Followers

Wednesday, August 8, 2012

quiche ayam, cendawan & bayam robek hatiku eh ah eh ah


amacam? ada ala-ala macam masakan azwan ali tak nama makanan yang aku masak weekend lepas? muahaha. as usual, weekend adalah program ketuk-ketukkkk ramadhan bagi iols. so, kali ini kak joyah ingin mempersembahkan hidangan quiche. apa itewww quiche adik-adik? well, quiche ni bagi yang tak tahu is a bit like a pie without the pastry top. tu dalam bahasa mudahnya. nak lebih spesifik, google la der.

                                                 this is a pie                                                this is a quiche


sebenarnya, minat aku timbul untuk buat quiche ni sebab mak aku pernah buat dulu masa aku duduk keramat which is like 15-16 years ago (haha sekarang dah tua baru nak belajor buat). masa tu rasa...wah sedapnya quiche ni. tu yang terus rasa sedap tu memang tersemat dikolbu. so, since i was possessed with a semangat rajin memasak bulan ni, aku pun google lah resepi quiche ni. satu sifat aku kalau cari resepi, mesti nak cari bahasa melayu punya. aku tak berapa faham resepi kalau dia dalam english. aku mesti wondering apo bondo tu. lagipun resepi melayu selalunya mention nama bahan yang dia guna dan dorang bagi tips. aku ni kalau masak mesti nak ikut betul-betul resepi dan bahan-bahan yang digunakan.

so, okay...here goes the recipe.

Bahan-bahan pastri :
2 cawan tepung gandum
170g mentega sejuk - dipotong kiub
secubit garam
5-6 sudu besar air sejuk (yang ni kalau aku cek dalam buku resepi mat saleh, ada yang buh 3-4 teaspoon je. tapi aku suggest minimal lagi baik. sebabnya aku TERtuang BANYAK air sejuk ni dalam adunan, terus jadi lembik. bila lembik susah nak uli doh tu. terpaksalah aku tambah tepung. siusiusiu~)

Bahan-bahan inti:
6 biji cendawan butang/swiss brown - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dicincang
2 keping dada ayam - dipotong kiub
1 ikat bayam - dipotong kasar
3 biji telur
3/4 cawan sour cream atau boleh guna krim memasak
3/4 cawan susu segar/susu penuh krim UHT
1 cawan cheddar cheese - diparut
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
  1. sediakan pastri. gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk pengadun. masukkan mentega yang telah dipotong kiub ke dalam tepung sehingga campuran mempunyai tekstur kering seperti serbuk roti.
  2. campurkan air sejuk sesudu demi sesudu dan gaul dengan garfu sehingga adunan bersatu membentuk doh. uli doh sikit sahaja dan balut dengan plastik pembungkus makanan. simpan dalam fridge selama 30 minit.
  3. sediakan bahan inti. dalam kuali yang panas, gorengkan hirisan cendawan dengan sedikit minyak sambil membalik-balikkan selama beberapa minit until brown. keluarkan dari kuali.
  4. dalam kuali yang sama, tumiskan bawang besar sehingga lembut, masukkan potongan ayam dan stir until cooked. masukkan bayam dan masak sehingga layu. tambah garam dan lada hitam secukup rasa. sejukkan inti sementara menyediakan kulit pastri quiche.
  5. panaskan oven kepada 220 celcius. sediakan tin tat/quiche berukursan 12 inci. yang ni kalau korang nak buat mini quiche pun boleh dengan menggunakan beberapa tin tat/quiche yang kecil.
  6. keluarkan pastri dari fridge. taburkan permukaan meja kerja dengan sedikit tepung dan juga di atas pastri. canaikan pastri kepada ketebalan 3-5mm menggunakan penggelek. (jangan plak korang buat macam mamak roti canai tu haha)
  7. alihkan kepada tin tat/quiche dan muatkan serta kemaskan ke bucu tin. trim pasti berlebihan.
  8. pukul telur, sour cream/cooking cream, susu, garam dan lada hitam.
  9. ratakan bahan-bahan inti (cendawan, ayam dan bayam) ke dalam kulit quiche tadi. taburkan cheese. tuangkan campuran telur dan krim sehingga memenuhi quiche.
  10. bakar dalam oven  yang bersuhu 220 darjah celcius selama 20 minit, selepas tu turunkan kepada 170 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga quiche masak dan keperangan.
  11. keluarkan dari oven, biarkan sejuk sedikit sebelum mengeluarkan quiche dari tin.

voila!! my version of ze quiche!! :)


senang je kan.....(tapi aku rasa leceh lah gak sebab aku takde penggelek kooo. last-last aku gelek dengan gelas je. tapi takes time lah. gelasnya comel lote. nak canai 12 inci. last-last aku penyekkan sendiri je doh tu dalam bekas quiche)

anyway...fyi, sebenarnya resepi ni namanya Quiche Ayam, Cendawan, Kentang dan Bayam. tapi boleh pulak kan, last minute cek-cek kat dapur, dah habis pulak kentangnye kan. so...tak include lah kentang dalam resepi ni. tapi kalau korang nak juga guna kentang, boleh gunakan 2 biji kentang yang dipotong kiub dan direbus sehingga lembut. pastu masa masukkan inti dalam kulit quiche (step 9) includekan sekali kentang yang dah lembut tu. tapi kalau takde kentang pun ok je. sedap je aku rasa. as usual, mendapat pujian....pernah ke aku tak dapat pujian bila masak? haha.



eh pernah. masa buat kek batik tahun lepas. tak sedap aku buat. hahah! ;)

selamat mencuba....


              

2 comments:

nisa ~ shasha said...

ada lebih x? haha

Ezzan Yusop said...

nisa : habeh dah...hari tu gak habis...u nak order ke? ;p