Followers

Thursday, December 23, 2010

bomoh


tak faham dengan orang yang guna bomoh untuk buat seseorang jatuh cinta dengan dia. worst, kalau dia bomohkan laki orang supaya tinggalkan isteri dia. macam desperate sangat. kadang-kadang terfikir handsome sangat ke orang tu sampai tergamak orang nak bomohkan dia? bila tengok, ek eleh orang macam ni pun kau nak bomohkan. sometimes i wonder dari dia bomohkan rakyat biasa baik dia bomohkan artis hollywood ke bollywood ke koreanwood ke. kan?

kalaulah saya ni kejam (not to say that i am good either), saya bomohkan je si Johnny Depp tu or si Zac Efron tu ke supaya jatuh cinta dengan saya. senang cerita. high taste sikitkan. dah alang-alang nak bomoh kan, baik aim for the stars. cewah. ni nak bomohkan orang kampung yang dah kahwin 10 tahun dan anak 4 dah. bullshit betul.


Tuesday, December 21, 2010

setelah 6 bulan...


remember this post?


dulu saya pernah tunjuk gambar meja saya selepas 2 minggu dan 6 minggu saya mula kerja baru ni. dalam entry tu (click post tu kalau nak tengok macam mana rupa meja saya dulu) i was kind of wondering macam manalah meja saya nanti lepas 6 bulan. ye diam tak diam dah 6 bulan ghupenya saya berkhidmat dengan kerajaan. masih rasa budak baru lagi walaupun dah banyak noo kerja yang kena buat kalah orang yang lama berkhidmat. siusiusiu. ok ok itu hanya mukadimah je. nah gambar meja setelah 6 bulan.

...

...

...

...

....tadaaaa....


masih ada rupa sebuah meja kan walaupun bersepah sampai kadang-kadang tak ingat dokumen letak mana pastu mula kelam kabut cari atas meja. kecahkan semua. huhu.


update : oleh sebab ada diva request nak jadikan ini sebagai tag, baiklah silalah ye kome-kome ni buat tag ini ek. tak buat siap. i very the merajuk uols.

- dd de diva ;p

- rosa rosi

- zida zizi

- ayu yuyu

- lina linen (eh motif linen? lina kan suka kain kan kan kan ;p )


Monday, December 20, 2010

jom tengok wayang!


sadis ke kalau tengok wayang sorang-sorang? pelik ke? sebab saya ada satu tabiat itu. rasa macam ok je tengok wayang sorang-sorang. rasa macam biasa je tengok sorang-sorang. boleh feel lebih. nak nangis pun tak segan. takde apa-apa unusual pun. mungkin sebab dari sekolah menengah lagi kot macam tu. bayangkan kadang-kadang saya perlu menunggu mak balik kerja lambat kat KLCC tu dan saya dah puas round KLCC tu. jadi apalagi, belilah tiket movie. macam hari tu gak saya pergi tengok Narnia sorang-sorang. especially bila saya ni jenis tak boleh buat keputusan cepat, kena ikut mood. contoh tengah rasa bosan dan tak tahu nak buat apa dah, tiba-tiba rasa 'ahh nak tengok wayang lah'. jadi boleh terus pergi. takpun saya selalu plan macam nak tengok wayang tapi bila dah landing baek punya depan tv rasa malaslah pula nak keluar rumah. so nak cancel senang, nak teruskan je pun senang.

because you didn't promise anyone. it's all up to you. kalau rasa nak tengok, pergi tengok. kalau rasa tak, duk rumah relaks. hmm...rasa macam nak tengok wayanglah balik ni. ada sesiapa nak teman? Tron maybe? cewah. we'll see. like i said, saya cepat ubah keputusan. hehe. kang tiba-tiba masa drive balik takde mood lah pula.



Friday, December 17, 2010

salah ayat


sedang enak tidur siang al-maklumlah cuti kan semalam sekali tu talipon berbunyi. demmit. kacau noks. dengan mamainya menjawablah panggilan tersebut. "hello ezzan, esok meeting pukul 9 pagi jadi kan?" dalam hati ishh bukan ke dah postpone ke pukul 3 ptg. mesti takde orang email lagi maklumkan pindaan waktu cewah pindaan inda. "dah postpone ke pukul 3, supposedly xxx email cakap postpone. takpe nanti i maklumkan ye i'm on leave today"..."oh ye ke sorry sorry!"

saya pun apa lagi noks. bukak laptop cepat-cepat dan terus tulis email tanpa membacanya balik konon rasa dah habis betullah tu ayat-ayatnya...


"adalah dimaklumkan bahawa xxxxx yang dijadualkan pada hari Jumaat jam 9.30 pagi telah ditunda ke jam 3 petang. segala kesulitan amatlah dihargai. sekian, terima kasih."


SEND.

....

....


ehhh waittttttttt!!!!.....segala kesulitan amatlah dihargai????!!!!

*pengsan*



note to oneself : never write an email with your eyes half closed. okthxbai.


Monday, December 13, 2010

winter holiday trip


faham tak perasaan seorang anak melihat ibubapanya bersuka ria jalan-jalan keliling European cities - Helsinki, Amsterdam & Oslo dengan gembira di musim sejuk dengan salji tebal naik kapal, naik keretapi tukar-tukar hotel selama 10 hari yang OhSoHeaven tapi anak tersebut tidak ikut bersama????!!! arghhhh!!! dah lah siap ikut diorang pergi shopping for winter clothing kat Mid Valley. trying on winter jacket, gloves and snow cap. oh tekanan perasaan.

saya sedih sangat, rasa macam nak nangis. bukan sebab nak berpisah tapi sebab tak dapat ikut. rasa nak nangis macam budak kecik hentak-hentak kaki nak ikut jugak nak ikut jugak. walaupun cuti tinggal 3 hari je saya sanggup ambil cuti tanpa gaji. korang mesti tanya kenapa tak ikut je parents pergi holiday? pesanan awal emak pada saya : "nak pergi boleh. tapi guna duit sendirilah. kan dah kerja!"

kalau korang ada duit lebih RM8000 dan tak tahu nak wat apa dan terasa macam nak sedekah je kepada sesiapa yang memerlukan, silalah sedekahkan wang tersebut kepada saya. yes, RM8000 diperlukan untuk pergi sana. tu tak masuk lagi untuk duit shopping. mungkin another RM5000 diperlukan. hamik tu. RM12000 eh haha teruk noo ilmu hisabnya ehem ehem RM13000 lah jumlahnya. mana saya nak cari. kerja baru 2 tahun plus plus nak kumpul duit sebanyak itu. pengsan lah i noks. saya bukannya ada jual gelang magnet ke or involve MLM tah pape tuh (eh tetiba je hihi!) nak dapat duit berkepok kepok macam tu. tsk tsk. oh rasa nak nangis lagi.


lebih rasa nak nangis bila dah jumpa snow cap yang saya sangat sangat suka dan rasa sesuai sangat dengan kepala and muka saya lantas terus pakai dan snap gambar berangan macam join diorang je pergi sekali. dah la matching dengan outfit yang saya pakai masa tu. lagi rasa sebak. tsk tsk. (-_-)



Saturday, December 11, 2010

Count On Me


currently addicted listening to this song. been playing it over and over again. it is just brilliant! please listen to it to, it's beautifully written. i dedicate this song to all my bestfriends out there. this one for you guys!


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Woooooooh, Woooooooh
Yeah, Yeah

If you're tossing and you're turning and you just can't fall asleep,
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me,
Everyday I will remind you, ohh

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooooh, Wooooooh
Yeah, Yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You know you can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Oohhhh, ohhhhh
You can count on me cause I can count on you

Tuesday, December 7, 2010

lagenda budak sengal

perhatian : ini bukan kesinambungan drama lagenda budak setan. huhu.


saya ada kawan. nama dia ummu athiah. tapi kesian. dia sengal. kenapa saya kata dia budak sengal? sebab dia kawan dengan saya, tu yang dia jadi sengal. haha. kami ni sangat sengal sampai boleh lawan kentut siapa paling busuk. kahkah. dah takde malu dah. kira macam adik-beradik. kalau nak terkentut boleh pula siap bagitahu satu bilik...'eh aku nak kentut jaga-jaga busuk kang!' sengal tak sengal tak? ;p

pastu orang lain sibuk study, kami 2 ekor mambang ni boleh lak kunci bilik duduk berdua pastu karaoke. pasang lagu kat laptop pastu karaoke lah kami dan siap rekod lagi. lepas dah rekod, play balik bantai gelakkan diri sendiri. siap modify rekod tu fast forwardkan so dia macam jadi suara itik. yang ni kami gelak sampai rasa nak nangis. gila vavi kelakar.

kami berdua ni ada tabiat suka snap gambar orang tengah tidur masa zaman kampus dulu. hahaha. haida and diana selalu jadi mangsa. pastu kihkihkih gelakkan gaya orang tidur. macam-macam gaya. macam nak solat pun ada, macam tengah angkat takbir pun ada. bukan takat gelak slow-slow, lepas orang tu bangun kitorang siap tunjuk kat dia then dorang pun join gelak. habis satu rumah tu bantai gelak.

dalam sengal-sengal kami tak sangka 7 tahun dah kami berkawan. saya sayang kawan sengal saya dan dia jugalah kawan dunia akhirat. dan sekarang budak sengal sudah bertukar status. tak sangka budak sengal yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang dah kahwin. eh jangan kau jadi puan sengal pulak ummu lepas kahwin ni! haha.


Wednesday, December 1, 2010

kisah sepatu

entri ini khas untuk dd dudu. dan pada siapa yang ingin menempah kasut untuk majlis sanding atau majlis nikah atau untuk dinner atau seperti saya yang gatal tangan pantang nampak kasut cantik terus nak beli pastu pakainya sekali je.

kasut ini ditempah di Kedai Gavy di Maju Junction. iyo, kerana kasut inilah kami sanggup meredah KL pada jumaat petang yang sedang hujan lalu lapar dan makan waffle. ok. itu cerita lapuk. tapi tetap nak tunjuk gambar kasut dd. hehe.


ini kasut untuk majlis nikah


ini kasut untuk majlis sanding.


cantik kan? :) nak tahu kisah selanjutnya bacalah kat blog dd yang baru ye!



kahwin lagi


(peringatan. sila jangan salah sangka. saya belum berkahwin. ini bukan cerita saya kahwin kali kedua. ini celita dua majlis yang saya hadiri. walaupun tak tanya tapi saja nak beritahu, dah layankan aja)

ramai noo lah kawan den ni kahwin sampai penat lah nak jawab soalan kawan-kawan dah kahwin, kau bila lagi. tuu la korang ni kawen betul-betul tarikh selang seminggu. odah nak bernafas pun tak sempat. anyway, kalau last 2 weeks dd dudu kahwin, this time around kawan baik saya dari sekolah menengah menamatkan zaman bujangnya minggu lepas. jumpa teman-teman masa sekolah menengah dulu and also the infosys mates. suka teman noks. nak dekat 2 tahun kot tak jumpa geng infosys ni. hehe.

ermm errmmm aci tak kalau nak letak gambar je takde cerita banyak? ok, ada yang mengangguk jadi layan gambar je la ye. cik dila eh silap puan dila selamat pengantin baru sayang...

suka sangat pelamin ini ohmygosh rasa macam masuk dalam taman je walaupun ni kat dalam dewan. serius, mak teruja noks. cantikkkk sangat! one of my fave :)


peace out y'all!


Friday, November 26, 2010

cerita kahwin


Yeah!! mood nak berceghita dah datang (sila baca dengan nada hakim). no intro whatsoever. terus je cerita ye. last week masa hari jumaat, a day before dd got married, saya dan dd sempat pergi Maju Junction koo petang jumaat tu. Itu semua gara-gara owner kedai kasut tu tersilap bagi kasut sanding. Apa lagi meredah lah kami hujan-hujan tu pergi ambil kasut. Then bila sampai sana boleh pula bau waffle menggugat jiwa dan raga kami. So berkhemah lah kami duk kat depan kedai baju yang ada satu bangku tu sambil makan waffle, corn in cup and sedut ice lemon tea. Kira kalau ada soalan ‘apakah yang anda lakukan bersama dengan BFF anda pada hari terakhir sebelum BFF anda berkahwin?’ and i’ll be answering makan waffle atas bangku sambil bersila hehe ;)


(fast forward to the solemnization day)

...haha nak ngelat saja takmo cerita malam sebelum nikah tu sebab...biar dd cerita kat blog dia, nanti tak surprise dah. Anyway, Alhamdulillah dengan hanya satu lafaz, Nordianah Ab. Samat telah sah menjadi milik Mohd Khairi Mansur (eh betul ke nama korang ni hehe). Ada perasaan macam ‘ehh dd dah kahwin! Betul ke dd dah kahwin? Macam tak percaya jeee’...tak sangka kawan yang sangat saya sayangi dah takkan gedik-gedik lagi dengan saya, dan tak hempap saya lagi ketika saya sedang tidur dan dia sedang berjalan dengan mata ngantuknya, dah takkan ajak tidur dirumahnya (eh yeke? ;p) dan dah takkan share bedroom kalau pergi melancong lagi (tapiiiii nak share bedroom lagi dengan dd!)

I was with her during her engagement tolong-tolong sikit walaupun sebenarnya banyak main dari tolong hehe. And i was with her few weeks before the wedding. Tolong prepare doorgift, tolong cari tudung yang last minit untuk digunakan masa sanding, tolong teman dia pergi berinai...i would do anything for this girl. She never let me down. She was always around when i need her. Sampai saya nak beli ipod tu pun saya tanya dia dan rosa, should i buy it or not. See, i took her opinions seriously. I would share my happiness and my sadness (and also my badness – ada ek word ni?) with her. She was with me i am happy, when i was really sad sampai nangis-nangis buat coding (haha) and bila saya terminat orang tu ke, terbuat jahat masa kerja ke semua i share dengan dia. She’s got this positive vibes around her so it’s kinda hard not to be happy when you’re just smsing with her. Manalah saya ni tak terasa sedikit kehilangan bila dia dah berkahwin. Ye, saya mengaku saya agak tamak. But i truly understand, she deserves to be happy because i want her to be happy. Not just with kheri but with me as well.

Dd, dd..Selamat pengantin baghu!

*nak gelak kihkih kat hakim masa dia wish dd hari tu haha ;p*

Dd and kheri. Saya sangat happy sampai tak terkata dengan perkahwinan anda berdua. Seriously. Like i said in the card i gave you guys, you are so MFEO. Now would you do me a favour by making beautiful babies together so that they can be spoil by this young, hip and cool auntie? ;p


ps :

rock tak pengantin ni? lepas sesi outdoor photoshoot kat Taman Layang-Layang ini, saya bersama pengantin dan ros, idzuan, lina dan hasni pergi serbu Burger King sebab masing-masing lapar. haha. ambik koo dengan baju-baju pengantin masuk burger king. siap ada orang wish 'Selamat Pengantin Baru' lagi kat dd masa nak masuk kedai. siap cabut bulu mata pelesu kat dalam burger king lagi sementara tunggu makanan sampai haha! i like....


Sunday, November 21, 2010

introducing...




puan dd dudu.

married to kheri kuku.



Saturday, November 20, 2010

my fave couple is getting married!!




is it brad pitt and angelina jolie?

is it robert pattinson and kristen stewart?

is it kim hyun joong and ezzan yusop? *berangan tak hingat*

....

....


semoga Dd dudu & Kheri kuku tenang-tenang ye for your solemnization and reception. i love you both forever. you're my favourite couple (after Hermoine & Ron. lol!)..oh yes, rossa & idzuan pun my fave couple gak jgn kecik hati. eh Ummu Athiah & Anas pun my fave jugak.
eh semualah yang nak kahwin or yang baru kahwin jadi my fave couple including Prince William & Kate Middleton. ececeh tetiba :)

Thursday, November 18, 2010

Harry Potter & The Deathly Hallows : Part 1



yeay! dah tengok HP7! orang lain cuti balik kampung, saya cuti balik Hogwarts. ececeh. overall i think it was quite good...although it wasn't quite what i had imagined. because there were less fight scenes but i guessed they just wanted to save the best for last. i kinda expect more towards the ending and i know people would say 'nama pun part 1 kan' but i wished there were some extra ummphh at the end. and oh yeah, forgot to mention this HP7 part 1 was quite funny. especially the 'twilight' scene which i thought was hilarious. twilight what? well, you gotta see it to understand it. those battle twilight vs harry potter suddenly comes to mind. even though i don't get it. there were also some surprise scenes that kinda shocked me a little bit especially the one with the snake.

in this movie, the trio (hermoine, ron and harry) went on a journey to find the remaining horcrux. so basically it centers on the three main characters. that's probably why you won't be seeing other characters that much like snape, draco malfoy, fred and george, luna and ginny just to name a few.

anyway, i've read the books like a gazillions years ago so i kinda forgot about certain scenes in the film. hmm gotta read the book back i think. i seriously can't wait for next year! man, that's gonna be a really loooooonnnngggg wait...



motif saya speaking london tetiba? dengan grammar lintang pukang. suka hati je kau ek odah...oh ye, is there any 3D version in Malaysia? i want to watch it for the second time but with 3D. kalau ada siapa tahu, let me know ye. thanks.