Followers

Monday, January 11, 2010

15 Tanda Kamu Patut Berhenti Kerja



pagi semalam semasa tengah bersarapan di rumah dd, saya terbaca satu artikel yang menarik dalam majalah dara.com edisi 91 Jan 2010. Bila baca tu tergelak-gelak sebab terkena batang hidung sendiri. tunjuk pada dd point-point yang terkena kepada diri sendiri dalam erti kata lain, yang kami selalu buat. keh keh keh.

inilah dia artikel tersebut...

15 Tanda Kamu Patut Berhenti Kerja
Sebelum mengambil keputusan yang melibatkan masa depan kamu, tanya diri sendiri apakah kamu mengalami situasi ini?
  • Rasa macam nak menangis setiap kali melangkahkan kaki ke pejabat. Kamu sungguh tertekan. (lawaklah point ni! kah kah..)
  • Kamu mempunyai jawatan yang tinggi tetapi gaji kamu tidak setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab yang dipikul. Gaji kamu setaraf pekerja-pekerja junior sahaja.
  • Selama beberapa lama kamu bekerja, kamu tidak henti-henti mengutuk ketua kamu, apatah lagi setelah pulang dari tempat kerja. Ada sahaja yang membuatkan kamu tidak berpuas hati.
  • Apabila ada ahli keluarga atau teman yang menasihati kamu untuk bertukar tempat kerja.
  • Walaupun kamu sentiasa memberikan hasil kerja yang memuaskan hati tetapi ketua kamu sentiasa tidak berpuas hati. Dia sering mengutuk dan membanding tahap mutu kerja kamu lebih teruk berbanding pekerja baru.
  • Kamu telah ditawarkan pekerjaan baru oleh syarikat lain. Pekerjaan ini menawarkan gaji yang lebih tinggi dengan jawatan yang lebih baik.
  • Apabila kamu sendiri sentiasa tidak berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan tidak suka dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.
  • Kamu dengan sengaja atau tidak telah mendatangkan kerugian besar kepada syarikat atas kecuaian kamu.
  • Kamu merasakan sudah tidak selamat lagi untuk terus berada di syarikat itu. Ketua kamu pernah menunjukkan tingkah laku yang meragukan dan memandang kamu dengan pandangan yang mempunyai maksud tertentu.
  • Setiap kali bekerja, mata dan fikiran kamu tidak henti-henti mengira waktu untuk pulang. Setiap saat yang kamu lalui di pejabat sungguh menyeksakan. (OMG. so true. hehe!)
  • Kamu sudah tidak mampu memberikan fokus kepada pekerjaan sehinggakan mutu pekerjaan kamu tidak menentu dan memberikan kesan kepada syarikat. (macam ye. hehe!)
  • Kamu banyak menghabiskan masa melayari internet daripada memikirkan hal kerja yang belum siap. (yang ni memang hakdush sakit terkena hidung sendiri. hehe!)
  • Selain menghabiskan masa melayari internet kamu juga banyak mencuri masa kerja dengan berbual dengan rakan sekerja, masa makan dan solat yang terlalu lama! (my personal favourite ni. kah kah kah!)
  • Sebelum mengambil langkah yang drastik untuk berhenti, sebaik-baiknya kamu menganalisa kemungkinan-kemungkinan yang terjadi atau pun setidak-tidaknya hal-hal yang dapat membuat pekerjaan kamu saat ini menjadi lebih memuaskan bagi diri kamu.
  • Kamu pernah terdengar desas-desus yang mengatakan syarikat tempat kamu bekerja akan muflis. Lebih baik kamu mengambil langkah bijak terlebih dahulu.

(petikan dari majalah dara.com)



so, sesiapa ada tak sama dengan point-point di atas?



5 comments:

Anonymous said...

haa... sama la ezzan.. aritu kite beli dara.com.. suka gila part nih..kehkehkeh ;p

nisa ~ shasha said...

oh seriously ada kat point2 tertentu! haha.. cmne ni? :p

Ezzan Yusop said...

linda : terkena batang hidung sendiri kan. kohkohkoh!

nisa : die kene 8/15 tu baru leh benti keje. kahkahkah!

mun-e said...

hahahaha. sebab tu la kite benti keja cari tempat lain. point yg intenet + borak2 tu sangat tepat! haha

Sayid Hameed said...

ko xckup lg 8 ezzan so ko xleh benti tu..