Followers

Saturday, February 14, 2009

saturday morning frenzy

urghhh...so much for the free-of-work weekendlah.
last night, i slept with my laptop on.
reviewing work done by an intern.
supposed to email the document yesterday.
but i fell asleep while reviewing and correcting mistakes.
got up at 3 in the morning
(sebab my dad going to work at 4, so he woke me up lah, dah tengok anak dia tidur depan laptop! kenapa ayah saya pergi kerja pukul 4 pagi? sebab ayah saya pilot. tapi bukan air pilotlah. land pilot. hukhuk!)
instead of staring at the laptop, i ended up saying "nak tidur jap, subuh kejut".

konon after Subuh prayer, nak continuelah the work.
but...aishhh, my tired eyes can't take it anymore.
ended up falling asleep again with a running nose.
(macam mana boleh selsema ni?!)

woke up at 10 because my mom dah started yelling at my ears.
shit! (i'm not saying it to her okay!)
i just realized i haven't completed the review yet.
straight away doing the work
(without washing my face first. burok betul perangai!)
got an SMS by Mr Boss asking me whether i have emailed him the document.
tensionlah pula.
so, bila sudah ditanya...apa lagi, buat kerja kelam kabut.
and sooooooo tak-kesah-dah-whatever-janji-hantar.

i emailed the document to Mr Boss just now.
sekarang...


"Mak, jom keluar!!!"

Thursday, February 12, 2009

16 facts about me

aku telah ditagged oleh diana dodol.


1) aku tak reti nak explain sesuatu benda tu, lagi-lagi dari segi teknikal. bukan sebab tak tahu, cuma tak reti nak put in words. that's why bila orang tanya aku pasal coding ke, pasal programming aku mesti panggil someone untuk jawab pertanyaan si polan. selalu jadi mangsa kat office adalah Hakim. huahua. kesian dia tapi takpe, dia rela. (cewah, konfiden je!). Macam hari tu, Lokman tanya aku pasal MVC nak set connection dengan server (pada mereka yang tidak faham dengan istilah ni, anggaplah MVC tu adalah ayam KFC. Kenapa aku kata ayam KFC? Entah, aku pun tak tahu! Hahahah). aku macam biasa..."Hakim!! Sini jap, Lokman tanya". Sekali Lokman keluarkan ayat pedas daaa kat aku..."aik, takkan tu pun tak tahu!". Seriuslah, masa tu rasa macam nak jadi tikus, lari sembunyi masuk bilik air. ~ tiba-tiba terfikir, camne aku nak jadi lecturer kalau tak reti nak explain ~

2) masa aku umur 8 ke 9 tahun, aku pernah potong rambut yang amat pendek gila sampai suatu masa tu ada pakcik cakap kat anak dia (budak tu mungkin umur 6 tahun kot)..."Pergi main dengan abang tu" sambil jarinya menunjukkan ke arahku. (Pang!!!! pengsan jap!)

3) aku ni cepat jatuh cinta, cepat bosan, cepat suka orang, cepat je tangkap kalau ada orang silap cakap pastu bantai gelak, cepat melawan, cepat rasa sedih, cepat ngantuk, cepat tukar mood, cepat terpengaruh, cepat naik hangin, cepat cool balik, cepat terasa...segala-galanya cepatlah. Cuma satu je aku lambat sikit selalu......datang office. Ha, yang tu lambat. Wahahah!

4) amat sukakan kucing. Aku boleh nangis woo tengok kucing kena langgar depan mata. Rasa macam aku nak langgar balik orang yang langgar tu. Lagi-lagi kalau tengok orang dera kucing or bunuh kucing macam dalam satu email aku dapat...ala, yang orang Jepun tuh pijak mata kucing tu sampai mati! Memang aku nak bakar sial tu hidup-hidup! (Tengok, kan aku dah emosi!) Aku boleh bertukarlah menjadi raksasa yang Ultraman pun tak dapat kalahkan, aku pijak-pijak malaun yang dera kucing tu.

5) selalu tersuka laki orang walaupun takde niat nak suka tapi dah tersuka nak buat macam mana. Jeng jeng jeng. Statement panas nih, tapi releks, aku bukanlah Memey. Laki orang yang aku suka adalah tak lain dan tak bukan....Johnny Depp. (walaupun dia takdelah officially married...tapi attached. bertahun aku cintakan dia. Sampai sekarang aku masih cintakan kamu, JD) Hahaha!

6) dulu masa sekolah rendah darjah 3 kalau tak salah, bila cikgu suruh tulis dalam kad kemajuan pasal hobi kan, aku ni pergi tulis "Hobi saya adalah membuat kerja sekolah!" (Hahhhh????!!). Sekali cikgu tanya aku, "Kalau takde kerja sekolah, kamu buat apa?" Soalan tu masih tak berjawab sampai sekarang...(jom kita fikir sesama)

7) aku ni memang lemah betul subjek akaun (patutlah akaun aku hujung bulan je tinggal nyawa-nyawa ikan. hukhuk). masa sekolah menengah, belajar akaun masa subjek kemahiran hidup. orang lain duk sibuk dengar cikgu mengajar, aku sibuk gak. sibuk tidur kat belakang. asal cikgu suruh hantar je kerja akaun, tangan aku pun memulakan tugasnya untuk berlatih menulis laju meniru menyalin kerja orang. sama gak masa diploma ada belajar subjek akaun. (ish, ish kesian jari aku lama praktis meniru menyalin sampai diploma pun tetap nak kena jalankan tugas)

8) bila belek katalog IKEA yang cool gilos tu, aku akan mula berangan tentang bakal rumahku.......(jap, tengah berangan ni)

9) the last time aku naik motor adalah masa umur aku 10 tahun. aku fobia dengan motor. pernah accident motor dengan kakak saudara aku, jatuh siap terseret. sampai sekarang aku tak naik motor dan taknak naik motor. ex-boyfriend aku pujuk pun tetap tak berjaya.

10) one of the ciri lelaki idaman aku adalah rupa yang chinese look....tapi kenapa ex-boyfriends aku semua takde pun chinese look? pelik. (iklan sebentar, sesiapa yang terasa diri dia ada iras-iras chinese look, sila emailkan gambar berserta jumlah duit yang ada dalam akaun anda ye, terima kasih)

11) amat bencikan lipas. tidakkkkk!! boleh lari pecutlah kalau nampak lipas. masa diploma kan, ada satu hari lipas masuk dalam bilik. aku dan roommateku, areen memang takut dengan lipas. masing-masing dah terlompat-lompat nak elak dengan lipas. dah lah lipas terbang. yang terbang-terbang ni memang boleh buat aku terjeritlah. boleh bayangkan tak betapa takutnya kitorang dengan lipas siap ketuk bilik hostel jiran sebelah minta tolong bunuhkan makhluk terbang yang ngeri itu. masa itu adalah pukul 2 pagi. dan jiran kitorang telah tidur tapi tidur tak tidur, misi membunuh lipas kena jalankan gak. kesian. bukan kesian kat lipas tuh, kesian kat jiran kitorang. dengan mata kuyu, ngantok-ngantok tu pergilah bunuh lipas tu. terima kasih fiza.

12) ada certain orang, kalau marah kat certain people je. kalau yang cute-cute and good looking tu, takdelah marah sangat walaupun sebenarnya benda yang diorang buat tu boleh mendatangkan marah. tapi kalau aku marah, aku marah. tak kisahlah orang yang aku marah tu handsome ke, chinese look ke, lebih tua dari aku ke, kawan ke, boss ke...semua adil. aku tak pilih kasih. hakhak!

13) sebenarnya kan, aku tak reti cubit orang. aku pernah cubit ummu tapi dia gelak bila aku cubit. dia kata tak sakit tapi geli sampai nak gelak sebab kelakar. hukhuk! (kira selamat gaklah bakal laki aku dari lebam-lebam. hahahah)

14) aku pernah dicop sombong masa sekolah. mak aku pun kata aku jarang senyum dulu. aku sebenarnya bukanlah seorang yang peramah. aku bukan gak jenis senang nak bergaul dengan orang. nak start conversation pun sebenarnya aku amat malu. tapi sejak berkawan dengan budak yang agak tak tahu malu, selalu je nak gelak yang bernama haihtaummu, terus berubahlah. hekhek.

15) markah yang paling rendah pernah aku dapat dalam peperiksaan adalah 16/100 untuk subjek matematik moden masa form 4. hahaha. kenapa? sebab aku tak suka cikgu yang ajar tu. aku kalau dah tak suka sesuatu tu, memang tak sukalah. buatlah macam mana pun. memang takkan suka. tak boleh lah nak fokus bila tak berminat pun dengan apa yang diajar tu (dalam situasi bekerja pun sama). lepas cikgu tu blah dari sekolah aku, cikgu lain take over aku terus dapat test math 60++/100. rupanya aku ni cemerlang jugak. hahahah!

16) kalau ada sesiapa panggil aku main lawan-lawan mata ke, mata siapa yang tak berkedip paling lama ke...mesti aku kalah. aku tak boleh tenung mata orang lama-lama. bukan sebab aku takut terjatuh cinta ke ape. cuma memang tak tahu kenapa. especially dengan orang yang tak rapat sangat. macam boss ke, lecturer ke. kalau diorang tengah cakap or explain something kat aku, sekejap je aku pandang diorang. then, mulalah aku tak selesa then pandang atas lah, pandang tepilah, aku larikan pandangan aku...just to avoid their eyes.

aku nak tag 3 orang je, malas ramai-ramai:
  • dila
  • fibo
  • damai
copy direction ni then buatlah tag ni. kui kui kui.

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.


Monday, February 9, 2009

strength and supports

tomorrow will be the day.
i have gathered all my strength.
all the supports that are needed for tomorrow.
thanks Jasman for the advice, really appreciate it.

friends, your supports give me peace.
this will be the hardest ever conversation i ever speak.
i really hope i will not back out.
give me strength and will to do this, Ya Allah!

Sunday, February 8, 2009

cuba teka?

jalan-jalan dengan fibo di Kajang. then, found this one shop dimana saya jadi agak di luar kawalan. tangan saya tak berhenti-henti nak snap gambar. tak senonoh, nasib baik tak kena halau tadi. kedai tu jual t-shirt yang ada komen-komen poyo plus kelakar plus flirty. hukhuk! sebenarnya saya ada benda nak tanya...

soalan yang bernilai satu juta hinggit.


mana satu sesuai dengan saya?



yang ini kah?



atau yang ini kah?






tapi saya rasa yang ni paling sesuai! ahaks...


ps: anda pula bagaimana? wahahah...

Friday, February 6, 2009

wipe away the sorrow tears

i cried today. sob sob!
3 times to be exact.
due to the stress and tension cause by the workload.
but i'm not stressed out because of the coding.
i like coding in fact.
enjoyed doing it.

i can't believe i cried because of the documentation work.
tak nangis pula masa sesi development.
what worst is that...i cried during meeting.
but i lied saying that it was due to the lack of sleep when people asked.
can't believe i did that.

i feel that.
hatred has taking over my heart!

one word that came to mind was...f**k off!
(well, that's two word isn't it)

Wednesday, February 4, 2009

what if

marah.geram.bengang.
aku dah cuba.
dah cuba sangat.
untuk tak layan tiga-tiga perasaan itu.
tapi perasaan itu lah yang aku rasa sekarang.
i can't help it.
the 'what if' games playing on my mind.

what if I say...
what if he...
what if...
what if...

walaupun aku should let it go.
and let things be.
tapi apakan daya.


...aku hanya manusia.

Monday, February 2, 2009

zaman jahiliahku

masa cuti Chinese New Year hari tu kan, aku berkesempatanlah tengok show kat TV2, yang Westlife nyanyi-nyanyi tu. they were singing 5 of their best songs as voted by fans. depa pun duk nyanyilah lagu "If I Let You Go" (ingat tak ingat tak?), "Unbreakable" (lagu chenta yang menyayat hati..hukhuk), "Flying Without Wings" and ada lah lagi lagu yang tak hingat title. when i heard their songs, rasa macam tuanya aku!! huahuahua. kenapa? sebab lagu tu zaman gua sekolah beb. dah lah lagu Flying Without Wings tu masa aku form 2, form 3 macam tu. pergh, serius lama. i'm now 20 years old...at heart la, tapi dalam surat beranak umur aku tak jauh mana pun lah. wahahaha!

bila teringat zaman sekolah, aku ingat lagi kegilaan remaja pada zaman itu. BOYBAND. iya, aku ngaku aku ni peminat boyband. puas hati? ahaks! and i'm talking about fanatic punya fan ye. aku ingat lagi, the first show i ever attend was The Moffatts. masa tu di Sungei Wang. shownya start dalam pukul 2 ptg camtu tapi aku ni beriya nak dapat tempat depan lah katakan, sanggup tu terpacak kat depan stage pukul 9 pagi (gila kan saya? hahaha). then 2nd show aku gi tengok Take 5 yang sekarang ni pun dah tak wujud (aku dah lupa siapa ahli-ahlinya). lagu dia aku ingatlah macam I Give tu. yang ni pergi sebab dapat free tickets, they performed on the rooftop of Sungei Wang. tahap kegilaan aku masa tu masih normal (gila tapi normal..macam manakah? hukhuk!) sebabnya aku tak dapat tengok diorang depan-depan.

and then, aku pergi menonton show Kavana (mesti tak hingatkan sapa dia ni, aku pun terlupa muka dia macam mana. hahaha), solo artist. yang ni aku pergi dengan ayah aku (ye, ayah saya la yang menjadi pengikut setia saya. arigatao ne otto san!). sebab masa tu lepas sekolah seh, terus aku cabut pergi office ayah aku, tukar baju semua. (sekolah saya berdekatan ye dengan pejabat ayah saya). then, zasss kami pergi ke Warp Centre. yang depan club The Beach tu. first time masuk club. hukhuk! for Kavana's show ni aku siap pakai bandana kat kepala with the writing "Kavana's Fan". dahlah aku seorang je cam beriya nak tengok show ni. but the main thing, it was worth it ek (masa tu lah). because Kavana saw me!!!! and i shook his hand!!!! and i went crazy for awhile!!!.

another show yang sempat aku pergi ialah Code Red. yang ni secara tak sengaja sebabnya aku tak tau pun diorang ada autograph session masa tu. kebetulan aku tengah lepak kat area bukit bintang dengan wana, kami pun berlarilah mengejar show mereka selepas dapat tau. oleh sebab aku tak bawa album or poster diorang, tak dapek la kami nak naik stage and bersalaman dengan diorang. tapi aku and wana terjerit terlolong kat tepi stage supaya mat-mat saleh Code Red tu toleh kat kami. usaha kami nyata berbaloi. cewah! diorang senyum kat kamek orang. huahuahua. on our way back, terserempak dengan van yang Code Red ni naik, then aku cakap kat wana "Jom kita kejar van tu!". wana pun angguk je. jadi berlari berkejaranlah kami mengejar mamat saleh itu. kami dihadiahkan dengan senyuman oleh Code Red. (serius, dapat rasa tak ke-madness-an aku pada masa tu? hehe.)

the last show yang aku attended was Westlife. yang ni best sikit sebab aku dapat autograph diorang. siap pergi Tower Records tu, beratur bapak panjang semata-mata nak tengok Mark masa tu. (and he ended up becoming gay now. baka!!!). aku dapat ambil gambar dengan diorang semua, dapat shake hands. kira macam bertentangan mata gitu. cewah! next day nya pulak, aku gi tengok konsert diorang kat Sunway Lagoon. di sini telah berlaku satu tragedi yang aku amat bangga sekali. kenapa bangga? sebabnya, aku telah dapat menyelinap masuk ke kawasan VIP (yeayyyy!!) dan berjaya bertemu BBMak. (siapa mereka kamu tanya? Ntah, saya pun tak tahu. huahua).

sekarang ni bila fikir balik, kenapalah bangang sangat aku waktu tu? hehehe.
hmm...itulah serba sikit coretan hidup ku semasa zaman jahiliah...cewah!



* maaf tiada gambar diselitkan bersama. saya amat gerun melihat kejahilan dan keliaran saya di zaman itu. hahaha!

Sunday, February 1, 2009

i wish i can say NO.
i wish somebody would say NO.
i wish...
i just wish...somebody would say something!!!



faham tak???




i feel like crying (not because of sadness) but mainly because terlalu geram.
tau tak geram yang amat sangat sampai there's nothing you can do but cry.



arghhhhhh!!!!
i hate this part.