Followers

Saturday, February 5, 2011

holiday trip : singapore

*this is going to be quite a long entry. please, don't say i didn't warned you ;)




plan nak pergi Singapore ni sebenarnya dah lama jugak lah terpendam di lubuk hati ceh ayat tak menahan. semua gara-gara nak sangat merasa pergi Universal Studios Singapore. oleh kerana pernah merasa pergi Universal Studios Hollywood suatu masa dulu, jadi semangat nak relive the moment tu berkobar-kobarlah kan. ye la, nak pergi Los Angeles tu macam ahhh jauhnya nak capai dengan duit mahal lagi tu kan so dah alang-alang ada kat negara jiran, better pergi lah kan.

so, hari sabtu hari tu bergerak lah weols balik JB. sepanjang perjalanan hujan je. dari KL sampai lah ke JB, hujan still tak berhenti. dalam hati macam 'hmmm kalau hujan tak benti gak esok camne ek'. then, ahad dalam pukul 12 tengahari macam tu terjah lah kami ke singapore dengan dua kereta. fyi, hujan masih lagi tak berhenti. makin lebat lagi adalah. anyway, masuk-masuk je kat imigresen singapore kena bayar S$10 untuk card parking. kat singapore ni, dorang macam ada system parking yang standardize. so nak park kat mana-mana mall pun guna the exact same card. macam kad Touch 'N' Go. anyway, orang imigresen singapore kata jangan pergi Orchard Road waktu tu sebab tengah heavy traffic. so, we decided to head on straight to Vivo City, a shopping mall to parked our cars.


dari Vivo City tu, kitorang naik MRT ke Sentosa Resort. Fees dia S$3 each. Masa tu ingatkan jauh lah kan dari Vivo City tu ghupenye, ceh boleh jalan kaki je pun. kira macam dekat dia adalah dari Parcel E nak ke Alamanda. dekat noooo lah kan. very the manja gitu nak naik gak MRT macam lah kat KL takde LRT. huhu. sampailah kami ke Sentosa Resort. sungguh lah teman excited tak sabar nak masuk Universal Studios walaupun hujan agak lebat masa tu.oh ye kat Sentosa ini ada Hard Rock Cafe, Universal Studios, Casino, Shopping Mall dan Waterfront yang tengah direnovate.

* tengok Universal Studios tau, bukan Casino tu*


ok. ni sampai part sedih bagi sesiapa yang baca entri dd ni. part inilah yang buat saya keciwa dan berduka sungguh. sampai-sampai dipintu gerbang Universal Studios. hujan ya rabbi agak lebat juga lah. masa tu rasa ahhh persetankan, nak masuk jugak. dalam hati macam dah ada perasaaan tak syiok sebab ye lah, bayangkan nak main game dalam Universal Studios tu dalam keadaan hujan lebat. nak dijadikan cerita duit memang bawa cukup-cukup untuk masuk Universal Studios tu and untuk some souvenirs. sekali tu, nak masuk macam kena beli baju hujan S$10 kot kalau tak silap. terus jerit dalam hati 'arghhh tak cukup duit'. uhuk uhuk. lepas tu pula family members yang lain macam takmo masuk sebab duit macam tak cukup. yes, singaporean dollar is quite expensive if you ask me. lepas bincang-bincang, semua kecuali saya decided to come again next time bila dah tak hujan. and i was like, damn! bila lagi nak masuk ni? tau tak orang ambil cuti ni semata-mata nak pergi Universal Studios ni? tau takkkkkk???!! *geram*


so bila dah semua takmo masuk, apa lagi. bergambar je lah kat entrance tu. i was quite pissed actually masa tu. i think my parents kinda noticed my disappointment face. it was obvious kot. rasa macam nak nangis je wuwuwu. we ended up buying souvenirs je kat Universal Studios tu. keciwa sungguh. lepas tu, berjalan jelah kami kat area sentosa resort tu. singgah Hard Rock Cafe beli lanyard. pastu kat waterfront, tu apa lagi. bergambar lah weols.


ok ok group photos everyone! as usual, odah tak masuk dalam gambar.

*snap*

erkkk kenapa posing masing-masing ala-ala senget?

anyway, masa kat Sentosa tu kan, gila babs gua lapar beb. ate, makan mihun goreng pukul 9 pagi  je untuk alas perut sampai pukul 3, mana teman tak lapar. nasib baik sana ada KFC. tapi agak wondering jugalah halal ke tak ni. then bila belek-belek poster kat pintu masuk KFC tu, ada logo halal. apa lagi me and my sister pergi beli makanan. tapi masa tu macam fikir mahal jugalah. bayangkan kami beli chicken wings yang kecik-kecik tu and cheesy fries semuanya dalam S$10. kalau darab ringgit dalam RM23. mahalll woo. tapi kalau dah asyik semua nak darab duit kita kebulurlah pula. redah je beb makan chicken wings (mcm ala-ala popcorn tu) share dengan 6 orang. ambik ko. semua melantak tapi tak minum air. hebat. haha.

lepas dah jalan-jalan kat Sentosa, kitorang pun pergi Vivo City balik to get our cars. from Vivo City, mak dah request nak pergi satu tempat kat Singapore yang ada bangunan cantik-cantik. my dear cousin, Kak Pika yang teramatlah familiar dengan Singapore (dah almost everyday masuk sebab selalu ada kerja kat sana) pun bawaklah weols ke Marina Bay. on the way nak ke Marina Bay, i terasa macam kat New York uols. dengan skycrappers tinggi-tinggi serius terasa macam kat Times Square New York walaupun tak pernah jejak sana. Tak salah saya area tu nama dia Robinson Rd kot. (please kepada Singaporean yang ada baca blog saya, correct me if i'm wrong ek). totally love the feeling macam ala-ala Sex In The City kalau pakai designer clothes lah kan kehkeh. imaginasi melampau.
bangunan cantik-cantik kat area Marina Bay. Nampak tak 3 building tapi kat atas tu dia cantum nampak macam kapal selam tu? that's a hotel actually. apanamanya tah den pun tak tahu. atas yang bentuk kapal tu is the poolside area (again, correct me if i'm wrong). my cousin said kat hotel tu bawah ada casino.


oleh kerana masa mencumbui eh eh mencemburui kami, niat mak hendak bershopping di Orchard Road tidak kesampaian. it was almost nightfall dah. so pulanglah kami ke tanah air. sob sob. rasa tak puas sebenarnya kat sana.takpe takpe, i will come back again. maybe masa raya nanti ke kan. wahhh curlasss gi beraya kat singapore. dah waktu tu je yang saya balik JB. huhu. oh ye, masa kat JB lepas dah balik dari Singapore tu kan, kitorang pergi makan seafood dekat tengah laut near Tanjung Pelepas. yes, you read it right. dekat tengah laut. dah kena lalu jeti nak gi restoran tu, mestilah kat tengah laut tu kan. huhuh.cehh berlebih plak ko. takdelah tengah mana tapi macam kalau jatuh kat tepi restoran tu confirm lemas. lemas kalau tak tahu berenanglah kan macam beta. haha.

so, that's about it. panjang kan karangan UPSR saya yang bertajuk 'Kenangan Percutian Saya Di Pulau Temasek'. mesti cikgu pening nak right. sekejap english, sekejap malay. hehe. that's how i spent my (almost) Chinese New Year holiday. or should i say, my Federal Day holiday. or maybe just a holiday. yup, let's keep it simple shall we. eh apa aku merepek ni...




1 comment:

noname said...

yg ship kat top building tu la namanya MArina Bay, kehkehkeh... tp siriyes class gile, seploh stars kot.. klau ikut National Geo kan, most of the chef dlm marina bay tu yg world famous pnye level.. gilaks ah.. betul ke x xtaula ;P