Followers

Thursday, August 11, 2011

cubaan pertama



rasanya setiap kali puasa saya selalu sangat mengidam kek batik. tapi kek batik jarang dijual kat bazar-bazar tu. kalau ada pun cenonet je dah dua hinggit. mahai noo. bila tengok omma dd buat kek batik terus rasa nyam nyam nak buat jugak lah. then, masa kat ofis 2 hari lepas duk surf resepi. ye, saya tahu. senang kacang putih je kan. tutup mata pun boleh buat kan. tapi.....dah saya ni tak pernah pun buat kek seumur hidup, ni baru tiba-tiba mambang mana tah rasuk terasa nak buat lak kek batik.

so, semalam dah alang-alang saya cuti kan. terus seret adik pergi JJ. curlass kau maria pergi JJ nak beli barang semata-mata nak masak kek batik. haha. takdelah, sebenarnya lepas pergi klinik dan bank kat Serdang, balik tu singgahlah JJ. lepas tu tiba-tiba teringat ehhh nak buat jugak lah puding roti nanti bila free, weekend ke tengoklah camne. masa kat JJ tu surf resepi puding roti. then, terus beli bahan-bahannya. beli gaklah sayur-sayur sikit nak masak untuk lauk berbuka nanti. (tiba-tiba rasa sungguh dewasa ;p) FYI, mostly saya hanya reti masak sayur je. haha. senang masak sayur ni. campak-campak je. abis laki saya nanti. jadi vegetarian.



anyway, sampai rumah petang tu, terus bertungkus lumus (cewah!) buat kek batik. baca-baca resepi dalam hati 'OK, macam senang je'...then, ikutlah resepi. masa dah nak sejukkan dia, mak pun balik. wahhh she was surprised to see me in the kitchen. kehkeh. almaklumlah budak yang tak suka masak tiba-tiba pegang sudip ;p

........sampailah waktu berbuka. bila keluarkan dari peti ais sebelum tu ada macam satu perasaan 'hmm macam tak cukup koko je, sebab dia tak coklat sangat'..anyway, yang first rasa adalah ayah saya. terus tanya...'jadi tak yah?'...ayah, being supportive as always...'jadi tapi...manis sikit, tapi oklah'.....tak puas hati, saya pulak rasa.................erkkkkk!!! ni bukan manis sikit ni, ni terlebih manis dah ni!!!! mahu kena kencing manis lak sesapa yang makan. lepas tu gelakkan diri sendiri. pastu ayah baik, cakap..."manis tu takdelah sampai tak boleh makan"...adikku lagi kijam, dia kata "aku tak leh makan manis-manis ni, nanti terus tangkap kat kepala..." hahaha...

inilah dia kek batik yang super sweeeeet. macam tukang buatnya. lol! ;p

terus sms dd uuuu...beritahu dia. sebab boleh bayangkan dd gelakkan ezzan. haha. nak kata jadi, macam tak jadi. nak kata tak jadi, takdelah jugak. tengah-tengah lah kiranya. takpe takpe, next time dah tahu silap kat mana. hmm hopefully, my puding roti nanti jadi lah. harap-harap heheh.


footnote : hmm surprisingly masa terawih semalam tak mengantuk. celik segar je mata ni. mungkin sebab cuti kah? hmm i should take leave more often lah macam ni. ;p.



7 comments:

LydSunshine said...

Resepi tanak share? Tapi nampak dlm gmbr mcm jadi je. Ye dok.

dd dudu said...

ezann dalam gamba nampak jadi laaaa, nampak moist2 gitu. suke2

wahhh dd nakk laaa, terliurrrrrr


note : dah habes fikir dah ni dd taip apa td ek

Xara said...

resepi kek batik yang member saya ajar simple je.
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1/2 cawan gula (saya biasa letak 1/4 je)
1/2 buku butter
1 bungkus biskut meri. 1/2 bungkus diblend dan 1/2 lagi patah dua je
(senangkan ukuran dia. sebab pakai cawan je..hehhe)

1. cairkan butter
2. Masukkan gula
3. Bila gula dah cair, masukkan susu
4. Lepas tu masukkan air
5. Bila dah menggelegak, kecilkan api, masukkan koko sikit-sikit (nak elak berketul)
6. Masukkan biskut meri yang dah diblend
7. Kemudian, masukkan biskut sikit-sikit, sampai habis
8. Masuk dalam bekas dan simpan.
9. Bila dah sejuk, jangan lupa potong-potong dan hantar ke saya ye :)

dd dudu said...

kak suri thanxxxxxxxxxx


baru paham kenapa kek batik sy xjadi hari tuuuu dan rasa ketul2

haha xtau pulak die ade step letak2

hari tu dd main letak je sume dlm kuali pastu kacau.. rupe2nye kene firstkan si butter dulu, kekee... patutla ada rasa ketul2 siket, rupe2nyee kene masuk koko (dd gune baking ceklat) siket2 rupenyee


tq kak suriiiiiiiiiiii

Xara said...

Kalau guna baking choc, boleh juga rasanya. tapi saya tak pernah cuba. Tak tahu ukurannya. Kena agak-agak kot?

Ezzan Yusop said...

LydSunshine : resepi amik online je...cuba search resepi kek batik yang simple. huhu. dalam gambar je nampak jadi...;)

dd : memang moist pun. tp kek batik mana ada moist2 kan. heheh...dia cam kering sikit. ezan pnye cm soft2 gitu. huhu...

kak suri : ezzan gune serbuk milo je. sbb tu kah dia jadi soft2? huhu...

Ezzan Yusop said...

ni resepi yg ezzan follow

http://www.ceritaindahkami.com/2011/05/resepi-kek-batik-yang-simple-dan-sedap.html