Followers

Wednesday, July 27, 2011

hutang



pagi ini saya sibuk. sibuk kerja sikit je tapi yang selebihnya sibuk mengira hutang. hutang ptptipu lah apa lagi kan. baru sedar diri nak bayar. tahun ni bulan ni baru start bayar. tahun lepas cinonet je bayar. then tengok penyata pinjaman. terbeliak mata tipah. pinjam RM29,000.00. tapi kena bayar RM31 ribu plus plus. ye lah dengan yuran pentadbiran bagai tu. tup tap sampai RM2000 dah. tadi bayar RM200 je dolu tak dapat bayar banyak-banyak sebab tengah kumpul duit nak kahwin heh.

lepas tu, bermainlah saya dengan calculator. ok, hutang ada RM30k (tadi dah bayar sikit kann) bahagi dengan jumlah bayaran setiap bulan 200 = 150 bulan. kiranya saya ada 150 bulan lagi nak habiskan hutang ni. 150 bulan bahagi 12 = 12.5 tahun baru lah settle hutang ni. itu pun KALAU saya rajin nak bayar bulan-bulan. rasanya bulan Ogos nanti tentu tak bayar sebab nak raya, bulan September pun tak bayar gak kot sebab duit dah habis untuk raya tu DAH TU BILA KAU NAK BAYAR! haha.


sekarang umur 26 tahun + 12.5 tahun lagi = 38.5
umur 38, 39 tahun nanti baru bebas hutang. 
kot.





1 comment:

ZianaRazali said...

hehe..bagus betul buat calculation siap eyh..saya sendiri buat tak tahu jer..adoii..haritu dah start bayar tapi stop dekat 2 tahun sebab amount tak berganjak pun..haih..rasanya nak kena sambung bayar balikla sebab loan 8.5k jer saya punya..hehe..