manusia. tidak kira dimana.
baik pada zaman sekolah, zaman universiti dan di alam pekerjaan.
suka memandang rendah pada manusia yang lain.
sikap tidak puas hati tidak pernah padam dari hati manusia.
sama jugalah yang suka mempersendakan keadaan fizikal seseorang itu.
kenapa mereka perlu berlawak dengan cara menyakitkan hati?
sama juga ada sesetengah pelawak Malaysia yang saya rasa tidak lawak langsung bila berlawak mengenai fizikal orang lain. saya tengok mereka dengan perasaan yang jengkel sekali. bagi saya sempitnya pemikiran mereka. mentaliti orang Malaysia masih ditakuk lama. lawak perlu ada batasan. tidak semua lawak boleh diterima. pasti orang yang mendengar akan terasa even if mereka kata tidak kisah. put yourself in their shoes, how do you think you will feel? setiap hari mereka di'lawak'kan, and you think it doesn't hurt? you are pathetic, you know? sekalipun hendak melawak, tapi jangan sampai merendahkan martabat orang lain. Allah tidak menjadikan manusia berbagai rupa supaya mereka boleh dihina dan dicerca.
kasihan pada 'pak lawak' tersebut, kerana suatu hari nanti mereka pula akan terasa sakitnya hati apabila mereka dijadikan bahan melawak. yang pelik tu kadang-kadang, mereka adalah seorang dewasa. dewasa pada nama sahaja barangkali. tapi akal letak di lutut. mereka seharusnya menjadi contoh pada anak-anak mereka. ini tidak, sama sahaja dengan kanak-kanak. kasihan kanak-kanak, disogokkan dengan lawak bodoh. kanak-kanak seharusnya tidak diajar untuk memanggil nama-nama yang menjatuhkan air muka orang lain. sekalipun merasakan orang lain tidak cerah, tidak kurus, tidak cantik, tidak jantan berbanding dengan diri mereka, tidak perlu menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata yang 'enak' itu. manusia yang suka berlawak dengan mengenakan orang lain, pernah cerminkan diri mereka sendirikah? pernah guna akal sebelum bercakap? mereka ini adalah salah satu penyebab low self-esteem. selalu orang cakap 'sensitif sangat la you ni', 'you tak sporting la' (dan sebagainya) tapi fikirlah sampai bila nak jadi tak sensitif? ada ke orang sporting memanjang? sikit pun tak terasa hati? tidak ada bukan.
tidak salah untuk melawak cuma apabila lawak tersebut sampai menyakitkan hati dan menjatuhkan air muka orang lain, lawakkah lagi namanya? mungkin fitrah manusia, suka yang lihat yang cantik-cantik sahaja.
buat apa cantik tapi kosong didalam?
buat apa cantik tapi tidak ada akal?
buat apa cantik tapi akhlak jauh terpesong?
6 comments:
hhohohoh...sangat bengang nampaknye..meh aku pukul budak tu..sape kaco bestfren aku nih!!
hahaha...sekadar mengeluarkan pendapat mengenai manusia yang kononnya lawak tapi bagi aku, dorg tu suma kasihan..Allah bagi akal tapi letak kat bontot! hakhak...
rilek rilek..
meh aku duku sket kpala bdk tu!
duku?duku?apekahhhh????????hahahahaha
Kakaka duku? bole dimakan la klau mcmtuuu.. aku pun nak kene duku.. hihihi
http://www.najwan.com/
alaa duku = ketuk! :p
Post a Comment