Followers

Friday, April 1, 2011

bestnya induksi!


as many of you dah tahu, i was gone for 2 weeks to attend a course. 2 minggu kursus yang seronok sangat. to be frank, masa awal-awal dapat tahu kena pergi induksi kan rasa macam alaaa...mesti kena masuk hutan, redah sungai bagai. tengok gambar-gambar dd macam kena buat aktiviti riadah masuk-masuk hutan ni. odah ni bukanlah seorang yang adventurous sangat. takut pacat. haha. lagi satu dah lah seorang-seorang je dari bahagian yang kena pergi. and ptm satu batch hanya saya and ain je. risau dah ni takde geng. pastu dapat tahu sorang lagi member dipanggil sekali. ok, friends in tow? check!


kursus induksi kitorang kat A'Famosa Resort. masa dapat tahu kat sana macam agak lega lah juga sebab rasa macam takde hutan sangat pun kat situ. yang ada pun water world. yang tu takpe. teman rela main-main air ni. haha. oh ye, induksi kan ada segmen pengucapan awam kan. tang ni memang den lomahhhhh sangat. bab-bab bagi ucapan depan orang seramai 30 orang ni saya memang awal-awal cakap...nervous gila vavissss hokay! depan 10 orang nak berucap pun ketaq lutut inikan depan 30 orang. depan 3 orang takpelah jugak. saya dapat tajuk gangsterisme. hah sudah! dah lah dapat tajuk malam sebelum nak berucap tu. kira ada masa 3 jam lebih je nak prepare sebab pagi esoknya dah nak berucap. dup dap dup dap macam nak pecah rasa. saya ni bila dah nervous memang laju macam keretapi dan suara bergetar. nasib baiklah saya bukan lelaki yang kena duk depan tok kadi nak akad nikah eh tetiba lari tajuk haha. sambung balik, eye contact jangan cakaplah. takde langsung. saya baca je text yang saya dah prepare. bila baca laju noo jadi sebelum 4minit isi semua dah habis. dayumm! hah sudah! masa ni baru angkat muka duk pikir apa lagi aku nak goreng ni. masa ni eye contact adalah tahap terhebat. haha. saya pun merapu lah cakap kat depan tunggu bunyi ting! and bila dah bunyi ting! sekali terus baca penutup. gila gelabah. ;p

lagi satu, masa malam akhir tu kan setiap group kena perform masa dinner. dinner kami kat Cowboy Town dikelilingi oleh orang-orang berpakaian seperti cowboy. curlass noks. mula-mula kitorang nak buat boria. siap nak cipta lirik gitu and nak cari steps menari. me dancing? can u imagine? haha. tapi oleh kerana masa mencemburui kami masing-masing sibuk nak prepare montage untuk dinner and prepare untuk pengucapan awam, last-last kitorang decide moh ler kita nyanyi je, kan sonang...lagu yang kitorang nyanyi lagu Sheila Majid - Hitam Putih Kehidupan yang sekarang terus jadi lagu favourite i noks. kitorang siap nyanyi guna minus one gitu. kira guna suara sendiri. baru sedar yang bestnya nyanyi depan orang ramai. tapi bila orang pas mic suruh nyanyi solo masa rehearsal tu terus suara bergetar masa nyanyi. cis fobia mic rupanya beta ni. sampai waktu dinner boleh plak i nervous. terus terlupa lirik. memang tak boleh masuk jangan lupa lirik ni. by the way, kumpulan saya dianugerahkan sebagai Kumpulan Paling Gempak! mana tak gempak, setiap game mesti dapat last. dah lah last boleh pula bergelak sakan sebab kalah. haha.



before exam kan, urusetia kami yang sporting giler kan bawa kitorang mandi manda ke Water World hoyehhh!! bestnya urusetia kitorang ni. siap dapatkan free ticket dengan pihak A Famosa. you rock babeh! saya mula-mula plan takmo mandi just nak meramaikan majlis. tapi aleh-aleh, last-last tu terjun sekali! siap main slide tu jerit pastu sampai bawah rasa macam nak lemas. i can't swim uhuk malu-malu. 


then, comes the exam day. 2 bahagian, objektif dan esei. suka soalan objektif sebab boleh main taram walaupun taram salah tapi at least jawab kan. tapi bila masuk soalan subjektif, daku kepanikan. sebab tak ingat apa yang dibaca. wahh macam lah kau baca sangat kan. berfacebook je lebih kat sana. haha. tapi serius weh, ada 8 soalan esei jawab 4. dalam 4 yang dijawab, yang konfiden betul and rasa boleh dapat markah penuh hanya 1 soalan je. wuwuwu. yang lain, odah goreng sampai hangus lebur.

selama 2 minggu tu kan, terasa sekejap sangat. walaupun dalam certain class boleh buat mata ni kuyu semacam je tapi i had fun! so much fun in fact! dapat kawan baru. selama ni kawan saya kat agensi ni samada yang 1 batch ptm masuk sama atau yang satu unit je. tak berkembang minda. tapi sekarang dah kenal orang bahagian lain semua. suka suka! now, terasa macam nak tukar bahagian lah pulak. hahaha...




No comments: