Followers

Thursday, February 12, 2009

16 facts about me

aku telah ditagged oleh diana dodol.


1) aku tak reti nak explain sesuatu benda tu, lagi-lagi dari segi teknikal. bukan sebab tak tahu, cuma tak reti nak put in words. that's why bila orang tanya aku pasal coding ke, pasal programming aku mesti panggil someone untuk jawab pertanyaan si polan. selalu jadi mangsa kat office adalah Hakim. huahua. kesian dia tapi takpe, dia rela. (cewah, konfiden je!). Macam hari tu, Lokman tanya aku pasal MVC nak set connection dengan server (pada mereka yang tidak faham dengan istilah ni, anggaplah MVC tu adalah ayam KFC. Kenapa aku kata ayam KFC? Entah, aku pun tak tahu! Hahahah). aku macam biasa..."Hakim!! Sini jap, Lokman tanya". Sekali Lokman keluarkan ayat pedas daaa kat aku..."aik, takkan tu pun tak tahu!". Seriuslah, masa tu rasa macam nak jadi tikus, lari sembunyi masuk bilik air. ~ tiba-tiba terfikir, camne aku nak jadi lecturer kalau tak reti nak explain ~

2) masa aku umur 8 ke 9 tahun, aku pernah potong rambut yang amat pendek gila sampai suatu masa tu ada pakcik cakap kat anak dia (budak tu mungkin umur 6 tahun kot)..."Pergi main dengan abang tu" sambil jarinya menunjukkan ke arahku. (Pang!!!! pengsan jap!)

3) aku ni cepat jatuh cinta, cepat bosan, cepat suka orang, cepat je tangkap kalau ada orang silap cakap pastu bantai gelak, cepat melawan, cepat rasa sedih, cepat ngantuk, cepat tukar mood, cepat terpengaruh, cepat naik hangin, cepat cool balik, cepat terasa...segala-galanya cepatlah. Cuma satu je aku lambat sikit selalu......datang office. Ha, yang tu lambat. Wahahah!

4) amat sukakan kucing. Aku boleh nangis woo tengok kucing kena langgar depan mata. Rasa macam aku nak langgar balik orang yang langgar tu. Lagi-lagi kalau tengok orang dera kucing or bunuh kucing macam dalam satu email aku dapat...ala, yang orang Jepun tuh pijak mata kucing tu sampai mati! Memang aku nak bakar sial tu hidup-hidup! (Tengok, kan aku dah emosi!) Aku boleh bertukarlah menjadi raksasa yang Ultraman pun tak dapat kalahkan, aku pijak-pijak malaun yang dera kucing tu.

5) selalu tersuka laki orang walaupun takde niat nak suka tapi dah tersuka nak buat macam mana. Jeng jeng jeng. Statement panas nih, tapi releks, aku bukanlah Memey. Laki orang yang aku suka adalah tak lain dan tak bukan....Johnny Depp. (walaupun dia takdelah officially married...tapi attached. bertahun aku cintakan dia. Sampai sekarang aku masih cintakan kamu, JD) Hahaha!

6) dulu masa sekolah rendah darjah 3 kalau tak salah, bila cikgu suruh tulis dalam kad kemajuan pasal hobi kan, aku ni pergi tulis "Hobi saya adalah membuat kerja sekolah!" (Hahhhh????!!). Sekali cikgu tanya aku, "Kalau takde kerja sekolah, kamu buat apa?" Soalan tu masih tak berjawab sampai sekarang...(jom kita fikir sesama)

7) aku ni memang lemah betul subjek akaun (patutlah akaun aku hujung bulan je tinggal nyawa-nyawa ikan. hukhuk). masa sekolah menengah, belajar akaun masa subjek kemahiran hidup. orang lain duk sibuk dengar cikgu mengajar, aku sibuk gak. sibuk tidur kat belakang. asal cikgu suruh hantar je kerja akaun, tangan aku pun memulakan tugasnya untuk berlatih menulis laju meniru menyalin kerja orang. sama gak masa diploma ada belajar subjek akaun. (ish, ish kesian jari aku lama praktis meniru menyalin sampai diploma pun tetap nak kena jalankan tugas)

8) bila belek katalog IKEA yang cool gilos tu, aku akan mula berangan tentang bakal rumahku.......(jap, tengah berangan ni)

9) the last time aku naik motor adalah masa umur aku 10 tahun. aku fobia dengan motor. pernah accident motor dengan kakak saudara aku, jatuh siap terseret. sampai sekarang aku tak naik motor dan taknak naik motor. ex-boyfriend aku pujuk pun tetap tak berjaya.

10) one of the ciri lelaki idaman aku adalah rupa yang chinese look....tapi kenapa ex-boyfriends aku semua takde pun chinese look? pelik. (iklan sebentar, sesiapa yang terasa diri dia ada iras-iras chinese look, sila emailkan gambar berserta jumlah duit yang ada dalam akaun anda ye, terima kasih)

11) amat bencikan lipas. tidakkkkk!! boleh lari pecutlah kalau nampak lipas. masa diploma kan, ada satu hari lipas masuk dalam bilik. aku dan roommateku, areen memang takut dengan lipas. masing-masing dah terlompat-lompat nak elak dengan lipas. dah lah lipas terbang. yang terbang-terbang ni memang boleh buat aku terjeritlah. boleh bayangkan tak betapa takutnya kitorang dengan lipas siap ketuk bilik hostel jiran sebelah minta tolong bunuhkan makhluk terbang yang ngeri itu. masa itu adalah pukul 2 pagi. dan jiran kitorang telah tidur tapi tidur tak tidur, misi membunuh lipas kena jalankan gak. kesian. bukan kesian kat lipas tuh, kesian kat jiran kitorang. dengan mata kuyu, ngantok-ngantok tu pergilah bunuh lipas tu. terima kasih fiza.

12) ada certain orang, kalau marah kat certain people je. kalau yang cute-cute and good looking tu, takdelah marah sangat walaupun sebenarnya benda yang diorang buat tu boleh mendatangkan marah. tapi kalau aku marah, aku marah. tak kisahlah orang yang aku marah tu handsome ke, chinese look ke, lebih tua dari aku ke, kawan ke, boss ke...semua adil. aku tak pilih kasih. hakhak!

13) sebenarnya kan, aku tak reti cubit orang. aku pernah cubit ummu tapi dia gelak bila aku cubit. dia kata tak sakit tapi geli sampai nak gelak sebab kelakar. hukhuk! (kira selamat gaklah bakal laki aku dari lebam-lebam. hahahah)

14) aku pernah dicop sombong masa sekolah. mak aku pun kata aku jarang senyum dulu. aku sebenarnya bukanlah seorang yang peramah. aku bukan gak jenis senang nak bergaul dengan orang. nak start conversation pun sebenarnya aku amat malu. tapi sejak berkawan dengan budak yang agak tak tahu malu, selalu je nak gelak yang bernama haihtaummu, terus berubahlah. hekhek.

15) markah yang paling rendah pernah aku dapat dalam peperiksaan adalah 16/100 untuk subjek matematik moden masa form 4. hahaha. kenapa? sebab aku tak suka cikgu yang ajar tu. aku kalau dah tak suka sesuatu tu, memang tak sukalah. buatlah macam mana pun. memang takkan suka. tak boleh lah nak fokus bila tak berminat pun dengan apa yang diajar tu (dalam situasi bekerja pun sama). lepas cikgu tu blah dari sekolah aku, cikgu lain take over aku terus dapat test math 60++/100. rupanya aku ni cemerlang jugak. hahahah!

16) kalau ada sesiapa panggil aku main lawan-lawan mata ke, mata siapa yang tak berkedip paling lama ke...mesti aku kalah. aku tak boleh tenung mata orang lama-lama. bukan sebab aku takut terjatuh cinta ke ape. cuma memang tak tahu kenapa. especially dengan orang yang tak rapat sangat. macam boss ke, lecturer ke. kalau diorang tengah cakap or explain something kat aku, sekejap je aku pandang diorang. then, mulalah aku tak selesa then pandang atas lah, pandang tepilah, aku larikan pandangan aku...just to avoid their eyes.

aku nak tag 3 orang je, malas ramai-ramai:
  • dila
  • fibo
  • damai
copy direction ni then buatlah tag ni. kui kui kui.

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with sixteen random things, facts, habits or goals about you. at the end choose ten people to be tagged, listing their names and why you chose them. don’t forget to leave them a comment (”you’re it”) and to read your blog. you can’t tag the person who tagged you. since you can’t tag me, let me know when you’ve posted your blog, so I can see your weirdness.


7 comments:

pandangdenganmatahati said...

wah. kte ade persamaan la. aku pon xsuke naik motor. bole kire ngan jarilah bape kali jek aku naik motor..
takut takut huhu

dLa IS THE NAME said...

woi budak..cikgu math mod tu yg kite sain petisyen tak nak dia tu kan?kan?kan?

zieda said...

hahahaa...ezzan xreti cubit org ke?hikhik...nk try sket ezzan cubit zda boleh?heheheh..

oo...pasal markah 16/100 tu kn...klu zda lak time form 4 add math dpt 15/100...tau x time tu kite org gelak2 jek..sebab da tau da..first quiz memg akan fail!! hukhuk..

Ezzan Yusop said...

muni : gerun woo naik motor.

dila : yeah babeh, yeah. aku pun tak ingat name die ape. hehehe. kejamnya kita, siap sggup sain petisyen tu reject die. huahuahua!

zida : hukhuk, jgnlah gelak..ezan mmg xreti cubit org. tapi kalo nak suh ezan caci maki hamun orang, yg tu ada ezan siap ada PhD dlm bidang tu. hahahahahah!

dd dudu said...

16/100? nak gelak bole x? wakakaka

aaaa johnny depp aku nyee

willy wonka willy wonka ~('o')~

Apple Cute said...

eleh dd nak gelak kan orang plak...dd kan juara 1/100 lagi...wahahaha jangan marah yerk...

"aku tak boleh tenung mata orang lama-lama. bukan sebab aku takut terjatuh cinta ke ape. cuma memang tak tahu kenapa. especially dengan orang yang tak rapat sangat. macam boss ke, lecturer ke."

mcm suka plak ayat ni...coz aku pun same tapi tukar ayat siket la "especially dengan org yang saya suke"

hukhuk =p

Ezzan Yusop said...

dd : gelakkan orang suka...tapi ezan pun suka gelakkan orang. wahhaha. jap nak tanya Johnny Depp, die kenal dd x? hakhak.

ayu : dgn orang yg aku suke dah konfem2 la aku xleh tenung mata die lame2...kang aku jatuh terjolopok sbb dh tangkap cintan susah plak. hehehe!