Followers

Tuesday, July 31, 2012

resepi hari ini




setiap kali masa bulan ramadhan, mesti angin rajin memasak aku datang. macam-macam resepi nak cuba. cari kat internet. tengok kat buku. so, i came across this recipe in The Perfect Picnic book, mak den punya. baca-baca hmmm macam senang je. apa lagi, bertungkus lumus lah mak jemah kat dapur tu. semalam sampai-sampai je rumah dari office, lepas solat terus masak bendalah ni. Potato & Onion Tortilla. 

Ingredients : 
- 1 1/4 cup olive oil
- 6 potatoes (thinly sliced) 
- 2 onions (sliced - dalam bentuk onion ring)
- 6 eggs
- salt, black pepper
- cherry tomatoes for serving purpose 

Steps :

1. Panaskan minyak dalam large frying pan. Tumis bawang bersama-sama dengan kentang tu tadi. Buh garam sikit & blackpepper. Masak dalam 20 minit (until soft) dengan api yang kecik.


2. Beat the eggs in a large bowl. Bila kentang & bawang tu dah soft dah, masukkan bahan-bahan tu ke dalam mangkuk telur tu tadi. Kacau sikit, then masukkan semula kesemua tu dalam kuali balik. 
3. Cook for 3-4 minutes until the base is set. Cover the pan with a plate and carefully invert the tortilla onto it. Dah terbalik, masuk balik dalam pan dan masak lagi selama 5 minutes, until it is golden brown on the outside and moist in the middle. 
4. Diced the tomatoes and serve with the tortilla. 




dalam erti kata yang lain, cara dia macam kita buat telur dadar cuma takde lah rasa telur dadar. cuma yang ni tebal. dan ada isi. and rasa sedap sebab ada kentang dalam tu. untuk first trial ni, aku hanya guna 3 biji kentang je. sebab takmo tebal sangat tortilla tu. so 3 biji kentang tu bersama dengan sebiji bawang besar, telur aku guna 4 je. lagi satu, masa masak tortilla tu, kurangkan minyak. jadi base dia rangup sikit lah. yang aku buat ni dapat 6 slices. Alhamdulillah, habis uols. licin pinggan. anyway, kalau korang takmo served guna tomato pun takpe, boleh juga diced the capsicum. buatlah 3 warna nampak meriah sikit lah kan. hehe. and lagi satu, kalau korang nak jadi kreatip lagi, bolehlah kot buh cendawan dalam mixture tu.




selamat mencuba....


nak famous amos



oleh kerana weekend hari tu teringin sangat-sangat nak makan chocolate chip famous amos tapi malas bebenor nak keluar weekend hari tu, terpaksalah kan rajinkan diri buat cookies ni. ye lah, the nearest mall pun nak beli famous amos ni pun kat the mines lah kot (tak tahu lah kalau ada kat jusco cheras selatan/bandar mahkota). tak koser ler aku nak drive ke sana semata-mata nak beli cookies. heh. anyway, aku tak pernah buat sebelum ni walaupun tahu ianya amatlah senangkan. tapi malas kot selama ni. selalunya mak yang buat masa nak raya. yang ni den buat sendiri.


nampak macam jadi kan. memang jadi pun. miahaha. tapi keras sikiiiiitttt je, tak banyak but still eatable. mungkin terlebih tepung kot. dapat pujian dari ayah. boleh buat bisnes katanya. ayah aku senang je, asal boleh dimakan dia puji. bila aku tanya, tak keras sikit ke yah cookies tu, dia kata takdelah...sambil tu cicah nescafe panas. nampak noo takmo kecikkan hati aku kan. hehehee...

penat juga ek buat kuih ni. ececeh. itulah kata orang yang tak selalu masuk dapur. masuk bila bulan Ramadhan je. anyway, dapat lah jugak satu tin cookies tu hari tu aku buat. boleh buat kudapan depan tv dan benda untuk diterjah masuk dalam perut selepas balik terawikh. heh.



Friday, July 27, 2012

untukmu teman




source


disini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawa ku ke daerah yang baru
dan hidupku kini ceria

kini dengarkanlah
dendangan lagu tanda ingatanku
kepadamu teman
agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

kenangan bersamamu
takkan kulupa
walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa

mengapa kita ditemukan
dan diakhirnya kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kejujuran kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
bertemu berpisah kita
ada rahmat dan kasihNya
andai ini ujian
terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita
hadirlah cahaya



footnote : lagu brothers berunsur sahabat, rakan, teman...semua best. dari teman sejati ke untukmu teman dan juga satu perjuangan. oh ye, mood nasyid sekarang ni. :)


forevermore




omo. this song is so infectious. dan video ini adalah comel. daku terhibur.


Wednesday, July 25, 2012

melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat



seminggu sebelum ramadhan hari tu, i came across this beautifully written article with the title above at syahirul.com. bila baca artikel tu, aku terasa diri ini kerdil sangat-sangat. terasa banyaknya dosa aku selama aku hidup ni. sebak hati bila fikir-fikir dan teringat balik segala dosa yang telah kulakukan. so, i'd like to share this article with my readers. sebagai pemangkin untuk menjadi umat yang lebih baik. untuk muhasabah diri. lagi-lagi di bulan seribu satu keberkatan ini.


Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.
Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.
Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”....


terdetik di hati...
"layakkah aku untuk melihat Allah di akhirat kelak?"
"adakah aku akan tergolong dalam golongan yang dapat melihat Allah?"





Friday, July 20, 2012

ahlan wa sahlan ya ramadhan





my favourite month is back! 
bulan yang paling ditunggu. paling dinanti. paling dirindui. 
i always feel at ease during ramadhan. 
the calming effect that ramadhan brings is just indescribable. 

and to all muslims, selamat berpuasa dan beribadah!



review : the dark knight rises






let's just get this out of the way : it's not as superb as 2008's The Dark Knight. even the bad guys are not as bad as The Joker. in short, it is not that thrilling. but nevertheless, i still think it's good. especially since this is the last Batman movies. go watch it, if you want to see Christian Bale in a bat suit one last time and also, seeing Anne Hathaway doing surprisingly well for the role of Catwoman. and of course, the cute Joseph Gordon-Levitt as a cop in pre-Robin days. (oops, spoiler! ;p)

oh and yes, in case you're wondering...it is still and much much better than The Amazing Spiderman. 




Monday, July 16, 2012

paling sedap



siapa sini suka makan? tipulah kalau ada yang tak teruja bila orang sebut pasal makan kan. nak-nak bila orang belanja kanss. anyway, tiba-tiba aku rasa macam baik hati sangat nak share dengan uols semua pasal makanan-makanan yang aku rasakan paling sedap lah setakat ni yang pernah aku makan sepanjang 27 tahun dah hidup kat muka bumi ni. tengok badan pun dah tahu kan i ni kaki makan. miahaha. suka jalan-jalan cari makan. nak try itu, nak try ni. so here goes...

nasi goreng black pepper paling sedap pernah aku makan : kat Seri Iskandar, Perak. area stesen bas. masa diploma selalu makan kat situ kalau pergi jalan-jalan kat Tronoh.

sate paling sedap pernah aku makan : kat Jalan Peel, Kg Pandan. betul-betul dekat sekolah Convent. stall biasa je, tepi jalan. kalau korang pergi sana, make sure pergi yang kedai Melayu tau dekat sekolah tu. sebabnya situ memang ramai pun jual sate tapi yang jualnya banyak ca ya nun alif. by the way, aku rasa sate situ lagi sedap dari Sate Haji Samuri. dah lama lak tak pergi situ. kalau korang tak caya sedap, cuba baca ni

Source
kuetiau goreng pedas paling sedap pernah aku makan : kat UiTM Seri Iskandar, Perak. di cafe atas bukit tu. kalau ada lagi lah kan cafe tu. pakcik tu memang masak sedap sangat. sebab dia faham maksud aku pedas. bila aku cakap pedas, tak bermaksud aku nak cili padi selambak bubuh sampai aku tak nampak mana kuetiaunye. pakcik tu lah satu-satunya tukang masak yang masak kuetiau goreng pedas memang tak nampak ada cili. tapi bila dah masuk mulut, perghhhhhhhhhhh menangis lah lepas tu tahan pedas. tapi takpe. sedap.

asam laksa paling sedap pernah aku makan : dalam Jusco Mid Valley. entah kenapa, tu satu-satunya asam laksa yang aku suka. 

laksa johor paling sedap pernah aku makan : yang emak aku sendiri masak. serius tak tipu. laksa johor masakan emak adalah paling hebat. selain tu juga, ada satu katerer yang memang aku akui pandai masak laksa johor. sedap dia dah macam dah nak sama level dengan laksa johor mak aku.

nasi goreng paprik paling sedap pernah aku makan : dekat area pasar Batu 9. dululah tapi. masa awal-awal kedai tu bukak. perghh memang sedap. tapi biasalah kan, orang melayu kalau meniaga awal-awal je sedap, pastu dah kureng dah.

carrot cake paling sedap pernah aku makan : masa kat OAS, wife En.Kamal yang buat untuk jamuan raya masa tahun berapa dah tak ingat dah. 2009 kot...waaaa paling sedaplah pernah aku rasa. sebab aku bukanlah penggemar sangat kek-kek ni lagi-lagi kek yang ada unsur-unsur buah atau sayur kan. tapi serius, sedap bangat lah carrot cake tu!

Source
croissant paling sedap pernah aku makan : kat Swiss Hotel in Zurich, Switzerland. serius cakap, dah banyak croissant dah aku makan tapi tetap tak dapat nak tanding yang kat Switzerland tu. bukan berlagak tapi kenyataan. kalau korang ada kesempatan pergi sana, rasalah croissant kat Swiss. a bit different.

char kuetiau paling sedap pernah aku makan : kat area Shah Alam. dekat seksyen 16 kot kalau tak salah. ke seksyen 17. adeh tak ingat. tapi kalau tak salah aku, nama kedai tu Bob Char Kuetiau kot. rasanyalah kot. eh banyaknye kot aku.

abc paling sedap pernah aku makan : dekat seksyen 2, shah alam. yang banyak-banyak gerai dulu depan wetworld tu tapi tak pasti sekarang ada lagi ke tak, macam dah takde kot. eh tak pun dah pindah. aku suka sebab orang tu tak kedekut bahan. dengan coklat cairnye, aiskrim, kacang lagi. waaa sedapnye. dulu masa zaman degree kat UiTM Shah Alam, asal rasa macam panas je mesti ajak ummu semua pekena abc. huhu.

Source


....hmmm rasa-rasanya takat itu je lah kot yang aku ingat. and kalau korang ada tempat-tempat lagi yang korang rasa macam paling sedaplah kan, gitau lah iols ye. takpun korang buat entry gak bolehlah aku berbloghopping sementara bos takde ni heh. wah curlass macam bagi assignment je haha. bukan apa, kalau keluar dengan famili ke or dengan dd & ros, mesti tanya nak makan katne. masing-masing tak dapat nak bagi jawapan. jadi kalau korang ada tempat-tempat menarik, bolehlah masuk dalam checklist tempat makan weols. mana tahu kan kot-kot boleh lah gak terjah tempat tu. ewah




footnote : tiba-tiba teringin abc plak. gulp!




Friday, July 13, 2012

big!




meh nak promote satu drama. huh, aku memang takde kerja lain. duk promote drama korea je. tapi serius, i no lie one lah. cerita ini adalah super best. tahap aku tengok sampai gelak-gelak, nangis dan sakit tengkuk. kenapa sakit tengkuk? ate, dah duk atas katil pastu bongkok-bongkok tengok laptop. manalah tak sakit kan. masa aku baca synopsis drama ni kat Channel 391 KBS tu, terus aku rasa "omo! macam best jer cite ni!"...pelukun pelukunnya adalah Lee Min Jung, Gong Yoo yang drop dead comel dan op koslah kat gambar tu dah terang-terangan ada Suzy yahh!

BIG

Big - mengisahkan Gil Da Ran (seorang cikgu sekolah menengah) yang excited nak kahwin dengan Seo Yoon Jae (seorang doktor) merasakan bahawa tunang dia ni macam dah tak sayang kat dia. at the same time, ada budak baru yang bersekolah kat tempat Da Ran mengajar yang bernama Kyung Joon macam suka kat Da Ran ni. dia banyak provoke Da Ran ni supaya berterus terang je dengan Yoon Jae...pasal tak puas hati sebab Yoon Jae ni tak bagi perhatian kat dia. bila Da Ran tanya kat Yoon Jae..."awak dah tak sayangkan saya ke?" ke "pernah tak awak cintakan saya?" something like that lah. haku pun tak berapa nak hengat. then, Yoon Jae cakap untuk dia jawab soalan Da Ran tu, dia nak jumpa Da Ran dulu. masa Yoon Jae ni nak pi jumpa Da Ran, dia dan Kyung Joon yang masa tu baru beredar dari tempat Da-Ran, terserempak dengan accident. they both tried to avoid the accident lalu dua-dua tercampak ke dalam tasik. masa kat dalam tasik tu, Kyung Joon dah tak sedarkan diri. Yoon Jae kan doktor, jadi lepas dia berjaya keluar dari kereta dia masa dalam laut tu, dia pergi selamatkan Kyung Joon. rupa-rupanya, masa Yoon Jae selamatkan Kyung Joon, roh dorang ni macam tertukar. Roh Yoon Jae masuk dalam badan Kyung Joon, roh Kyung Joon masuk dalam badan Yoon Jae. Kyung Joon dalam badan Yoon Jae hidup, tapi Yoon Jae dalam badan Kyung Joon still in a coma.........

so, nak tahu macam mana kesudahannya? tengoklah uols. sekarang kat Korea dah episode 12. mak hadap benda alah ni setiap hari rabu lepas tunggu diorang sub. sehari tengok 2 episod. pastu kebulur tak tahu nak tengok apa dah dan tak sabar nak tunggu episod minggu depan. heeee :)




footnote : kira macam 18 going on 30.



Wednesday, July 11, 2012

milik siapakah hati ini




tipulah kalau aku kata tiada siapa yang mencuri hatiku ketika ini, tiada siapa yang aku suka. dah 27 tahun dah beb. tentulah perasaan sukakan someone tu ada kan. cuma siapakah gerangannya biarlah ia menjadi rahsia hati. sebabnya dia pun tak tahu aku sukakan dia. biasalah kan, i pemalu uols. aku tahu dia seorang lelaki yang baik. setakat yang aku perhatikan dia menghormati orang tua. jarang aku tengok dia marah.  orang kata 'husband material'. dan dia bukanlah kaki borak macam haku ni. a very reserved person and matured. yang aku perasanlah. tapi tak pernah aku suarakan. biarlah orang sekeliling kata dia baik bagai, tapi untuk aku berkata begitu, memang tak lah. aku mengiakan dalam hati je. tidak di mulut. mulut akan deny deny deny.

tipu jugak kalau aku kata tak pernah doa ditemukan jodoh dengannya. kadang-kadang perasaan suka padanya sampai macam buat aku terasa mungkin dia adalah jodohku. cuma mungkin dia belum sedar. atau mungkin belum terbuka pintu hatinya untukku. mungkin juga dia bukan jodohku. mungkin Allah akan beri yang lebih baik untukku.

mungkinlah. 



footnote 1 : tertarik dengan satu ayat yang aku baca di wall FB kawanku..."Makin rapat kamu dengan Allah, makin si dia yang ditakdirkan untuk dirimu mendekat....Psst..rapatkanlah lagi.." - Syabab Musafir Kasih

footnote 2 : tajuk tak menahan. jiwang karat. macam tajuk novel. tapi kalau tajuk filem memang aku tak boleh terima. macam yang aku tengok iklan astro first kat tv. filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang. yucks! muntah hijau aku ter hadoi.




Monday, July 9, 2012

a very long week



last week was such a long week for me. well, sebenarnya minggu sebelum tu dah busy dah. busy berholiday. hee. geng bandung (plus my little haris) bercuti di cherating. seems like kena tukar nama ni, jadi geng cherating. hehe. the trip has been planned for quite sometime. we left kl for cherating on the 28th of June. the day of dd's birthday! trip ni is just for the sake of nak rehat-rehat and nak makan besar after the hard days at work. yup, we spent most of our time either EATING or pura-pura swimming in the pool. haha. sebenarnya rasa best sangat bila bercuti pada hari weekdays ni. boleh conquer pool to sorang-sorang. gila kuasa.

muka bosan haris dan ahjumma dalam kereta. 
on our way to cherating. mesti haris berfikir 'are we there yet?' haha.

we were at cherating for 3 days 2 nights. we also went to Turtle Sanctuary in Cherating. very educational trip i should say cewah. sebenarnya nak tunjuk kat haris sekali tu haris tidur daa. tinggallah dd dan haris di dalam kereta. yang lain pergi tengok penyu.


oh ye, lupa nak mention yang me and dd stayed at Holiday Villa. rosa, on the other hand, stayed in Legend Hotel. padahal hotel nya sebelah-belah je. siap weols pergi mandi kat pool Legend the following day. boleh? ceroboh tempat. lalu pantai je. haha. tapi kami tak mandi laut pun. mandi pool jerrr. pantai kami pergi lepak-lepak je. minum-minum. ambil angin. snap snap gambo. tu je lah keje weols. ate, kata relaxing holiday kan. heh. oh ye, kitorang pergi gak Teluk Cempedak. itupun sebab tak tahu dah nak makan katne dah. motip stress cari tempat makan? soalan yang selalu susah nak bagi jawapan..."nak makan katne?" aihhh...




MS Seafood Restaurant
seafood kat cherating ni memang best. sampai shaheizy sam pun makan sana. curlass nak jugak mention nama artis tewww. haha. so here are the list of restaurants that we went to. which includes a kopitiam in Kemaman, where we had our breakfast on the last day of the trip.

- Warung Awang Ikan Bakar, Cherating : sotong goreng adalah super sedap. ikan bakar bolehlah.
- MS Seafood Restaurant. Cherating : sedapnya ikan!!!! melantak kerang bakar kat sini.
- Haipeng Kopitiam, Kemaman : the roti kaya is daebak! boleh bawa running man cast makan sini (motip?)
- Warung Pok Su Mok Su di Kuantan : sata yang paling sedap pernah rasa!!
- Intan Seafood Restaurant, Cherating Beach : yang ni pergi minum je sambil lepak-lepak di tepian pantai dengan deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
- Keropok Lekor Cap Kren II, Cherating : lepak petang-petang makan kopok lekor. beli sampai 10 hinggit. habis gak tu. haha.
- Teratak Simple, Kemaman : breakfast kat sini. Nasi dagang loh kan apa lagi. hehe.





oh ye, i turned 27 on the last day of our trip which was on the 30th of June. trip ni macam celebrate birthday dd and me sekaligus. it's kinda nice to have your birthday outside the town. cewah. tapi dalam seronok-ronok tu, tak sangka rupanya Allah nak mengambil sesuatu dariku. betullahkan orang kata, jangan suka sangat, nanti satgi menangis kemudian hari.

on the 1st of July, my dearly beloved grandmother passed away in the afternoon. i was so thankful that i got back a day before her passing. sempat salam dengan nenek. saw the tears coming out from her eyes when we recited Surah Yasin during her final moments. i was also glad because we were all there during her final moments. she was the only grandmother i had since i have lost another grandmother whom i clearly loved few years back. she was really sick for quite a long time. i was sad, clearly but i still managed to control the tears until when they called for all the relatives to give one last final goodbye to our grandmother. masa tu, Ya Allah, seribu macam rasa yang aku rasa. sebak, sedih, syahdu, airmata dah tak dapat tahan lagi dah. i think that was when i feel like reality checked in. sebab when my cousin who works as nurse checked her pulse, he was quite sure yang nadinya dah takde. but i was still in denial. sebab macam nampak nafas dia turun naik. dalam hati, ada terdetik..."eh, macam masih bernafas je" but i keep it to myself lah kan. masa doktor datang untuk sahkan kematian pun, aku masih kurang perasaan sedih tu. tapi bila nak cium nenek tu lah, tak tertahan dah airmata.

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Al-Fatihah




quote of the day



"We are all ordinary. We are all boring. We are all spectacular. We are all shy. We are all bold. We are all heroes. We are all helpless.

It just depends on the day."

- Brad Meltzer



agreed!