Followers

Monday, October 18, 2010

gentlemankah dia?


tiba-tiba teringat suatu....sesuatu...arghh tak tahu keadaan ke, situasi ke apa ke tapi yang pasti memang berlakulah. masa ni saya masih lagi di menara gading. wah curlass kau takmo cakap universiti, cakap menara gading. anyway, me and my roommates were driving around shah alam tengah cari parking kat seksyen 8 nak makan malam. apa tah nama kedai yang jual banyak lauk sampai berpinar mata tawaf 3 kali before decide nak lauk mana kat seksyen 8 tu serius lost in space tak ingat nama kedai tu. tapi memang favourite kami makan lunch kat situ. asal waktu lunch je pergi sana. kalau tiba-tiba masa tu mood lari kami pergi ke seksyen 6 yang murah bebenor tu kat depan pasar. apa kaitan kedai makan dengan gentleman? tiada. saja cerita.

anyway, alkisah tersebutlah sebuah kisah...sedang kami pusing-pusing cari parking terjumpa lah seorang mamat berbaju melayu hijau (kalau tak salah) dan berkain pelikat baru balik dari surau. kulit dia putih. so memang comel. oleh sebab dia nak keluar dari tempat parking walaupun dia pakai motor je masa tu jadi saya pun signal lah kan nak parking dia tu. then, saya senyum kat dia masa dia bagi parking tu. sebab mamat comel kan takkan nak jelir lidah pula. kahkah.

then, kami pun makanlah. masa kami makan tu kan perasan dah mamat baju melayu hijau tu duk pusing-pusing kat area kedai makan yang kami duduk tu. saya macam biasa lah, beritahu chief kat sebelah siapa lagi kalau bukan ummu haha.

"mu, budak tadi tu duk pusing-pusing dia nak ngorat ko kot?" memang ummu cantik. meja kami selalu jadi perhatian orang ramai sebab ada dia. wahhh gituuu puji-puji ober. lepas cakap camtu kami gelak. and then lepas tu, tiba-tiba dia stop kat meja kami. masa tu kami dah habis makan. dalam hati saya rasa budak ni mesti nak berkenalan dengan ummu ni.

"nak belanja kami ke? kitorang dah habis makan ni!" selamba ja ayat pertama yang keluar dari mulut saya bila dia tiba-tiba datang kat meja kami. takde salam takde apa. macam dah kenal. rock habis gua brader.

"sebenarnya saya nak minta nombor telefon nak berkenalan." straight to the point mamat tu cakap. masa tu saya fikir woahhh gentleman habis takde nak hide around the bush. terus terang cakap nak berkenalan takde nak suwet suwet phewiit ke apa. very upfront. then saya balas...

"ummu, cepat kasi nombor telefon kau. dia nak tu!" wah konfiden tau ni dia nak nombor ummu. tapi ummu lak malu-malu haram minta semua bagi nombor telefon masing-masing. tapi saya kan pandai baca isi hati orang. walaweh. saya tahu budak tu nak nombor ummu je. tapi oleh sebab nak jaga hati 3 orang gadis lagi di meja makan semua tu dia pun cakap lah nak nombor semua. nak cover line lah katakan.

"eh apa lak aku nak bagi. kau bagi nombor kau sudah!" bergaduh la pula saya dengan ummu kat situ. "awak nak nombor dia je kan??" kerling-kerling mata dengan mamat tadi sambil jari tunjuk kat ummu. last-last oleh sebab kami ni nak cepat kami pun bagi je lah nombor telefon masing-masing.

then, malam tu jeng jeng jeng......dia call. call siapa? need i say more? dah tentu lah dia call ummu. masa tu mengaku yang dia sebenarnya nak nombor telefon ummu je. i told you so saya cakap kat ummu. masa tu baru lah tahu yang dia sebenarnya lebih muda dari kitorang. terus selamat jalan romeo lah. ummu tak berkenan. hehe. bila ummu dah macam malas nak layan, dia sms pula saya. saya lagi lah malas nak layan. tak ingat masa tu masih ada boyfriend ke tidak. ummu!! aku tengah kapel ke masa tu or single mingle ek. tak ingat. bila ummu dan saya malas nak layan, dia sms lah pula kawan saya seorang ni, diana. lepas tu tiba-tiba macam the end. haha.


eh tetiba rasa macam tak sesuai tajuk dengan jalan cerita. kihkih.


5 comments:

Linglung said...

1st!

Linglung said...

kesian kat mamat tu derrr lu org bat mcm tu, lyn la sikit2 main sms sehari dua, pastu tinggal la..haha

ummu athiah said...

hahahahhaa sies klaka dowh ble ingt blk...cm gampang!~~ kahkahkah

eh, ms tu kte sme2 single la...tu pasal la msg2 pn cm nk mggatal xtentu pasal...pntang nmpk lelaki ensem...nk plak pkai bj melayu...adeiiii, cair gue...tp sies, xtepikir pn org tu nk no aku...hakhak

sebaik la muda, kalo sebaya ke, tua 2 3 tahun ke, aku layan jer...zasssssssss...haha

dd dudu said...

ezan dan umu penah cite kat dd!!!!!!!

terujaanyeee baca lg sekali, hahaha poyo x i

nway, atas2 baca waahh gentleman nyee, tp bile dah kat bawah2.. alaaa x gentleman dahh.. motip? hehe

Ezzan Yusop said...

Linglung : congrats! u're the first. woohoo...hahah xpe2, ada org lain yg tolong sms. hehe.

ummu : oh kt sama2 single ek. heheh. gatal bebenor u and i noks. kahkah. kalo sebaya dah tentu aku pn nk dia. kahkahkah!

dd : kami penah citer ek? ala dd ni, byk dah rahsia hidup kami uols dah tau. motif? ;p