Followers

Thursday, January 29, 2009

musykil

Jam 7.23 petang, telefonku berbunyi.
"I can't wait to fall in love with you, you can't wait to fall in love with me"
(nada dering telefonku - Summer Love by Justin Timberlake)
berlarilah aku pergi mendapatkannya di mejaku.
aku berada di tepi jendela, menghirup angin senja sambil bersoksek - soksek.
Salwa yang ketika itu sedang berada dirumahnya, rupanya yang menelefonku.
dia bertanya.

"Ezzan, maghrib dah masuk ke belum?"
(aku sangat musykil, kenapakah dia menelefonku bertanya tentang info solat padahal dia berada di depan televisyen. takpelah, layankan aje)

"Kau tanya aku maghrib dah masuk ke belum? Rumah kau tiada tv kah?" tanya aku.

"Ada, aku dah tengok ni. Channel OASIS lagi, " jawab Salwa.

"Kat Channel OASIS tu tengah apa sekarang ni? Mengaji ke?" aku bertanya lagi.

"Tengah berzikir," balas Salwa.

"Macam dah masuk" kata aku.

"Pergi tengok kat meja sana, ada waktu-waktu solat " Hakim tetibe menyampuk.

(Aku dan Hakim pun pergi lah menyemak kat meja yang dimaksudkan tu. Check punya check, rupanya maghrib masuk pukul 7.26)

"Belum masuk lagi. Kol 7.26 baru masuk" beritahu aku kepada Salwa.

"Jap sebelum tu, sanggup kau call aku semata-mata nak tanya waktu solat maghrib?" tanya aku sungguh musykil.
(ketika ini aku terfikir, rumah si salwa ni bukan takde internet. ada je. kenapakah dia tak online and search kat pakcik google tentang info solat. hmm, mungkin dia nak bermanja denganku. fikirku lagi)

"Aku pun tak tahu nape aku call kau. Eh dah azan dah! Daa...tetttt!" talian dimatikan.



aku merenung telefonku sambil berfikir sejenak.
mereng ke budak ni?
ahaks!

7 comments:

kem said...

ahahaa!
sometimes, ppl are so cute, they act very unique..
kan?
at least kawan ko tu dh buat ko tersenyum dgn perangai comel-secara-tiba2 beliau itu
haha.

wawa said...

agaknye sebab ko ala2 cikgu so sudah menjadi tempat rujukan ape2 kemusykilan..huahuaaa

Smiling Lolipop said...

hahahaha lawak lawakk
agaknyee die ingat masjid sebelah opis kot huhuhuhhu

kelakaa :'D

ReD said...

wawa nk tau time bbuka tu...hihi

chUNk said...

hahaha....klaka gile salwa...tergelak sorang2 ku membacanye... :-)

zieda said...

ooo..patutla sibuk nk tau masuk kul bape ye..nk bebuka rupenyer...

komander said...

OooOoooOooo begitu rupenye...