Followers

Saturday, July 31, 2010

decision decision


sometimes, saya rasa saya selalu bertindak mengikut perasaan. walaupun masa tu cakap dah fikir sedalam-dalamnya tapi for a few days after that i'll start to question myself whether or not that i have made the right decision. masa buat decision, rasa dah habis baik masa tu. dah timbang segala kemungkinan yang berlaku. tapi semalam perasaan ragu-ragu tu muncul tiba-tiba masa on the way balik to KL from Seremban. while the others were busy talking, i was so caught deep in my own emotions and thoughts that i couldn't even focus whatever topic that they were saying.


betul ke apa yang aku buat ni?

kenapa aku tak dapat terima apa yang telah
ditakdirkan Allah untuk diriku ini sehingga sanggup nekad untuk membuat keputusan itu?


sekarang ni saya rasa amat takut sekiranya tindakan drastik saya itu akan menyusahkan orang ramai. amat takut.



Tuesday, July 27, 2010

aksi comolot


jap jap. saya tak faham. apa yang kecoh bebenor pasal KD comolot ni. tak faham tak faham. dalam ada apa dengan cinta si dian comolot dengan nicolas saputra tak kecoh pun. dalam heart si sengau irwansyah comolot dengan acha kenapa tak digembar-gemburkan pun. sebab tu semua lakonan semata-mata ke. dalam lakonan tu semua jujur ke. syahwat tak naik ke. si inul goyang gerudi dah macam tarian lucah tu yang lagilah menyampah saya tengok pastu orang lelaki sana semua suka pastu jerit-jerit diterima pulak ek. serius tak faham.

jangan salah faham. saya bukanlah menyokong aksi itu atau peminat KD sumpah bila dengar lagu jika kau tak datang dengan lagu amarah tu rasa macam watdehel lagu ni tak sedap siot. cuma tertanya what's the big deal semua suratkhabar nak kecohkan pasal kes comolot tu padahal ada lagi berita penting macam bila si torres tu nak umumkan dia akan stay dengan liverpool please jangan kemana-mana duk je kat kelab kesayangan i tu. ish yang saya pun satu sengal. pergi baca cerita sampah itu pagi-pagi tak mengembangkan minda betul. sengal sengal.



sakit pun salah ke?


tak boleh blah dengan statement :


kerja macam kita ni tak boleh sakit-sakit. sebab kalau sakit nanti tak berjalanlah kerja tu.


deyyy!! kau ingat sesuka hati ke orang berdoa minta jatuh sakit?? minta kena batuk, demam bagai?? apa daa...cakap tak guna otak! tah pape tah. tahulah kau hebat. jarang sakit. tapi tak perlu keluarkan statement poyo macam tu.



Monday, July 26, 2010

budaya angkat-mengangkat


tadi dengar Era.fm masa on the way nak pergi kerja. ye saya memang dengar Era pagi-pagi sebab suka celoteh riuh pagi Era tu. especially bila segmen Can I Help You? wah boleh buat orang fikir saya gila lah sebab gelak sorang-sorang dalam kereta. tapi saya dengar pagi je. petang saya lebih dengar lagu so selalulah browse here and there tapi selalu akan stop kat Fly FM. eh itu bukan main point nak cerita ni.

main point dia pagi tadi pasal mula-mula angkat sekali tu tersangkut lah pula. ye tak lain tak bukan pasal kakak angkat, abang angkat, adik angkat dan isteri angkat. eh itu takde woah naya je tak pasal-pasal. mula-mula saya terfikir ada lagi ke zaman angkat-angkat ni. then ray kata 'paknil, selagi ada sekolah selagi tu lah akan ada proses angkat-mengangkat ni' which i find it surprisingly true.

semua ni budaya kat sekolah. memang start dari sana kan. ada yang sebab suka tapi tak berani and malu nak propose jadi couple. takut kena reject baik jadi adik angkat/abang angkat. bak kata paknil 'dorang guna istilah adik angkat ni semua ni sebagai lesen je nak berkapel' which again, membuatkan saya mengangguk sorang-sorang dalam kereta.

saya pun macam tu juga. eh eh korang jangan ingat saya dah miang masa sekolah lagi ek dah ada abang angkat bagai. fyi, i'm from a girl school. so istilah abang angkat tu tiada lagi pada masa itu dalam hidup saya. masa sekolah rendah, diorang memang ada buat program adik angkat dengan kakak angkat. tujuan utama supaya kakak angkat tu boleh bimbing adik-adik tu. diorang padankan budak darjah 6 dengan budak darjah 1, darjah 5 dengan darjah 3, darjah 4 dengan darjah 2. so dapatlah saya adik angkat budak darjah 3 masa darjah 5 and darjah 1 masa darjah 6. tapi saya ni kategori malas ya amat. kantoi dah dari sekolah rendah malas. jadi saya memang jarang lah nak berutus surat nak tanya khabar adik angkat tu. tapi adik angkat yang pilihan saya sendiri saya layanlah. wah double standard tau. haha. looking back, terasa macam tah pape tah.

then masuk sekolah menengah, ada terminat seorang kakak ni. wah minat-minat bukan lesbian ek. cuma suka tengok seorang kakak ni cantik sangat putih dan ayu je. and dia bukanlah tomboy ke apa. oleh sebab dia kapten rumah sukan saya so dah selalu lah jumpa then terus tau cakap kat dia 'kak, boleh tak nak jadi adik angkat kak S***?' wah wah berani tak bertempat budak ni. haha. tapi masa tu kan dah habis rock lah tak takut apa-apa terus pergi approach. sengal betul.

masuk diploma baru lah terasa dunia terbentang luas. banyaknya lelaki. ok that sound so lame. tapi bila dari darjah 1 sampai ke form 5 sekolah perempuan jadi macam ohmakkau handsomenya dia tu, eh abang tu comel lah dan pelbagailah lagi. jakun sekejap. masa diploma berkenalan dan tertarik (cewah) dengan seorang abang fasi ni. ish siapa suruh dia jadi alim masa minggu orientasi tu. siapa suruh dia cakap wo ai ni masa perhimpunan tu. kan dah terpikat. aish. nama dia emmm emmm nak beritahu ke nama dia kang dia glamer tak pepasal lak. haha. anyway, dipendekkan cerita dia pun jadilah abang angkat saya. oh ye lupa nak beritahu, saya pun ada kakak angkat masa ni. tapi yang ni program dekat kolej. so nak taknak kenalah ada kakak angkat. nasib baik sporting. thanks to her saya berkenalan dengan abang angkat saya tu lah.

pastu kan bila diorang dah habis belajar kan terus kau terlupa langsung. dah tak layan. dah tak balas email. dah tak sms ke apa. mendiamkan diri je. haha. ni lah susahnya jadi saya. i tend to forget all the attractions i once had towards that person. macam sekarang. dah lupa dah perasaan suka kat shahir ni. ish tak boleh jadi. perlu pupuk kembali. sekian. selamat beramal.


soalan cepumas : berapa patah perkataan kah dalam karangan di atas? ;p



Saturday, July 24, 2010

jinx july


RM 500 - bayar saman tahun 2008, 2009. kalau tak bayar tak boleh renew roadtax. apa kejadah kah ini bukan dah 5 saman ke blacklist? ni baru 2 saman je. deyy betul.

RM 550 - bayar duit kereta kang kena tarik tak pasal-pasal kang impian nak pencen awal termakbul. maksud lain cuti tanpa gaji. ceh padahal boleh naik teksi. weee.

RM 300 - bayar roadtax dan insurans. kenapalah roadtax ni tak buat macam renew lesen. boleh pilih berapa lama nak renew. jadi takdelah setiap kali hujung bulan julai dah kering kontang.

RM 300 - bayar kereta rosak plus servis kereta terus. boleh pulak pada masa duit takde ni kereta buat hal. rosak tak boleh start. sebab bateri kong. ceh macam bateri handphone pula. dah alang nak dekat tarikh servis, saya pun hantar lah kereta servis.


RM 1650 - jumlah keseluruhan yang telah dibayar. botak kepala den. dah boleh beli blackberry.



RM 0000 - baki duit dalam bank. saya pokai. musnah kejadah angan-angan nak beli blackberry awal bulan depan. nasib baik bulan depan puasa. kalau tidak saya hanya telan airliur bila kawan-kawan ajak makan nando's. bila berlaku situasi sebegini buat saya nak cash out je duit nuffnang. walaupun takde lah beribu macam Hanis Zalikha tu tapi mampu rasanya nak buat belanja untuk seminggu. perlukan seminggu je pun kan sebelum puasa. ok. dah lapar dah ni nak pergi pau duit mak. bai.


all this happened in just one damn month. JULAI. argh.




Friday, July 23, 2010

pencen awal


taip taip padam. taip taip padam. itu je yang saya buat sepuluh minit yang lalu. bukan takde idea. cuma tak reti nak susun ayat. bukan ayat-ayat cinta. ayat penyata. ayat yang ingin menyatakan bahawasanya saya rasa macam nak pencen. wah kau baru berapa bulan kerja dah nak pencen. serius. rasa penat sangat bekerja. tapi sebelum pencen kena cari laki dulu. kang duit pencen habis nak minta kat siapa lagi kan nak beli beg tangan Chanel dan Hermes semua tu. haha. hmm tak faham macam mana orang boleh bekerja sampai umur 60 tahun. kalau saya umur 40 je kalau boleh nak pencen. lepas pencen bukak bisnes cekodok pisang dan cucur udang. meniaga je la tepi jalan. tak laku sedekah kat jiran tapi cakap ada lebih sengaja simpankan sikit untuk dia. senang. sempoi.

kalau ada orang kata kerja gomen ni senang dan boleh relek relek sila tampar bulat-bulat je muka orang tu. itu semua dusta belaka cewah. penat sebenarnya kerja gomen ni. sebenarnya gomen ke swasta ke semua sama je. masih kerja bagai nak rak. masih lagi rasa penat bekerja. yang senang swasta adalah anda tidak terikat dengan segala peraturan. susahnya cuma anda mungkin boleh senang dipecat lalu menanam anggur. senangnya kerja gomen anda akan dapat segala benefits semua gaji dibayar setiap bulan dan kurang sikit risiko dibuang kerja dan pada masa yang sama, melatih diri anda untuk berdisiplin. mana tak nya tipah oiii kang tak berdisiplin kena tindakan tatatertib. kau nak? haha.

eh dah macam tak tahu apa yang nak dinyatakan disini dalam ayat penyata. ok tah mana satu tah ayat penyata tersebut.



Thursday, July 22, 2010

lady boss


sengal tak saya kalau saya kata saya tak berminat nak jadi bos? sengal tak sengal tak? cepat cakap sengal. ugut ni ha. ok. ini is serius. haish. mengeluh dulu. sejak jadi kuli ni kan and bila tengok orang kena marah sana-sini nak menjawab dengan big big boss lagi saya rasa macam arghhh takmo jadi bos. jadi bos kena balik lewat. jadi bos kena duduk dalam bilik seorang-seorang sejuk beku sorang-sorang. jadi bos kena jaga anak-anak buah dia. jadi bos kena selalu bersedia untuk bertindak kalau dapat panggilan maut dari big-big bos. jadi bos selalu kena marah. jadi bos nak kena jaga banyak benda. jadi bos kena ada tanggungjawab besar sampai...eee stressnya jadi bos.

hah ok lah den tak sabau nak packing mempacking ni. nak kena pergi ehem ehem australia isnin ni ada meeting plus kursus plus bengkel. weeee!!













psst. percaya ke? non ado nak pergi australia sah pun tidak lagi. haha.



sayang anak menantu jadi mangsa


semalam masa nak pergi kerja terdengar satu cerita kat sinar fm. wah kau sinar fm sungguh old skool siot. hehe. anyway, ada lah seorang perempuan cerita pasal mertua dia. yang sentiasa menabur fitnah kat diri dia pada suami dia dengan niat untuk anak dia (si suami) tu berpisah lah dengan perempuan ni. satu je ayat terlintas kat fikiran saya masa tu.

"AIYOOOO ADA LAGI ORANG MACAM NI EK KAT AKHIR ZAMAN NI EK?"...ermm saya bukan refer pada perempuan tu, just the in law. saya ingat benda ni dalam novel je. dalam drama. tak sangka sangat dunia dah nak kiamat ni pun masih ada lagi orang berfikiran macam zaman batu. kenapa ek kalau mertua tu tak suka menantu mesti ada kes fitnah memfitnah. buat cerita semata-mata nak anak bercerai-berai. astaga. perceraian tu kan perkara yang dibenci Allah. kenapa lah akibat dendam kesumat bagai sampai sanggup buat perkara tu.

takde untungnya semua benda alah tu. last-last hilang anak adalah. macam yang perempuan tu last-last husband dia putuskan hubungan dengan famili sebab dia percayakan isteri dia. ha kan dah hilang anak. tak pasal-pasal sebab marahkan menantu tergadai anak sekali. eh sesuai ke peribahasa ni. eh ni namanya peribahasa ke. eh lupa nak cakap saya dah kembali. haiyaaaakk!



Sunday, July 18, 2010

berjalan sakan


berjalan lah sangat. huhu.

okay peeps. i'm off to Temerloh today.

kerja kerja kerja. tak rawk kan.

nasib baik tak bayar satu sen pun. wah.

will be back on Tuesday!

daa....




Inception : Must Watch!

Oo Em Gee. Christopher Nolan is a genius!! saya pergi menonton tanpa membaca sebarang sinopsis or tanpa menonton trailer di tv or anything whatsoever. pergi sebab dalam E!Online bagi A for this film dan saya tak baca pun review diorang. and you know what? they were right!

why this is a must watch movie? simple. one, it requires you to think and concentrate. the ending will leave you debating in that glass half-full, half empty kinda way. let just say, it's a movie that needs to be seen more than once. two, i was never a fan of Leonardo DiCaprio before this but boy, that guy is just brilliantly talented. the way he portrayed the character Cobb was just astonishing. full of emotions. three, the whole cast were brilliant. i was impressed with the performance of ellen page and joseph gordon levitt. four, the storyline itself was like totally out of this world. i was like...'shoot! mana diorang dapat idea ni?! hmm maybe they did some inception themselves you know, in order to make this movie!'. five, this is the guy who directed The Dark Knight guys! one of the best movie of all time. need i say more?

it is, by far one of the best movie from Christopher Nolan aside from The Dark Knight. two thumbs up! recommended and worth watching for. i loved this movie with or without that what-the-hell final wrinkle. wanna watch it again! :)




Friday, July 16, 2010

mean world

kat area rumah saya, ada seorang budak ni. ewah kau terus masuk isi ni pendahuluan takde serius fail bm penulisan ni. ok sambung. ada seorang budak ni. umur dia lebih kurang 8 tahun kot. budak ni kanak-kanak istimewa. dia bisu. tapi saya suka sangat tengok dia. walaupun dia bisu, tapi dia selalu senyum kat saya. sebab saya rasa dia perasan yang saya kalau tengok dia mesti nak senyum. kira berbalas senyuman lah amboi amboi amboi. saya mudah kasihankan dia. hmm tak bestkan panggil budak bisu. oleh kerana saya tak tahu nama dia mari kita panggil dia adik mel. as in si comel, get it? ;p

pernah tu ada sekali ternampak dia main dengan budak-budak lain ni tapi budak-budak tu macam buli je dia. ye saya tahu mereka tu kanak-kanak jadi tak tahu mana baik buruk tapi saya rasa macam nak marah je budak-budak tu bila dia buli adik mel ni. saya emo. macam nak backup dia jadi konon-konon kakak angkat macam kat sekolah tu. kadang-kadang saya sedih sangat tengok dia mundar-mandir sebab takde pun budak-budak yang lain tu bercakap dengan dia. bila dia bercakap dalam bahasa isyarat takde pula yang faham. sedih sangat masa tu. pernah terlintas dalam hati 'kalau dia ni adik aku, aku jaga dia baik-baik. aku pastikan takde seorang pun boleh sakitkan hati dia'. pelik tak kalau tetiba saya yang nak berkawan dengan dia? hmm...

another one kan, adalah suatu kali masa diploma dulu, ada ternampak seorang budak nerd yang pakai kemeja kemas siap bawak beg sandang macam beg sekolah dengan pakai spek mata tebal tengah berjalan menuju ke cafeteria. for me, tiada yang unusual pun tentang itu. tapi yang saya tak faham tu kenapa ada group-group mereka yang kononnya hebat tapi loser mesti nak komen and gelakkan budak tu. apa masalah woiii?!! dia kacau hidup korang ke??!!

aish. tak tahu pulak yang perlu kejam untuk jadi hebat.



Thursday, July 15, 2010

budak biadap


faham tak perasaan bila anda sedang menikmati makan malam di Kenny Rogers bersama keluarga anda, sedang seronok berbual-bual sekali tu ada budak kecil dalam umur 6,7 tahun macam tu jalan bersama ibu bapanya sambil tu tangan budak tu mencuit sedikit makanan korang yang korang belum sentuh lagi. mencuit sambil masukkan makanan itu ke dalam mulutnya. dan ibubapanya hanya meminta maaf sekali dan terus berlalu tanpa ada rasa perlu membayar ganti rugi. faham tak perasaan nak lempang je budak tu dengan parents dia sekali? faham tak?!!!

what pissed me off more was that bila parents dia minta maaf and i asked him to replace the food with the new one selamba badak je boleh blah. vavi. lepas dia blah, saya tengok je family tu. tengok bila dia nak datang offer diri untuk bayar makanan tu. bagi pandangan maut punya. pastu masing-masing menggelabah bila saya tenung diorang. orang salah macam tu lah kan.

seriously if i was the boy's mother lama dah pukul ke jentik ke tangan budak tu. sebab no manners at all. lainlah kalau budak tu umur dia 2,3 tahun. saya boleh faham lah. ini dah macam budak sekolah rendah tapi akal letak kat bontot. dah confirmlah kencing dan berak tak basuh jadi tentulah tangan tu 'kotor'. sangat kurang ajar rasa macam nak terkeluar je ayat 'tak pandai didik anak ke wei!'.




* muffin yang telah disentuh dengan tangan oleh budak biadap itu dan sempat dia bawa masuk mulut setelah mencubitnya.










novel adaptation


hai. salam satu malaysia. wah gitu. dah macam baca berita tv1 dah ni. hehe. anyway, semalam kan semasa bertwitter saya ada terbaca status twitter cik lisa surihani yang kecil molek tu. dia kata nak start shooting filem Ombak Rindu. and i was like....WHAT????!!!! OMBAK RINDU novel yang saya baca zaman sekolah menengah dulu tu???? penulis dia Fauziah Ashari tu???? yang Izzah dengan Hariz tu???? *jaw dropped*

haihhh. honestly, saya tak berapa berkenan sangat bila buat filem adaptasi daripada novel ni. sebab selalu end product dia tak sehebat novel tersebut. well except for Lord Of The Rings and Harry Potter lah kan. both are very good franchise as well as good storyline walaupun ada flaws here and there. bukanlah saya bias merendahkan produk seni malaysia ni sebab kalau nak ikutkan Hollywood pun ada adaptasi dari novel dan jadi tak best juga tapi memang romance novel ni bila diadaptasikan ke filem susah untuk peminat novel itu untuk menerima karya tersebut.

contoh baru-baru ni saya tengok kat Hallmark diorang buat short film from Nora Robert's Romance Collection. i read one of her books called Carolina Moon. among my favourite i should say but bila diorang jadikan itu sebagai drama, saya emo. sebab tak ikut buku. spoiled kan the emotions yang beautifully potrayed in the novel. it didn't do justice to the book.

Ombak Rindu tu saya khatam beribu riban kali dah. setiap kali baca saya masih lagi boleh dapat rasa perasaan semua karakter dalam novel tu. siap dah bayangkan dah hariz and izzah tu macam mana. nama pun novel cinta kan jadi suka hati lah kita nak bayangkan macam mana and bayangan tu pun hanya kita je yang nampak. tak perlu terangkan and beritahu orang lain. dalam erti kata lain, berangan. tapi bila novel yang kita suka tu dijadikan drama atau filem, pemilihan pelakon tu selalu tidak menepati kriteria yang sudah kita bayangkan tu tadi. dan skrip dia sungguhlah tak mengikut cerita novel tersebut. selalunya macam ni lah.

fyi, saya tidak menonton pun cerita Lagenda Budak Setan. sebab apa? sebab saya tak baca novel tu. so i won't go and see the movie. sebab saya rasa in order for me to understand the story i need to read the book first. then only, i'm able to say this is a good adaptation or not. macam masa saya tengok cerita Harry Potter tu dulu. the first movie tu bila habis je saya tengok saya macam hmm is that it. so saya pun cari inisiatif nak cari buku dia. and i read all of the seven books. you can see the bigger picture when you read the book first. itu pada pandangan saya lah.

hmm...sometimes, some things are better left untouch. macam prinsip Jay-Z mengenai the remake of Michael Jackson's We Are The World. wah tetiba je tau masuk pasal rapper ni. when asked what does he thinks of the remake of the song, he said some classic should remain a classic. seeeee seeee what i mean. even Jay-Z agrees with me. cewah guna nama Jay-Z plak.



Wednesday, July 14, 2010

let me know


can someone tell me...


di manakah saya boleh mendaftarkan diri menjadi pengutip bola di tepi padang sewaktu piala dunia berlangsung?


saya rasakan pekerjaan itu sungguh menarik kerana tidak perlu mengalami tekanan perasaan. oh, maybe not. saya mesti tidak dapat fokus apabila fernando torres sedang berlari-lari di hadapan warming up untuk masuk ke padang. saya mungkin mengalami heart attack. oh. mungkin tidak.



Despicable Me : Two Thumbs Up!




oh my oh my. despicable me is totally awesome. terlalu best sampai tak tahu nak tulis apa. funny funny and funny. ketawa bagai nak rak dah lah tengah suara seksi sebab sakit tekak. just nak beritahu best. pergilah tengok. geram tengok kartun dia yang comel rasa nak gigit je si agnes tu. bukan agnes monica. nak tahu siapa agnes silalah tengok ek cerita itu. saya amat mencadangkan filem ini ditonton. nak best tengok 3D. percaya tak ini kali pertama saya tengok movie yang 3D version? ye. tak terasa pun sebelum ni nak tengok 3D sebab tiket kan agak mahal tapi tadi dia offer 3D je so tengok je lah. baru tahu best ek tengok 3D. macam dalam movie tu la plak. hehe.




i would sooo recommend this movie. funny, entertaining and absolutely amazing. much better than eclipse. trust me on this. two thumbs up for the film.


dah 3 hari berturut dah ni tengok movie. dah jadi macam ros dah. haha. hari ahad Toy Story 3, isnin tengok Eclipse then tadi tengok Despicable Me. mood nak tengok movie datang tiba-tiba. so, what next? any good movie coming out soon?



Tuesday, July 13, 2010

eclipse : is it worth watching for?

twilight twilight. sigh. where do i even begin. even after new moon and now eclipse, i don't care if it hit the box office status i'd still prefer the first film. it was magical. the chemistry was amazing. i'd watched it all over again whenever they're showing on star movies. the soundtracks was the best, i even listened to the whole album. who can't forget Supermassive Black Hole and Flightless Bird American Mouth right? even the whole storyline was good. is it because it was directed by a woman? hmm...

anyway, while new moon was like a dead bored to me, eclipse was just OK compared to new moon. eclipse is way funnier but that was just it. i think in eclipse one character that stands out among the rest was Jasper. that guy was super cool. i kinda like him in this one. i think he and jacob save eclipse. and oh yeah, that new born dude, Riley too.

the first film i was like head over heels with rob as edward (i mean who doesn't right?). the second one was jacob all the way with those abs and the wolf pack. this third time however, i'll pick jasper as my favourite. jasper got my heart baby.

ok lah. kang peminat twilight marah saya review filem eclipse ni. huhu. dari 5 bintang saya bagi 2.5 bintang. it's n0t totally bad but it's not totally good either. i don't think i'll watch it again. well unless lah kalau taylor lautner ajak teman dia tengok dia bertukar menjadi werewolf. cewah.




Monday, July 12, 2010

before and after

sewaktu bersenang lenang ketika di awal-awal dahulu lebih kurang 2 minggu selepas mendaftar diri. iaitu semasa fikiran masih lagi tenang tiada buaya dan hanya fikir nak balik pukul berapa...


before




sekarang, sewaktu fikiran sudah kusut masai bak rambut yang tak bersikat dan kepala pusing memikirkan kerja serta tahap tekanan yang melampau dah tak kisah dah balik pukul berapa cuma sekarang selalu meragui kemampuan sendiri seperti saya meragui kemampuan maradona jadi coach argentina. ok tak sesuai metafora itu.







after 6 weeks






aish. lepas 6 bulan nanti tah macam mana tah meja ku ini nanti. shall wait and see...



the champs!!




say whatttttt???!!! SPAIN the champs!!!! ok. nak buat ala-ala hiphop style tapi tak jadi. tapi you get the point kan. remember my post how upset i was when spain lost to switzerland in their first game? who would have thought the team i called the biggest loser then turn out to be the biggest winner now. kudos to the team. even though it take ages for Spain to find that winning goal but it was worth the wait. and i just have to say one thing though, iker casillas is the best goalkeeper ever. period.





and also congrats to my hommies, my love (cewah!) Germany for the third place! you guys are amazing. the best team i think in this world cup. scored so many goals. never really bored watching your games. hope the german youngsters will continue their best form in EURO 2012. i am proud of both team. thank you for bringing me the best games in 2010 World Cup. i really enjoyed this year's world cup. as much as i enjoyed watching the 2002 World Cup in Japan/Korea. anyway, looking forward in the next World Cup 2014 in Brazil.






pssttt...malam-malam dah tak best dah sekarang. :(




Sunday, July 11, 2010

some people are just plain dumb


kenapa orang tak faham bahasa dan tak guna otak masa buat sesuatu? contoh orang yang tak faham bahasa and orang bodoh bagi saya : -


  • kalau dah disuruh off handphone dalam flight buat je lah. kalau takmo off, put on a flight mode lah. hari tu ada kes dah nak take off dah flight tu, plane tengah berjalan ke landing trek boleh pula ada bunyi ringtone call masuk. sengalan. jangan kerana kau seorang nak membahayakan orang lain. pentingkan diri betul.
  • dalam flight tahulah nak berbualkan tapi tak perlu bercerita sampai nak bagi seluruh flight tu dengar. kadang-kadang rasa nak tegur please lower down your voices tapi kang saya disuruh duduk dalam library plak kang. it's annoying bila flight malam and mestilah korang nak berehat kan tapi ni kalau saya pun dah boleh buat summary pasal cerita korang sepanjang flight melampau betullah kan. bayangkan 45 minit perjalanan dan korang didendangkan cerekarama yang tak best tanpa iklan. faham tak faham tak.
  • bila suruh put your handphone in a silent mode masa tengok wayang, kenapalah bebal sangat takmo buat apa yang disuruh. paling bodoh bila dah lah bunyi call kau yang kuat mengganggu konsentrasi orang lain tapi boleh pula kau bersembang lama. serius loser.
  • orang yang kencing tepi jalan dengan lagak selamba. bayangkan korang tengah stop kat traffic light then korang tertoleh ke kiri dan nampak seorang mamat ni kencing betul-betul tepi jalan. macam orang takde otak. sebab kalau dia otak tentu dia akan cari tempat tersembunyi sikit. serius shit macam takde adab. bodoh gila. geli dengan orang macam ni. ayah saya ada beritahu ada yang mamat-mamat sial tu kencing kat tepi masjid. lagi kurang ajar gila rasa nak sepak terajang je.


*************


ok dah. nak tengok cerita Taken kat Star Movies ni. macam best je. oh ye, kalau Spain kalah malam ni saya bakar si paul tu jadi sotong bakar sedap sikit. takpun buat sambal sotong untuk makan nasi lemak esok. daaa ;)




Saturday, July 10, 2010

pengalaman masuk hospital


pssstttt ni nak cerita sikit pasal trip saya ke hospital di terengganu. uols tahu tak saya masuk ICU? bukanlah saya tiba-tiba pengsan disana dengan bau-bau ubat terus kena masuk ICU. cuma saya ditugaskan untuk check sistem yang telah dideploy ke hospital tersebut. wow! first time ni masuk ICU. terasa macam dalam set Grey's Anatomy. cewah. al-maklumlah saya bukannya doktor jadi bila masuk ICU ni terover sikitlah feeling dia. tapi bila masuk tu kan. satu kesimpulan dapat saya rumuskan. saya memang tak sesuai jadi doktor. kenapa? sebab bau segala ubat memeningkan kepala saya. bayangkan tengah test sistem tapi kat depan workstation ada pakcik yang bagi saya agak tenat kot. takut wooah. sedih pun ada. tu lagi satu sebab kenapa saya tak boleh jadi doktor. bila tengok orang sakit teruk saya sedih.

another thing kan masa tengah test sistem kat wad lelaki, rupa-rupanya selang satu katil daripada workstation tu ada jenazah. yang baru meninggal dunia pagi itu. dah lah masa tu agak bising juga di wad dengan kitorang sibuk dengan uat tu kan. mula-mula memang tak tahu tau kenapa ramai betul yang lawat satu katil tu. sekali tu bila ternampak 2 atendan ah tak reti eja attendant bawa pengusung mayat terus saya terdiam. sorang-sorang ahli keluarga dia nangis. then bila diorang bukak langsir yang cover katil tu kan, terus saya ternampak jenazah yang dah siap berbungkus. lagilah kau terkejut noks. bayangkan saya, katil dan jenazah. boleh bayangkan tak? oleh sebab saya seram sejuk saya terus toleh kat laptop sambil tu sedekahkan Al-Fatihah.

ok. lepas diorang dah usung pergi jenazah tu saya ingatkan keadaan dah kembali normal lah kan. sekali tu kan uols, saya tengah berdiri betul-betul dekat laluan orang keluar masuk, then dari belakang ada nurse yang tengah tolak katil. rupanya katil tu lah katil si mati tadi. ya rabbi nampak darah merah atas cadar tu. boleh bayangkan tak boleh bayangkan tak? saya sebelah katil jenazah tadi tu.

aishh...tiba-tiba rasa mencabar juga ye jadi pegawai IT di hospital-hospital ni.





Friday, July 9, 2010

bad bad movies


maaf. lama menghilang. bukan kerana keciwa sebab german kalah. mahupun keciwa bercinta. tapi sebab saya sibuk. saya tahu. sungguh cliche. tapi tak kesahlah labu. janji rock. beberapa hari yang lepas saya ke terengganu untuk bershopping UAT. bukan uat sebagai shortform buat ek tapi ini UAT. apa itu UAT? sila cubit pipi sendiri kalau malas nak google. malas bebenor kamu ni. eh kenapa cubit pipi. entah saya tidak tahu. haha. oh ye pergi balik naik flight MAS. entah kenapa kan sejak dah pandai tengok movie kadang-kadang saya ada perasaan takut gak naik kapal terbang ni. ni semua salah filem hollywood lah ni.

1) Final Destinations - yang pertama ok. kalau korang pernah tengok cerita ni confirm rasa macam seram sejuk je kan masa nak take off tu. saya kadang-kadang suka fikir bukan-bukan. kadang-kadang kalau saya nampak kat dinding flight tu macam ada calar calar ke terus teringat kat cerita ni. issh bad influence bad influence. another thing saya selalu fikirkan masa nak mendarat tu kan tiba-tiba roda tercabut. boleh bayangkan tak tengah laju tu mendarat sekali roda tercabut pastu tersasar lalu meletop enjin. PFFT!!! WEH, KENAPA KAU BUAT ORANG LAIN TERFIKIR PASAL ITU JUGA?! mungkin itulah yang akan korang cakap bila baca ayat ini. cewah.

2) Snakes On A Plane - woooo cerita ini buat saya selalu tak senang duduk kadang-kadang rasa nak duduk bersila. takut ular lalu kat bawah seat passenger. extreme sungguh khayalan saya. lagi takut nak pergi toilet sebab dalam cerita tu ular tu first keluar kat toilet masa scene ehem ehem tu lah. hah. scene apa tu. pepandai lah korang fikir sendiri. miahaha. kenapalah diorang buat cerita ular-ular ni. aish.


3) Air Force One - eh bukan kasut Nike Air Force 1 tu ek kang korang blur-blur pula. Air Force One tu President USA je boleh naik. walaupun mati hidup balik non ado nak dapat naik Air Force One tu, selalu juga fikir kalau ada penjahat yang nak take over the plane.saya suka tengok muka-muka yang satu flight dengan saya. ada juga terlintas 'eh muka dia macam muka orang jahat' tapi saya sedapkan hati je. tahu tak baik fikir bukan-bukan pasal orang lain entah-entah dia anak datok yang loaded ke tapi can't help it lah kawan.


ok dah. yey spain masuk final! eh kau bukan sokong germany ke? saya sokong dua-dua. kalau tak percaya, bacalah ini.



Tuesday, July 6, 2010

jepun oh jepun

argh. kenapa lambat sangat nak sah jawatan. kenapalah lambat. teringin ni nak pergi latihan kat jepun. ingat senang kau nak pergi jepun. huish. melangut lah nak dapat peluang ke jepun tu. saya pernah pergi Narita Airport, Tokyo je. hmm transit tu kira pergi ke ek? hehe. transit tak sampai pun 3 jam jejak kaki kat Narita Airport pun dah kira bagus. at least bila orang tanya, dah pernah pergi Jepun? pernah, pergi Tokyo. cewah. anyway, walaupun 18 hari je latihan tu kan takpe i rela je uols nak pergi. suka. nak pergi sangat ni walaupun bukan pergi melancong. aish. dah melepas peluang dah nak pergi jepun. arghhh. terbayang ikuta toma. aish. comel comel.

hmm. kena pergi terengganu petang ni. khamis baru balik. ada UAT. aish. terengganu pun terengganu lah janji rock tak masuk office.


pssst dd dudu kamu honeymoonlah dgn hanamachi nanti kat jepun tapi saya nak ikut boleh? ;p nama tunang dah jepun dah tu hehe.



Monday, July 5, 2010

doa perpisahan

pertemuan kita di suatu hari

menitipkan ukhuwah yang sejati

bersyukurku ke hadrat Ilahi

di atas jalinan yang suci

namun kini perpisahan yang terjadi

dugaan yang menimpa diri

bersabarlah diatas suratan

kutetap pergi jua


kan ku utuskan salam ingatanku

dalam doa kudusku sepanjang waktu

Ya Allah bantulah hambaMu

mencari hidayah daripada Mu

dalam mendidikkan kesabaranku

Ya Allah tabahkan hati hambaMu

diatas perpisahan ini


kan ku utuskan salam ingatanku

dalam doa kudusku sepanjang waktu

Ya Allah bantulah hambaMu

senyuman yang tersirat dibibirmu

menjadi ingatan setiap waktu

tanda kemesraan bersimpul padu

kenangku di dalam doamu


semoga Tuhan berkati mu



Saturday, July 3, 2010

thank you!!!!!




THANK YOU GERMANY!

THANK YOU FOR THE GREAT GAME!




Thank you for the best game I ever watched in World Cup 2010.

Thank you for beating England.

Thank you for humiliating Maradona.

Thank you Klose for the 2 wonderful goals.

Thank you so much.


Told ya that they'll beat the hell out of the Argentina! Told ya told ya they will send the Argentineans home! Messi is so messed up. Now why don't the Argentineans just share the flight home with the Brazilians? haha.


eye on the prize baby, eye on the prize.



motif siap tukar background twitter? hehe.



Friday, July 2, 2010

world cup exits


haha brazil haha.

kaka? lagi haha.


never really like brazil. haha.

kudos to the dutch! can't wait for the germans vs argentines tomorrow.

psst...terus twitter over capacity bila brazil kalah. haha.




Thursday, July 1, 2010

b-day!

yesterday was my 20th birthday. ye memang 20. jangan korang memandai cakap eh ingatkan 25. tapi kalau cakap eh ingatkan 17 tahun tadi tu takpe. sungguh diterima dengan hati terbuka dan tersenyum lebar. a year has gone by. dari programmer sekarang menjadi typist. tukar bidang secara tak sengaja. entah kenapa macam tahun ni birthday tak rasa gembira pun. actually tak rasa apa pun. mungkin sebab environment baru. mungkin. dan saya pun tak celebrate sangat tahun ni. dinner pizza and spaghetti je semalam with family. nothing fancy. anyway, thanks for all the birthday wishes dear friends. really appreciate it. walaupun korang tengok kat facebook je kan bukan ingat takpe takpe masih comel sebab wish. comel sangat. nak try lah hide kan birth date tahun depan. cewah.

goodbye june. hello july.




footnote : dah start balik pukul 5. weeee!