Followers

Thursday, April 22, 2010

hari pertama sekolah rendah saya



oleh sebab telah konon-kononnya di tag dd di blognya jadi saya dengan baik hati layankan aja. kenapa saya kata konon-konon? sebab sebenarnya bukanlah tag sangat sebab dia syok bercerita pasal hari pertama sekolah rendah jadi dia mahu sibuk tahu pengalaman semua kawan-kawan dia. sila jangan nak kecil hati ye dd saya kata kamu sibuk. miahaha. tapi kan dd, mak dah tak ingat sangat lah sayang. al-maklumlah makin muda remaja ni makin pudar ingatan i noks pasal perkara-perkara yang lampau. cewah. kalau ada ingat pun macam musykil itu hari pertama ke kedua ke hari yang ke berapa pun tak tahu. tapi takpe, oleh kerana tidak mahu kamu tinggalkan saya jalan dengan haida je nanti di bandung kelak, saya ceritakan lah juga.

saya ni dulu selalu gak lah lompat-lompat sekolah. ceh. takdelah lompat mana sangat. mula-mula sekolah kat S.R.K Puteri Pandan sebab dekat dengan rumah nenek then baru pindah ke S.R.K St Mary yang dekat dengan office ayahku. so masa first day di Puteri Pandan saya tak banyak ragam. kira macam tak nangis cuma jenis senyap. orang kata very very the kera sumbang gitu sebab jenis pemalu. percaya tak saya pemalu? kehkeh. sila percaya kerana ianya benar. saya ditempatkan di kelas 1 Melur. eh, ke 1 Kenanga? demmit tak ingat.

anyway, yang ni saya ingat-ingat lupa sikit adakah ianya hari pertama atau tidak berlaku peristiwa ini. let's just assumed it was on the first day lah ye anak-anak. ok. sambung...sepatutnya habis sekolah untuk hari pertama tu ayah saya yang akan mengambil saya. oh lupa lepas ayah saya hantar saya dia terus ke pejabat. so saya pun tunggulah kat pintu pagar sekolah tu. sekali tuh ada mamat motor berhenti depan saya. masa tu macam fikir woah, takkanlah kecil-kecil dah ada yang minat nak ngorat kot. haha tipu. bukan itu di fikiran saya. kehkeh.

dia cakap kat saya "shida kan?"
(shida nama komersial i ye dalam dunia seni tanah air ni ye harap maklum. miahahaha!)

saya pun angguklah. "ayah shida minta tolong abang ambil shida kat sekolah hari ni" (ye abang, sebab nama pun mamat motor kan. mestilah yang mudo belako. takkanlah pakcik. tihtihtih!)

masa ni macam sudah kaget sebentar ya. betul ke ni? nak ikut ke taknak nak ikut ke taknak. tapi oleh sebab masa tu tiada siapa pesan kat saya jangan ikut kalau orang yang tak kenal ajak pergi mana-mana, jadi saya pun ok je lah. lagipun masa tu fikir, dia tahu nama timangan jadi betullah kot ayah yang suruh dia ambil.

lalu memboncenglah saya bersama abang motor itu ke pejabat ayah saya di Bangunan MAS kat area KL. vroom vroom vroom...wah kecil-kecil dah ada gaya minah rempit noks. muahahaha!



THE END.














hahaha. habis macam tu saja. ok lah pada siapa yang nak tahu, in the end memang ayah saya yang minta tolong mamat tu ambil saya di sekolah. tapi saya dah tak ingat muka dia. nama dia lagilah haram tak tanya pun siapa. muahaha. psssttt....sebenarnya kan sebenarnya kan saya tak ingat sangat lah betul ke mamat tu yang ambil saya kat sekolah or yang sebenarnya ayah saya yang drive (wah drive gitu) motor tersebut. hahahah. percaya ke korang? kahkah. tak berapa pastilah sayang-sayangku cuma yang pasti saya ada naik motor. cuma tak ingat siapa yang bawa masa tu. kehkeh. ada konflik sikit kat otak sebab tak bape hingat lah. dah 17 tahun yang dulu kot. hahaha.





5 comments:

mun-e said...

laaaaa. hahahaha. lawak je ezan ni bole confius ala ala dalam mimpi pulak. hahahahaha

dLa IS THE NAME said...

hahahaha..ko kalau buat drama org cite ni orang bakar tv tau x?

dd dudu said...

hahaha tibe2 dah the end

ku sangkakan ada apa2 yang terjadi selepas adegan naik moto itu *pengaruh drama2 swasta, ahak hak hak

note : pstt pstt fuyoo ezan penah sekolah st mary tuuuu

nurul azida ahmad said...

hahaha. mmg lawak! igt kene culik da. hikhik

tetibe the end! cais! :-p

Ezzan Yusop said...

muni : hahahahaha dah tak ingat dah apa yg berlaku. samar2 sket mcm ala2 ku mengintai dari tirai kamar lah. eh. apa kaitan tah.

dila : muahahaahahahhahahaha gelak-guling2! aku xleh jadi director la ni ek. xpe2 nnti aku selitkan scene nyanyi dlm ujan kalah prof razak uuuu...muahaha!

dd : eleh budak cbn ni. eh, drama kerajaan macam mana dd? kehkehkeh!

zida : heheh. masa tu kes culik2 x berleluasa lagi. so masa tu cm xtkut pn. wah gila berannn i tau. kehkeh!