Followers

Friday, February 26, 2010

peminat kaftan




where can i find this over-the-top-superb-beautiful-gorgeous-cun melecun-sekali tengok jatuh cinta-sungguh haute couture-looking kaftan here in malaysia?


*i think one of the best creation in fashion world is kaftan. senang beb!*







Wednesday, February 24, 2010

wondering




i deleted some of the 'so-called-friends yang sumpah memang tak kenal and tak pernah jumpa pun inikan lagi berborak' in my friends list at facebook account. kenapa delete? hmm sebab tiba-tiba rasa nak privacy. rasa macam nak buat profile tu strictly for friends yang SAYA KENAL je. takmolah ada ulat yang menyebuk. errr...kejamkah saya?





Thursday, February 18, 2010

tension gila



oleh kerana diri terlalu tertekan dengan kerja programming yang tak pernah nak memberi kebahagiaan pada saya sampai rasa mahu memaki hamun sesiapa yang lalu termasuklah lalat atau kumbang, saya dengan segala hormatnya telah membedah habis segala isi perut pc tu.


...


...


...



*sila bayangkan incredible hulk mencabut isi-isi perut pc itu sambil menjerit geram seperti gambar hulk di atas! hehehe =)*




Wednesday, February 17, 2010

pemanasan global kah?



sedang bersurfing-surfing membaca akhbar online, sekali tu tertarik dengan tajuk berita di KOSMO! Mengenai 'Isu Pemanasan Direka-Trump'.

"Donald Trump mahu Al Gore dilucutkan sebagai penerima anugerah Nobel Keamanan kerana memperbesarkan isu pemanasan global tetapi keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika berucap di Kelab Golf Kebangsaan Trump di Westchester, di sini Ahad lalu, Trump memberi contoh ribut salji terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang berlaku baru-baru ini membuktikan Al Gore bersalah dalam memperkatakan isu itu"



ewah ewah eh tolong sikit ek. ni yang geram ni dengan si Trump ni. aiyoyo duk tengok negara sendiri je. kata orang 'cerdik' kalau dia cerdik, dia akan fikir satu dunia. ni tak, dia fikir negara dia je. negara lain dia tak fikir. meh sini suruh dia duk kat Malaysia sebulan, nak suruh dia cuba try test panas ke tak bumi ni. dia bukannya tahu Malaysia ni panas. eh korang panaskan Malaysia sekarang ni. hujan pun walaupun ada tapi agak kurang dah sekarang. rasa macam sentiasa nak duduk dalam air-cond. masuk dalam kereta rasa macam nak semaksimumkan lah air-cond tu. masa mandi tu rasa cam nak duk lama-lama je (kalau ada bathtub best woo). and kalau boleh tidur pun nak berair-cond (tapi i guna kipas speed yang laju hehe). officemates selalu merungut "tak dapat air-cond lah kat sini!" ataupun "air-cond ni rosak ke, tak rasa pun air-cond" atau setiap kali rasa macam nak air ais je tapi tak elok lak untuk i yang jaga suara selalu melalak macam celine dion dalam kereta cewah muahaha. lepas ni mesti ada orang komen "ni panas kat dunia je kita dah tak tahan, nak merungut tapi panas kat akhirat nanti camne?" *gulp* eh ok lari dari tajuk. hmm dah tak tahu nak tulis apa. ok bye.



Monday, February 15, 2010

MATI itu PASTI


saya selalu rasa kasihan apabila melawat orang sakit. kadang-kadang tu sampai menitiskan airmata. lagi-lagi kalau orang tu ahli keluarga sendiri. rasa sebak sangat. sebak sampai jadi takut. bagaimana kalau itu adalah kali terakhir berjumpa dengannya? sempatkah saya pohon kemaafan darinya? sempatkah saya berbakti kepadanya? sempatkah saya menunaikan janji padanya? cukup masa kah untuk saya mengembirakan hatinya?

tipulah kalau saya mengaku tak takut mati. saya memang takut mati. saya juga memang takut kehilangan mereka yang saya sayangi. saya rasa hampir semua takut dengan kematian. kematian itu adalah pasti cuma kita tidak tahu bila ia akan tiba. hmm...bila melihat orang sakit yang terlantar membuatkan saya amat menginsafi diri sendiri. sedar tiada manusia yang sempurna, sentiasa lalai dalam tanggungjawab dan tidak lari dari melakukan kesilapan. Astaghfirullahalazim.

dalam perjalanan pulang dari melawat pakcik yang terlantar sakit membuatkan saya terfikir. sekiranya saya ditempatnya sudah tentu mati itu sentiasa terlintas di fikiran. sempatkah saya melihat hari esok? apakah cukup amal ibadah saya selama ini? sempat kah saya untuk bertaubat? bersediakah tubuh badan saya untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti? bersediakah saya untuk menghadapi azab kubur nanti? ke neraka atau ke syurgakah saya di akhirat kelak?

teringat dengan satu tazkirah di radio (HOT FM kalau tak salah saya) mengenai maut ketika melakukan dosa. dialog dia lebih kurang macam ni "cuba bayangkan kalau tengah berzina dan tiba-tiba Allah cabut nyawa pada saat itu". gerun mendengar ayat itu. bukan sebab saya berzina ke apa ye cuma tak boleh bayangkan kalau ditakdirkan kita mati ketika sedang melakukan dosa dan tak sempat nak mengucap (seperti sedang berpesta meminum arak di kelab-kelab malam atau sedang bercumbu di malam kekasih atau sedang berjudi/membeli nombor ekor atau ketika sedang mencaci maki mengutuk orang lain atau mungkin ketika meninggalkan solat). Na'uzubillah min zalik...

saya rasa salah satu cara supaya kita tidak lalai melaksanakan tanggungjawab padaNYA dan menjaga amalan kita adalah dengan muhasabah diri supaya sentiasa mengingati MATI. bila kita sentiasa mengingati mati, pada masa yang sama kita akan rasa takut untuk berbuat dosa. yelah sebab kita tidak tahu bila kita akan mati kan jadi kita tentu takut tak sempat hendak memohon taubat. boleh jadi esok kita mati ataupun lusa ataupun 5 minit lagi dari masa anda membaca entry ini. siapa tahukan, itu semua ketentuan Allah...walaupun begitu, ini semua adalah sekadar pandangan peribadi dari saya, mungkin berbeza dengan anda =)


"The only thing that is certain in this life is DEATH!"





Sunday, February 14, 2010

the year of the tiger

eh bukan si tiger yang curang ini. huhu!


i'm referring to 2010, the year of the tiger.
Happy Chinese New Year for those who celebrates it and to others like me, have a great holiday! i'm sure you'll enjoy this long holiday.








Saturday, February 6, 2010

apa yang perlu anda lakukan ketika marah?


hai kawan-kawan. hari ini kita akan belajar ye. mengenai anger management. dalam bahasa omputihnya adalah amarah urusan oh maaflah saya tak reti berbahasa inggeris. haha. oh bukan bukan...saya tidak menganjurkan sebarang kelas pengurusan amarah ye. ataupun mengajar anda untuk create group "I Hate You" di facebook ye (tak baik tak baik) cuma saya terpanggil untuk beritahu mengenai satu artikel mengenai sifat marah di favourite blog saya blog PakarHowTo.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”


sila ke blog PakarHowTo untuk membaca kisah selanjutnya ye....




Tuesday, February 2, 2010

i see you

sekadar ingin memberitahu :


I SEE YOU!


makna tersirat dan tersurat


Monday, February 1, 2010

federal day


malam tadi sebelum tidur, rasa macam nak bersms-ing lama dengan dd. dalam pukul 1 pagi masa tu. nak borak-borak tanya dia how's avatar, she loved it or not yada yada yada and then...damn! it hit me right in the face!



she's working in UKM so she's working today! ;p



Selamat Hari Wilayah!