lawak'kan, and you think it doesn't hurt? you are pathetic, you know? sekalipun hendak melawak, tapi jangan sampai merendahkan martabat orang lain. Allah tidak menjadikan manusia berbagai rupa supaya mereka boleh dihina dan dicerca.

kasihan pada 'pak lawak' tersebut, kerana suatu hari nanti mereka pula akan terasa sakitnya hati apabila mereka dijadikan bahan melawak. yang pelik tu kadang-kadang, mereka adalah seorang dewasa. dewasa pada nama sahaja barangkali. tapi akal letak di lutut. mereka seharusnya menjadi contoh pada anak-anak mereka. ini tidak, sama sahaja dengan kanak-kanak. kasihan kanak-kanak, disogokkan dengan lawak bodoh. kanak-kanak seharusnya tidak diajar untuk memanggil nama-nama yang menjatuhkan air muka orang lain. sekalipun merasakan orang lain tidak cerah, tidak kurus, tidak cantik, tidak jantan berbanding dengan diri mereka, tidak perlu menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata yang 'enak' itu. manusia yang suka berlawak dengan mengenakan orang lain, pernah cerminkan diri mereka sendirikah? pernah guna akal sebelum bercakap? mereka ini adalah salah satu penyebab low self-esteem. selalu orang cakap 'sensitif sangat la you ni', 'you tak sporting la' (dan sebagainya) tapi fikirlah sampai bila nak jadi tak sensitif? ada ke orang sporting memanjang? sikit pun tak terasa hati? tidak ada bukan.

tidak salah untuk melawak cuma apabila lawak tersebut sampai menyakitkan hati dan menjatuhkan air muka orang lain, lawakkah lagi namanya? mungkin fitrah manusia, suka yang lihat yang cantik-cantik sahaja.
buat apa cantik tapi kosong didalam?
buat apa cantik tapi tidak ada akal?
buat apa cantik tapi akhlak jauh terpesong?


Friday, October 24, 2008

i'm workaholic...NOT!

banyak kerja minggu ini.
badan sakit-sakit.
setiap hari balik malam.
ada hari-hari yang balik pagi.
siap terkunci dalam office.
sometimes i feel like i deserve a raise. (cewah)
because not just i stay up late.
but also i did not get any sleep at all.

i had promised myself (hope can keep it!) not to let me drown in the workload. i want to avoid becoming a workaholic! no matter how busy i am, no one can touch my weekend. weekend is for me to get away from work. that's why i don't mind staying up late just to finish up some tasks but to come to work on weekend? HELL NO...i have a life okay. and it does not just involve work 24/7.

Monday, October 20, 2008

a weekend that was

Saturday, 18/9/2008

scene 1: di rumahku
jamuan makan raya together with birthday celebration for Octoberians.
menunya lontong dengan sambal tumis ikan bilis, spaghetti goreng dan birthday cake berperisa keladi which surprisingly a hit among my friends (aku seorang je yang tak suka keladi...haha!).
tetamu - ummu dan keluarga, areen, haida, jasman, albin, azrul, ika, ain, kak zu, abg nizam, linda, malik.





scene 2: dirumah pakcikku
open house yang extreme sebab terlalu banyak makanan. juling mata tengok. haha!
menunya...soto, lemang, rendang, nasi himpit, mihun sup, yong tau foo, mihun goreng singapore, caramel dan buah langsat.


scene 3: di rumah sewa haris
bbq dan potluck. reunion kecilan bersama warga Infy. pesta main mercun dan bunga api. huhu!
menunya...erm, jagung bakar, ayam bbq, mihun goreng, spaghetti bolognaise, spaghetti goreng, sandwhich, kek (macam-macam la sampai tak ingat dah).
tetamu - azim & pasangan, helmy & pasangan, mar, dian, shima, aku, haris, izwan, anim, jun, syu, ninie, john & diya.

Sunday, 19/9/2008

scene 1: di rumahku (lagi)
breakfast bersama dila dan izat. wana tak dapat hadir (as usual..huhu!). konon plan nak masak nasi lemak untuk breakfast. tapi bila dah ada orang yang menderma makanan-makanan malam semalam...panaskan aje sudah! haha..
menunya...spaghetti goreng, soto, lemang dan rendang.

scene 2: di rumah izat
dijamu dengan kuih raya. masuk-masuk rumah dia, terus aku buat macam rumah sendiri sebab parents dia keluar. aku sambar 5 novel dari izat. dialah yang bersalah kerana mempengaruhiku menyukai novel-novel ni..haha! aku sempat mempraktiskan jari-jariku bermain piano. (macamlah terer!). sesi bergambar bermula. click!




scene 3: dirumah dila
dijamu dengan mee goreng dengan lemang dan rendang. (cam menu rumah aku je ni...hehe!)
aku teguk ubat batuk kat sana. terus high! haha...tengok gambar lama-lama masa sekolah dulu. terjumpa gambar ku yang aku rasa amat comel. i like! hehe..terima kasih kat dila sebab bagi aku hadiah harijadi yang lambat 4 bulan. ahaks!





Friday, October 17, 2008

happy birthday mate!


on the road to recovery

nenek sudah keluar hospital.
seminggu yang lalu.
alhamdulillah.
segalanya selamat.

cuma sekarang duduk di atas kerusi roda.
tidak boleh berjalan.
kami upah orang urut kaki.
nak suruh nenek exercise, mestilah tak larat dia.

syukur.
nenek sudah boleh angkat sikit kaki yang patah itu.
tapi perlukan orang juga.
nak angkat nenek ke atas katil.

hmm.
kesian bila tengok nenek.
ada sekali dia menjerit.
'aduh...sakit!'
masa makcik angkat nenek ke katil.
sedih sekali semasa itu.
aku diajar cara-cara nak membersihkan dirinya.
sayu tengok nenek.
terbaring sahaja.

saya.sayang.nenek.

Thursday, October 16, 2008

kebosanan di pejabat

saya bosan lagi hari ini.
saya buat jahat tadi.
lambat ke meeting.
ada sikit rasa bersalah.
selebihnya ada perasaan suka.
haha.
salahkan bonda, si bistro itu.
lambat buat kerja.
akhirnya, boss saya pergi ke meeting.
tanpa saya.
babai boss, ganbatte ney!



fahmi dengan aksi poyonya


kacau kak suri tengah buat kerja


gambar famili hari raya, mak abah barisan depan..hahah!


dengan guru besar sekolah oas...ahaks!


mak, jangan gaduh dengan abah...abg ngah, selamatkan abah!

ini dia.
aksi-aksi manusia.
ketika bosan di pejabat.
haha.

Monday, October 13, 2008

datuk SRK...huhh??

shah rukh khan dapat pangkat Datuk?
you've got to be kidding me!
sungguh tak masuk dek akal.
dah tak cukup Malaysians ke di muka bumi ini?
orang yang betul-betul berjasa tidak pula diberi pangkat.
banyak lagi Malaysians yang berjasa kat Melaka.
dipilihnya SRK.
what exactly did he contributed to the state?
setakat nari-nari, golek-golek kat Melaka.
sesiapa pun boleh buat.
aku golek-golek kt Ooty, India.
tiada pangkat pula yang diberi.
artis Malaysia yang pergi shooting ke China, New Zealand.
dapat pengiktirafan kah mereka dari negara itu?
tidak pula kan.

jadi, kenapa kita perlu SIBUK nak beri pangkat pada dia?



"I thought the award is given to those who have contributed toward Malacca's development. I wonder whether Shah Rukh Khan even knows where Malacca is," businesswoman Fatimah Tahir told a newspaper.

ps:
no offense to those SRK's fans.
i do watched bollywood movies.
i also do like him as an actor.
i do love his movies.
he is talented. no doubt about that.

birthday boy, si albin



ramai sangat birthday bulan oktober ni.
kekeringan idea untuk buat wish.
albin lemuel kushan.
happy tua-day.

Wednesday, October 8, 2008

do your best

hari ini saya happy.
bukan kerana saya sudah siap kerja.
kerana saya berpura-pura tiada kerja.
terima kasih pada boss yang tidak hadir pada hari ini.
ahaks!

sejak kebelakangan ini.
makin malas sungguh.
mungkinkah sebab cuti panjang?
ye kot!


semangat kepada mereka.
yang menghadapi hari-hari sukar dan muram
seperti saya.
seperti mereka yang akan menghadapi final exams.
seperti mereka yang berusaha untuk status tamat (final projek).



i.am.terrible.in.spelling.


acknowledgement:
ayat 'berusaha untuk status tamat' dipinjam dari jasman.

birthday wishes (lagi) to Dila



remember when :
- we used to go tuition LK together
- we were being silly in school
- we exchanged poems about friendship
- we wrote letters to each other
- we told each other about our crush
- you wished my birthday on the 30 Aug
(while my birthday is actually on the 30th of JUNE)
- we went chasing after Mek Izat in Bukit Raja
- we went to India together
- we travelled together to Ooty
- we learned to take beautiful pictures together
- we started grew closer in India
(selepas kehilangan berita sementara...hehe!)

love,
:: shaidatul ezzan ::

Tuesday, October 7, 2008

birthday wishes to Ummu


(photo courtesy of flickr)

Friend,
We have been together since diploma.
In the same class since Part 2.
We went to same company for internship in PETRONAS e-Learning.
And applied for the same course during degree.
In the same class, still.
In one group.
We lived in the same house (rented).
We get involved in an accident together.
We applied for the Infosys programme
(Aku yang paksa kau join sekali...hakhak!)
Even though you were not selected to go to India
(I was quite devastated about that).
I asked you to applied job at the same place where I work.
You got accepted. I was happy.
Basically, we did everything together.



Love,
Shaidatul Ezzan

ps: hope you like the katak i give you...hehe!

Monday, October 6, 2008

monday blues

today is THE day.
day of blues. ahaks!
hari ini saya masuk office dengan perasaan yang amat membosankan.
malas menguasai diri.
kerja oh kerja...
kenapa saya malas kerja?
sebab dah seronok cuti...
mahu cuti banyak lagi...
tidak mahu kerja
tapi nak duit...
camne tu?
hmm...

bila fikir balik, best semasa belajar.
ada cuti sem, midterm break.
cuti sampai dua bulan.
tapi duit pula tiada.
hmm...

bermulalah rutin harian sebelum Ramadhan.
akan banyak lagi kerja.
and of course, confirm ada lah hari-hari yang aku akan pulang waktu malam.
berani potong kuku la...hakhak!
masa Ramadhan bolehlah balik awal.
tidak balik malam.
ada excuse.
tapi sekarang ni...akan bertemankan bulan dan bintang la nampaknya.
[apa masalah aku nak merepek kat sini, aku pun tak tau!]
hukhuk!

Friday, October 3, 2008

gone were the days

i mentioned in my earlier post.
that i have no kampung.
that's right.
when my lovely grandma passed away almost 2 years ago.
we also lost the house too.
not because someone sold the house.
but basically the state government had sold the land to a developer.
to build a highway.
the house had already been destroyed.
nothing left there.
me and my family went back there while in JB.
it was quite an emotional experience.
to see a place where you grew up.
a place where so many memories has been made.
a place that you come home to during festive season.
a place that no longer exist now.

gone were the days where we used to play firecrackers in front of the house.

gone were the days where we used to bath with water from a well inside the bathroom.

gone were the days where the families used to gathered around the living room.

gone were the days where we used to laugh and cried during raya.

gone were the days where the house was full with all the relatives coming to visit.

gone were the days the families used to sleep together inside the house.

gone were the days where the children will lined up asking forgiveness and duit raya on the first day of raya.





hmmm...i really missed the old times.

raya tahun ni...

raya tahun ni agak meriah di JB.
walaupun cuma dua hari saja di sana.
terlalu banyak makanan yang ditelan disana.
hakhak...

missed all my relatives.
this year, saya sudah jatuh hati.
dengan baby, Nuha Fatiha.
damn cute, i tell you.
anak my cousin.
sudah rindu sama dia.
sob sob...
hopefully parents dia datang cheras and bring her along.

tahun ni raya saya tiada baju raya.
guna baju MPG saya yang berwarna hijau.
hukhuk...
tiada masa nak hantar tempah.
beli pun tak sempat.
last-last, recycle saja baju yang ada.
and this year, thanks to Kak Nadia and Mak Ton.
they were the only one yang bagi duit raya.

oh, forgot to mentioned that I spent RM700 from my salary on duit raya...alone??
aiyaa....botak saya!






menu di rumah mama (JB)
- ketupat
- rendang
- kuah kacang
- nasi briyani (kak nadia bawa dari rumah famili abang javed)
- lodeh
- sambal goreng (fave juga)
- kurma ayam (kak nadia masak)

menu di rumah kak nadia (JB)
- spaghetti goreng yang bapak pedas.
(still loving it though)

menu di rumah kak pika and abang chik (JB)
- yang ni paling sempoi, paling gempak...siap delivery lagi tu.
hakhak!
and ada alunan piano lagu-lagu raya lagi oleh abang chik sendiri.
kami dijamu dengan Pizza Hut!



menu di rumah kak anas (JB)
- nasi ayam baek punya la...

malam tu, kami sekeluarga balik KL dengan perut kekenyangan.
masing-masing terbongkang tidur bila sampai rumah.
hakhakhak!


Wednesday, October 1, 2008

balik kampung

mak masak laksa johor for raya tahun ni.
my fave!
went to putrajaya this morning to visit my aunty.
and my sister as well.
makan lagi.
lemang, nasi himpit and kuah kacang.
then, off to hospital.
tengok nenek.
a few other relatives were there.
spent more than an hour there.
layan nenek.
it was fun (although it was sad).
makan-makan. minum.
again.
this time around, makan sate la pulak.
ish ish.
raya = makan + minum + makan lagi.
hakhak!



well, i'm off to Johor Bahru this evening.
ziarah kubur arwah atuk and nenek di sana pula.
and jumpa sanak saudara belah mak pula di sana.
most importantly, nak jumpe my lovely saudara punya anak.
my cousin punya anak?
(apakah gerangan ye?)
i'll be coming back tomorrow.

oh yeah, forgot to mentioned.
i will stay in Hyatt Regency Hotel in JB.
yup...tak duduk di kampung.
kenapa?
sebab saya tiada kampung.
rumah kampung sudah tiada.
and also with all the family drama (and you think britney spears's is the only one having it...hahaha)
so long story laa....
never mind.
just looked forward to be in JB.
adios amigos.

be back soon....