Followers

Thursday, August 9, 2012

comellah boss saya ni


isnin lepas, aku ke Kota Kinabalu untuk attend meeting. yes, meeting je pun. bukan kena pergi kursus kat sana ke apa. flight pergi pukul 9.20 pagi, meeting pukul 2.30 petang dan flight balik pukul 6.50 petang pada hari yang sama. yup, aku balik hari okesss. dah macam business woman dah. cuma takde private jet je. cewah.

sampai KK dalam pukul 11.30 macam tu. bila aku kat KK kan, baru aku rasa best giler boss aku ni. motip boss aku yang ajak pergi pasar ikan, pasar Philippine dan pasar kering? "saya nak cari ikan bawal lah!" statement yang keluar dari mulutnya. comelkan boss aku ni. heheh. oh ye, boss saya lelaki ok. dia stock ayah-ayah. satu yang tak tahan, bila dia suruh aku..."ezzan, you tolong pilihkan brooch untuk isteri saya? sekarang trend macam mana?" wah gituuuu....curlass kau jah. jadi brooch consultant plaks kan. "you beli tak butang baju melayu untuk boyfriend?" wah wah wah boss aku ni nak bergosip lak. masa ni aku dah habis gelak dah. hehe. terasa macam bersembang dengan ayah je. bila aku balas "takde!" dia kata "takkan tak beli untuk boyfriend...." pastu bila aku balas..."bukan takde tak beli tuan haji, takde tu maksudnye takde boyfriend" pastu kitorang gelak sesama. haha. yang memborongnya dia, aku tak beli banyak mana pun. lagipun adik aku pun baru balik dari sabah bulan julai hari tu. boleh pulak dia cakap "apa laa ezzan, datang KK tak shopping banyak.." aku lak balas "...saya tak plan pun nak jalan, so duit yang bawak pun tak banyak..." ;)



pastu petang tu, lepas dah habis meeting masa kat airport, boleh pulak boss aku ni stop kat kedai diamond. wahdushhhhhh dahsyat nooo. aku tak pernah lah nak stop kat kedai emas kalau jalan sengsorang. dia terus masuk kedai diamond tu bila nampak sign SALE 50%-70%. ingatkan nak beli untuk wife dia ke kan, sekali tu dia cari cincin untuk dia. tak ke comel boss aku ni? aku terhibur sangat. haha. aku pun apa lagi kan, duk try lah segala cincin yang ada kat dalam kedai tu. tapi serius, memang aku rasa murah. cincin yang regenya rm1k jadi rm500 je. dah lah blue sapphire diamond laks tu. style dia macam design cincin kate middleton lagi. boss aku plak siap cakap "...xmo ambik satu ke ezzan?" gulp. nak ambik satu? aku bawak duit rm100 je. rm60 dah habis kat pasar dah tadi. ada ke cincin diamond 40 hengget? "...saya tak mampu nak beli cincin macam ni tuan haji, saya mampu stok-stok cincin kat pasar tadi je..." gelak lah lagi weols.

anyway, flight aku pukul 6.50 kan. KK lak buka puasanya 6.33. tapi 6.30 kitorang dah kena board the flight. aku bawak masuk air je and some cookies je dalam beg. pastu masa kat pintu masuk tu, aku nampak orang lain ada yang bawak masuk dunkin donuts lah, marry brown lah. aku lak macam terkesima. boleh ke bawak masuk flight semua tu? sekali rupa-rupanya boleh. aaahhh kalau aku tau aku dah beli dah burger tadi. sebab dinner is served dalam pukul 7.45 masa tu. waaah belapar lah i. lagi-lagi, ada bad weather right after take-off tu so they couldn't served the food sooner. berkoroncong untuk ana lah perut aku ni. tapi ni kira first time lah aku berbuka dalam flight. selalunya orang berbuka dalam kereta kan. aku berbuka dalam flight. hehe.

my iftar. chicken briyani. yg paling sedap adalah kitkat iteww



2 comments:

dd dudu said...

haha comel comelll

Ezzan Yusop said...

dd : kansss....byk betul gelak dgn gelagat dia. ade skali tu, dia mcm nak sajes smthing tau pastu ezzan gurau2 ckp..."tuan haji nak ajar buat jahat lettewww..." sambil ketawa...

selambakodok i noks...heheh