Followers

Saturday, May 7, 2011

jom sambung master

adeh. tetiba perasaan nak sambung belajar meluap-luap. asal pergi kursus IT je masuk lab komputer mesti feeling-feeling student tu datang menjelma dalam sanubari i noks. lagi pulak bila panggil instructor kat depan tu 'cikgu'. best. lagi-lagi kursus programming walaupun lebih banyak drag and drop tapi ah, suka jugak! bestkan kalau kita buat kerja yang memang betul-betul kita minat. ia tak jadi beban. sebab bila buat tu rasa macam kita ni nora danish. kita enjoy! ;p


serius nak sambung master ni. kalau tahun depan tak kahwin lagi, rasa nak ambil master lah. ceh boleh plak buat plan cenggitu kan? kihkih...ni tengah survey universiti ni. dalam hati memang nak UITM. ate, yang tu murah kot lagi-lagi saya yang baru setahun berkhidmat. non hado ada duit banyak. dah lah nak cuti tanpa gaji bila sambung master tu nanti. tapi teringin jugak nak try universiti lain. macam UPM ke. sebab dekat sikit dengan rumah. ataupun UKM ke. kalau UKM boleh lunch dengan dd tiap-tiap hari. motip?;p

dulu plan dengan ummu konon nak amik Master in Child Psychology kat UPM. dah survey masa tu memang ada. sebab konon dua budak ni berangan nak bukak nursery. tapi nampaknya...ummu bakal bukak sendiri nursery dia sebab bila masa lah pulak dia nak jaga anak orang bila dia sendiri nak dapat baby. tinggallah saya seorang budak hitam. ;p

so, sekarang berhajat nak ambil Master in IT. kenapa tak ambil Master in Computer Science? saja. malas. haha. dalam hati ni ada gak teringin study obersea. siapa yang taknak kan. tapi boleh ke staff yang tak sah lagi dalam perkhidmatan ni gi JPA mohon biasiswa nak sambung belajar? exam undang-undang pun tak ambil lagi. boleh ke uols mak nak mohon biasiswa JPA ni sambung study obersea ni? ha kheri? ha hally?   *tetibe mentioned nama orang* 




No comments: