Followers

Tuesday, February 15, 2011

nak jadi pelakon ke?




wahhh very the long days tak update. 10 days to be exact. lama ke tu? macam lama macam tak. haha. anyway, kalau sesiapa ada baca entry dd sebelum ini, yes it's true. rumah saya dijadikan lokasi penggambaran telemovie. sebenarnya sebelum ini ada gak guna rumah ni as shooting location citer apa tah dulu tak ingat. tapi masa tu saya study kat uitm so memang takde lah masa shooting tu. kira this is the first time tengok orang shooting. call me jakun whatsoever, memang saya excited campur segan. rumah saya digunakan untuk 2 hari. so 2 hari lah saya dok tengok depa berlakon.

keadaan rumah masa tengah shooting


bila tengok diorang shooting kan baru rasa macam 'ehhhh susah ghupenye jadi pelakon. macam tak best je jadi pelakon. takmolah jadi pelakon!'...eh tapi serius. bila tengok how many takes diorang kena shoot, dialog yang sama untuk ulang sampai sepuluh kali. tu tak termasuk kalau scene tengah minum or makan, kalau sepuluh kali ulang, sepuluh kali makan. macam manalah hollywood shoot kissing scene tu ek. worst, sex scene muahaha ober lak kau. pastu sementara tunggu krew setup kan set, or waiting for the next scene to be shot duduk je lah. tunggu sampai scene sendiri. kalau banyak kali take, lagi lama lah kena tunggu. bayangkan saya yang menengok pun boleh naik bosan tengok scene yang sama di shoot banyak kali.

azhar sulaiman in a blue shirt. masa ni scene depan rumah.

kenapa kereta saya dapat berlakon cerita ni walaupun sebagai props tapi tuannya tak ditawarkan sebarang watak sampingan?! kenapaaa?! oh ye, azhar sulaiman ada drive kereta saya siot. *smirk*


pastu kan, nak dijadikan cerita malam yang dorang shoot tu, ada orang kat kawasan rumah main mercun. kebabom kebabom sampai CUT!! banyak kali lah. so dorang terpaksa stop banyak kali. kena tunggu sampai takde bunyi mercun dah. yup, memang macam tu. krew kata kalau bunyi kapal terbang lalu pun dorang kena cut! sebab bunyi masuk dalam audio recording tu, bunyi cicak pun boleh masuk tau uols kalau shoot indoor. oooohhh *angguk kepala*. so, dorang terpaksa hold for half an hour sebab tak dapat shooting. masa tu around 1 a.m. boleh pula dorang pakat pergi beli burger. the whole production team plus the actors join makan depan rumah. haha what a sight.

damn, saya adalah pendek bila berdiri sebelah memey. ohh my saya dah berbaju tidur dah masa ni. dorang baru wrap shooting. the time was 2 a.m.



oh lupa nak beritahu telemovie ni tajuknya 'Ada Apa Dengan Durian' mungkin akan ditayangkan pada bulan Mac di RTM. don't ask me about what's the story is all about, i had no idea. just watch it kalau nak tengok rumah saya. haha. gila glams kau odah! promote sebab rumah and kereta berlakon dalam cerita tu. bukan diri sendiri muahaha ;p






5 comments:

♥CIK SHA♥ said...

wahhhhhhhhhhh..glemer la kete ezan pasni..ki3..

tak sabar nak tunggu cite ni kuar tibi..nak tengok kereta dgn rumah ezan berlakon..wahaha..

~* chirpy_chummy *~ said...

woh, azhar suleman?? aku minatttt gilerrr diaaaaaa!!! ergghh...jelesss. kt ko ezan!

Ezzan Yusop said...

cik sha : kannnn kete je glamer, tuannya tak. kehkeh! ezan pn xsabar nk tgk rumah n kete ezan nnti, cewahh bukan nk tgk pelakon. muahahah!


mar : muahahahaha silalah jeles. ;p dia funny seh, ada je dia buat gila2. very friendly guy. kihkih! nanti aku letak gmbr aku dgn dia ek...motip nk jeleskan ko lg? hahaha ;p

dd dudu said...

canteknyee memey hehe

Ezzan Yusop said...

dd : memang cantik pun noks. :)