Followers

Monday, July 16, 2012

paling sedap



siapa sini suka makan? tipulah kalau ada yang tak teruja bila orang sebut pasal makan kan. nak-nak bila orang belanja kanss. anyway, tiba-tiba aku rasa macam baik hati sangat nak share dengan uols semua pasal makanan-makanan yang aku rasakan paling sedap lah setakat ni yang pernah aku makan sepanjang 27 tahun dah hidup kat muka bumi ni. tengok badan pun dah tahu kan i ni kaki makan. miahaha. suka jalan-jalan cari makan. nak try itu, nak try ni. so here goes...

nasi goreng black pepper paling sedap pernah aku makan : kat Seri Iskandar, Perak. area stesen bas. masa diploma selalu makan kat situ kalau pergi jalan-jalan kat Tronoh.

sate paling sedap pernah aku makan : kat Jalan Peel, Kg Pandan. betul-betul dekat sekolah Convent. stall biasa je, tepi jalan. kalau korang pergi sana, make sure pergi yang kedai Melayu tau dekat sekolah tu. sebabnya situ memang ramai pun jual sate tapi yang jualnya banyak ca ya nun alif. by the way, aku rasa sate situ lagi sedap dari Sate Haji Samuri. dah lama lak tak pergi situ. kalau korang tak caya sedap, cuba baca ni

Source
kuetiau goreng pedas paling sedap pernah aku makan : kat UiTM Seri Iskandar, Perak. di cafe atas bukit tu. kalau ada lagi lah kan cafe tu. pakcik tu memang masak sedap sangat. sebab dia faham maksud aku pedas. bila aku cakap pedas, tak bermaksud aku nak cili padi selambak bubuh sampai aku tak nampak mana kuetiaunye. pakcik tu lah satu-satunya tukang masak yang masak kuetiau goreng pedas memang tak nampak ada cili. tapi bila dah masuk mulut, perghhhhhhhhhhh menangis lah lepas tu tahan pedas. tapi takpe. sedap.

asam laksa paling sedap pernah aku makan : dalam Jusco Mid Valley. entah kenapa, tu satu-satunya asam laksa yang aku suka. 

laksa johor paling sedap pernah aku makan : yang emak aku sendiri masak. serius tak tipu. laksa johor masakan emak adalah paling hebat. selain tu juga, ada satu katerer yang memang aku akui pandai masak laksa johor. sedap dia dah macam dah nak sama level dengan laksa johor mak aku.

nasi goreng paprik paling sedap pernah aku makan : dekat area pasar Batu 9. dululah tapi. masa awal-awal kedai tu bukak. perghh memang sedap. tapi biasalah kan, orang melayu kalau meniaga awal-awal je sedap, pastu dah kureng dah.

carrot cake paling sedap pernah aku makan : masa kat OAS, wife En.Kamal yang buat untuk jamuan raya masa tahun berapa dah tak ingat dah. 2009 kot...waaaa paling sedaplah pernah aku rasa. sebab aku bukanlah penggemar sangat kek-kek ni lagi-lagi kek yang ada unsur-unsur buah atau sayur kan. tapi serius, sedap bangat lah carrot cake tu!

Source
croissant paling sedap pernah aku makan : kat Swiss Hotel in Zurich, Switzerland. serius cakap, dah banyak croissant dah aku makan tapi tetap tak dapat nak tanding yang kat Switzerland tu. bukan berlagak tapi kenyataan. kalau korang ada kesempatan pergi sana, rasalah croissant kat Swiss. a bit different.

char kuetiau paling sedap pernah aku makan : kat area Shah Alam. dekat seksyen 16 kot kalau tak salah. ke seksyen 17. adeh tak ingat. tapi kalau tak salah aku, nama kedai tu Bob Char Kuetiau kot. rasanyalah kot. eh banyaknye kot aku.

abc paling sedap pernah aku makan : dekat seksyen 2, shah alam. yang banyak-banyak gerai dulu depan wetworld tu tapi tak pasti sekarang ada lagi ke tak, macam dah takde kot. eh tak pun dah pindah. aku suka sebab orang tu tak kedekut bahan. dengan coklat cairnye, aiskrim, kacang lagi. waaa sedapnye. dulu masa zaman degree kat UiTM Shah Alam, asal rasa macam panas je mesti ajak ummu semua pekena abc. huhu.

Source


....hmmm rasa-rasanya takat itu je lah kot yang aku ingat. and kalau korang ada tempat-tempat lagi yang korang rasa macam paling sedaplah kan, gitau lah iols ye. takpun korang buat entry gak bolehlah aku berbloghopping sementara bos takde ni heh. wah curlass macam bagi assignment je haha. bukan apa, kalau keluar dengan famili ke or dengan dd & ros, mesti tanya nak makan katne. masing-masing tak dapat nak bagi jawapan. jadi kalau korang ada tempat-tempat menarik, bolehlah masuk dalam checklist tempat makan weols. mana tahu kan kot-kot boleh lah gak terjah tempat tu. ewah




footnote : tiba-tiba teringin abc plak. gulp!




No comments: