Followers

Wednesday, July 11, 2012

milik siapakah hati ini




tipulah kalau aku kata tiada siapa yang mencuri hatiku ketika ini, tiada siapa yang aku suka. dah 27 tahun dah beb. tentulah perasaan sukakan someone tu ada kan. cuma siapakah gerangannya biarlah ia menjadi rahsia hati. sebabnya dia pun tak tahu aku sukakan dia. biasalah kan, i pemalu uols. aku tahu dia seorang lelaki yang baik. setakat yang aku perhatikan dia menghormati orang tua. jarang aku tengok dia marah.  orang kata 'husband material'. dan dia bukanlah kaki borak macam haku ni. a very reserved person and matured. yang aku perasanlah. tapi tak pernah aku suarakan. biarlah orang sekeliling kata dia baik bagai, tapi untuk aku berkata begitu, memang tak lah. aku mengiakan dalam hati je. tidak di mulut. mulut akan deny deny deny.

tipu jugak kalau aku kata tak pernah doa ditemukan jodoh dengannya. kadang-kadang perasaan suka padanya sampai macam buat aku terasa mungkin dia adalah jodohku. cuma mungkin dia belum sedar. atau mungkin belum terbuka pintu hatinya untukku. mungkin juga dia bukan jodohku. mungkin Allah akan beri yang lebih baik untukku.

mungkinlah. 



footnote 1 : tertarik dengan satu ayat yang aku baca di wall FB kawanku..."Makin rapat kamu dengan Allah, makin si dia yang ditakdirkan untuk dirimu mendekat....Psst..rapatkanlah lagi.." - Syabab Musafir Kasih

footnote 2 : tajuk tak menahan. jiwang karat. macam tajuk novel. tapi kalau tajuk filem memang aku tak boleh terima. macam yang aku tengok iklan astro first kat tv. filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang. yucks! muntah hijau aku ter hadoi.




4 comments:

nisa ~ shasha said...

Nisa doakan yg terbaik utk ezzan!
nisa pn pnh rasa jugak, sukaaaaaaaaaaaaa sgt kt org tu tp xbgtau. skali org tu suka jugak. wahhhhh!

Sue Bee said...

teringat lah pulak dgn lagu arwah Sudir..sabar je ekk..takkan lari gunung dikejar..

rosealley said...

siapakah jejaka misteri itu, teringinnyaaa nak kenaal, insyaAllah ezzan, rapat2kan diri dengan Allah, amiiiin:)

dd dudu said...

jeng jeng jengggg