Followers

Monday, January 11, 2010

tahukah anda?

pernah tak korang tengah-tengah asyik buat kerja tiba-tiba rasa macam nak makan kentang goreng macam fries McD? tak pun tiba-tiba saja rasa macam nak mocha or nak ice lemon tea lah? pernah tak pernah tak? kalau pernah kan, itu adalah sesuatu petanda. mengikut penjelasan dalam majalah dara.com (ye, asyik-asyik majalah tu dah itu aja majalah yang ada dalam office ini selain buku komik sinchan and doraemon. kehkeh!) situasi itu memberikan isyarat kepada keperluan sebenar tubuh kamu.

kalau kamu tiba-tiba teringin makan :

roti burger, kentang goreng dan makanan segera yang lain - itu maksudnya tubuh kita memerlukan garam. kalau kita bersenam, tertekan atau kerja dalam bilik air-cond badan sebenarnya mengalami kekurangan garam. untuk itu, fikiran kita secara automatik beralih kepada makanan segera yang dah tentunya memang mempunyai kandungan garam yang tinggi.


minuman berkafein - tandanya tubuh kita memerlukan zat besi. for the ladies, kamu akan hilang banyak zat besi during your period. jika tidak menggantikannya, kamu akan jadi letih kerana zat besi berfungsi menyalurkan oksigen di seluruh tubuh. jadi jika kamu perlukan kopi ia adalah untuk menyegarkan mata. tetapi bila kafein hilang, kamu akan kembali letih. (oh, now i know why kenapa masa period saya selalu memberontak mahu air ice lemon tea and coffee sampai sanggup berjalan jauh. kehkeh!)


coklat - tandanya tubuh kita memerlukan magnesium. magnesium membantu sistem metabolik tubuh dalam memberikan tenaga. apabila kita penat, coklat sangat menyelerakan dan ia mengandungi magnesium.



roti - tubuh kamu memerlukan protein. tubuh yang mempunyai metabolisme yang tinggi akan membakar makanan dengan kadar yang cepat. sebaliknya, karbohidrat pula bertambah. oleh itu kamu akan cepat berasa lapar. protein memang lambat untuk hadam, jadi kamu akan merasa kenyang lebih lama. (oh, no wonder artis hollywood selalu ambil protein shake during their breakfast!)

(petikan dari majalah dara.com Edisi 91 Januari 2010)



8 comments:

cr3ap said...

Never knew that. Nice infoes though. Thanks for sharing it.

Regards from cr3ap
http://cr3ap85.blogspot.com/

Ezzan Yusop said...

cr3ap : you're very welcome :)

mun-e said...

patut la kite teringin nasi goreng ikan masin tadi! keh keh. terus drive p pasar malam dan beli dan telah makan secare lahapnya.

wahaha ;p

rosealley said...

patutla ezzan nak ice lemon tea ari tu...heheee, good info btw, thanx!

nisa ~ shasha said...

skang nisa tau da majalah febret ezzan! hahaha

PsyRa said...

kalo teringin makan miso supp? lapar gila miso suppppppp!!!!!!

mun-e said...

hari ni kite tingin nak makan roti plak. hoho

zieda said...

good info...time kasih duta dara.com..hehex :)