Followers

Tuesday, July 31, 2012

nak famous amos



oleh kerana weekend hari tu teringin sangat-sangat nak makan chocolate chip famous amos tapi malas bebenor nak keluar weekend hari tu, terpaksalah kan rajinkan diri buat cookies ni. ye lah, the nearest mall pun nak beli famous amos ni pun kat the mines lah kot (tak tahu lah kalau ada kat jusco cheras selatan/bandar mahkota). tak koser ler aku nak drive ke sana semata-mata nak beli cookies. heh. anyway, aku tak pernah buat sebelum ni walaupun tahu ianya amatlah senangkan. tapi malas kot selama ni. selalunya mak yang buat masa nak raya. yang ni den buat sendiri.


nampak macam jadi kan. memang jadi pun. miahaha. tapi keras sikiiiiitttt je, tak banyak but still eatable. mungkin terlebih tepung kot. dapat pujian dari ayah. boleh buat bisnes katanya. ayah aku senang je, asal boleh dimakan dia puji. bila aku tanya, tak keras sikit ke yah cookies tu, dia kata takdelah...sambil tu cicah nescafe panas. nampak noo takmo kecikkan hati aku kan. hehehee...

penat juga ek buat kuih ni. ececeh. itulah kata orang yang tak selalu masuk dapur. masuk bila bulan Ramadhan je. anyway, dapat lah jugak satu tin cookies tu hari tu aku buat. boleh buat kudapan depan tv dan benda untuk diterjah masuk dalam perut selepas balik terawikh. heh.



2 comments:

Siti Mas Hidayu said...

nak rasa...hehehe sedapnye...

Ezzan Yusop said...

ayu : datang raya lah. heheh...