Followers

Friday, January 21, 2011

star-struck



kalau tak kerana nak pergi singapore nanti, takdelah nak buat passport.
kalau tak buat passport, takdelah cuti hari ni.
kalau tak cuti hari ni, takdelah tengok BF saya dalam The Tourist hari ni.
kalau tak tengok The Tourist tadi, takdelah makan hotdog dengan air oren.
kalau tak beli hotdog dengan air oren, takdelah habis duit nak bayar parking.
kalau tak habis duit, takdelah singgah ATM keluar RM50.
kalau tak singgah Vincci beli kasut murah sebab nak tukar duit bayar parking,

...
...

dah tentulah takkan jumpa Siti Nurhaliza hari ni.




tak sia-sia stop lama gila kat Vincci beli kasut, kalau tak stop beli tadi tentu tak terserempak dengan Siti kan. hihi. cantik dia. sangat peramah ok. Siti suka layan budak-budak. suka je saya tengok. hehe. dia siap melatah bila ada hp depan dia terjatuh. serius comel. Siti tengah buat promosi untuk produk SimplySiti kat JJ Balakong masa ni. So, kira siapa yang beli barang SimplySiti dapat ambil gambar dengan Siti. Ada juga yang minta autograf tapi malangnya dalam handbag saya, takde pulak buku 555 kalau tak boleh bagi Tok Ti sign ye dak.


tak sangka Siti pun ambil gambar macam saya dan dd suka ambil gambar dulu masa kat OAS hihihi *gelak comel*


kata takde duit, jadi takdelah teman beli produk SimplySiti. so memang takkan hado lah gambar saya dengan Siti. gambar yang lain tu tidaklah teman kenal sebenarnya. nak ambil gambar Siti sorang tapi memanjang ada je orang ambil gambar dengan dia, so nak taknak ambil je gambar Siti dengan sesape je lah.

2 comments:

dd dudu said...

comelnyee gamba ct amik gamba dr depan!!! haha xsangkaaa

Unknown said...

wah..amik gmbr ngan Tok Tie!!