Followers
Sunday, January 31, 2010
this is what i called stupidity
Thursday, January 28, 2010
Kitab Suci Allah
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : ‘Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’
*Dipetik dari blog PakarHowTo.
it's a common thing kan sekarang ni senaskhah Al-Quran dijadikan hantaran ketika berkahwin mahupun bertunang. dah macam trend yang mesti ada dalam setiap perkahwinan. tadi saya baca satu kisah yang menarik dan boleh dijadikan iktibar di blog PakarHowTo berkenaan dengan Al-Quran yang dijadikan hantaran. for those who are getting married or getting engaged i really advice you to read this article because i am sure that you're gonna learn something from it.
have fun reading! =)
mandul
sekadar informasi untuk dikongsi bersama...
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
love this show
Sunday, January 24, 2010
maggots oh maggots
Thursday, January 21, 2010
P.S. I Love You
WHO????
...
...
...
But as time passes us by, we grew closer. saya selalu pinjam phone dia untuk snap gambar sebab gambar kat phone saya tak berapa nak cantek maklumlah handphone mahal haha. saya juga selalu sangat mengadu masalah kat dia. teringat masa bengang kena buat documentation and ngadu nangis-nangis takmo buat correspondence module (aku ni asyik takmo je buat kerja. haha) semua ngadu kat dia. kira dia macam counselor yang dengar masalah tapi tangan dia duk taip coding (coding ke blog cik kak oi hahaha). Dan saya juga selalu mendengar masalah dia and selalu tengok dia nangis and tengok dia menggelupur bila lapar and dia tidur bawah meja dengan gaya kuak lentanglah bagai and dahi berkerut buat coding and dengar dia nyanyi yang kadang-kadang (ke selalu? ;p) pitching lari and main baling-baling roket kertas and selalu buat imbasan masa menari kat sukom dalam surau and bergayut telefon dengan pakwe sampai goyang-goyang kaki (jangan tak ngaku I’ve got prove baby *wink wink*) and selalu tergelak bila solat sebab ada orang buat lawak and banyak lagilah sampai tak tertaip I noks.
Ha...satu lagi budak ni teramatlah suka makan sup especially sup kentang yang super pedas terangkat wa cakap lu. sampai saya pun dah terikut-ikut suka sup siap pesan kat mak dia buat satu lagi bekalan lagi sup. siap offer nak bayar noks tapi sampai sekarang i tak bayar-bayar macam mana kah? :p
Pastukan ada saja yang boleh buat saya gelak kalau bercakap dengan dia. kalau saya tengah marah ke or tengah tension mesti nak berborak dengan dia. sebab nanti akan keluarlah ayat-ayat sengal dari dia. haha. Betapa rapatnya kami sampai I sanggup tolak tawaran kerja di company lain semata-mata takmo berenggang dengan dia si sahabat baik (ehem ehem tak reti ke nak buat the same thing cik adik oii :p). kawan-kawan seuniversiti dia and pakwe dia pun saya dah kenal. famili dia pun dah kenal siap buat sleep over twice lagi.
Saya jarang marah kat dia. Sebab tak boleh marah. Nanti tengok muka dia yang cuak buat nak tergelak. Hehe. Tapi ada sekali je sentap dengan kamu sampai tak boleh nak cakap pandang muka and rasa macam tak nak bercakap dengan kamu. Bila? When you told me that you love me….eh eh tersasar pula hoho…when you told me that you’re leaving us. Masa tu marah yang sampai terdiam and malas nak cakap dengan kamu. Tahukah kamu? ;p
Ye, akhirnya...dia akan meninggalkan kami di OAS ini. sungguh tak sangka. i thought we're going to fight it till the end because we are the champions of the world wah siap masuk lirik lagu We Are The Champions gitu. kahkah! tapi tak sangka, you're leaving first padahal saya yang selalu mengeluh nak berhenti kerja setiap kali tak dapat settle problem Calendar module. hehe.
~ dulu semasa muka masih berseri tanpa garisan dan kedut kedut stress ~
~ sekarang sudah dibelenggu stress dan dimamah usia kahkah! ~
P.S. I Love You To Death!
(kheri jangan nak jealous ok ;p)
.XOXO.
Thursday, January 14, 2010
Blue People a.k.a The Na'vi
bila my sister datang suddenly idea hebat (cewah!) terus menjelma...
"Dik, cuba kau tanya kaunter lain Avatar full ke tak?"
and she went. to our surprise cinema for Avatar masih ada kosong lagi a few seats. punyalah hangin kak tipah oiiiiii apasal budak perempuan tu cakap takde. at least dia cakap lah tak release lagi ke orang yang booked online. ni tak terus dia kata Avatar dah penuh. shitto betul.
so, instead of watching The Imaginarium of Doctor Parnassus kami pun akhirnya membeli tiket untuk cerita AVATAR. kira tiket Doctor Parnassus burn begitu saja. oh sungguh membazir. there goes my RM12.
nasib baik yang Avatar punya tiket ni guna duit my sister. huhu. rasa macam ada sikit penyesalan gatal sangat mulut nak tanya kat kaunter hehe tapi you know what? i think it was worth it! so totally worth it! the best decision made walaweh. AVATAR was something i've never ever seen before. the graphics and effects. so out of this world. pandora sungguhlah teramatlah cantik, really breathtaking. geez, james cameron is a genius lah. this is i think his best movie so far! (fyi, saya TIDAK pernah menonton Titanic, terukkan i. hehe)
anyway, i know a lot people dah review pasal filem ni so saya takkan bazirkan masa dengan buat review. kehkeh. cuma bila tengok filem ni saya rasa over noks. bila dia terbang saya pun rasa macam nak terbang. bila diorang lawan orang jahat, saya pun nak ikut lawan. huish, sungguh terbawa-bawa. hikhik!
so, if you haven't watch it macam saya ni lambat bebenor tengok please please silalah tengok. anda akan terlopong dan ternganga melihat scenery dia. lebih hebatlah dari effects 2012. ;)
Monday, January 11, 2010
tahukah anda?
kalau kamu tiba-tiba teringin makan :
roti burger, kentang goreng dan makanan segera yang lain - itu maksudnya tubuh kita memerlukan garam. kalau kita bersenam, tertekan atau kerja dalam bilik air-cond badan sebenarnya mengalami kekurangan garam. untuk itu, fikiran kita secara automatik beralih kepada makanan segera yang dah tentunya memang mempunyai kandungan garam yang tinggi.
minuman berkafein - tandanya tubuh kita memerlukan zat besi. for the ladies, kamu akan hilang banyak zat besi during your period. jika tidak menggantikannya, kamu akan jadi letih kerana zat besi berfungsi menyalurkan oksigen di seluruh tubuh. jadi jika kamu perlukan kopi ia adalah untuk menyegarkan mata. tetapi bila kafein hilang, kamu akan kembali letih. (oh, now i know why kenapa masa period saya selalu memberontak mahu air ice lemon tea and coffee sampai sanggup berjalan jauh. kehkeh!)
coklat - tandanya tubuh kita memerlukan magnesium. magnesium membantu sistem metabolik tubuh dalam memberikan tenaga. apabila kita penat, coklat sangat menyelerakan dan ia mengandungi magnesium.
roti - tubuh kamu memerlukan protein. tubuh yang mempunyai metabolisme yang tinggi akan membakar makanan dengan kadar yang cepat. sebaliknya, karbohidrat pula bertambah. oleh itu kamu akan cepat berasa lapar. protein memang lambat untuk hadam, jadi kamu akan merasa kenyang lebih lama. (oh, no wonder artis hollywood selalu ambil protein shake during their breakfast!)
15 Tanda Kamu Patut Berhenti Kerja
- Rasa macam nak menangis setiap kali melangkahkan kaki ke pejabat. Kamu sungguh tertekan. (lawaklah point ni! kah kah..)
- Kamu mempunyai jawatan yang tinggi tetapi gaji kamu tidak setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab yang dipikul. Gaji kamu setaraf pekerja-pekerja junior sahaja.
- Selama beberapa lama kamu bekerja, kamu tidak henti-henti mengutuk ketua kamu, apatah lagi setelah pulang dari tempat kerja. Ada sahaja yang membuatkan kamu tidak berpuas hati.
- Apabila ada ahli keluarga atau teman yang menasihati kamu untuk bertukar tempat kerja.
- Walaupun kamu sentiasa memberikan hasil kerja yang memuaskan hati tetapi ketua kamu sentiasa tidak berpuas hati. Dia sering mengutuk dan membanding tahap mutu kerja kamu lebih teruk berbanding pekerja baru.
- Kamu telah ditawarkan pekerjaan baru oleh syarikat lain. Pekerjaan ini menawarkan gaji yang lebih tinggi dengan jawatan yang lebih baik.
- Apabila kamu sendiri sentiasa tidak berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan tidak suka dengan pekerjaan yang sedang dilakukan.
- Kamu dengan sengaja atau tidak telah mendatangkan kerugian besar kepada syarikat atas kecuaian kamu.
- Kamu merasakan sudah tidak selamat lagi untuk terus berada di syarikat itu. Ketua kamu pernah menunjukkan tingkah laku yang meragukan dan memandang kamu dengan pandangan yang mempunyai maksud tertentu.
- Setiap kali bekerja, mata dan fikiran kamu tidak henti-henti mengira waktu untuk pulang. Setiap saat yang kamu lalui di pejabat sungguh menyeksakan. (OMG. so true. hehe!)
- Kamu sudah tidak mampu memberikan fokus kepada pekerjaan sehinggakan mutu pekerjaan kamu tidak menentu dan memberikan kesan kepada syarikat. (macam ye. hehe!)
- Kamu banyak menghabiskan masa melayari internet daripada memikirkan hal kerja yang belum siap. (yang ni memang hakdush sakit terkena hidung sendiri. hehe!)
- Selain menghabiskan masa melayari internet kamu juga banyak mencuri masa kerja dengan berbual dengan rakan sekerja, masa makan dan solat yang terlalu lama! (my personal favourite ni. kah kah kah!)
- Sebelum mengambil langkah yang drastik untuk berhenti, sebaik-baiknya kamu menganalisa kemungkinan-kemungkinan yang terjadi atau pun setidak-tidaknya hal-hal yang dapat membuat pekerjaan kamu saat ini menjadi lebih memuaskan bagi diri kamu.
- Kamu pernah terdengar desas-desus yang mengatakan syarikat tempat kamu bekerja akan muflis. Lebih baik kamu mengambil langkah bijak terlebih dahulu.
(petikan dari majalah dara.com)
so, sesiapa ada tak sama dengan point-point di atas?
who should have won?
Tuesday, January 5, 2010
malunya
tahu tak betapa malunya perasaan saya apabila telah duduk di tempat yang dicop orang lain di kedai makan tapi saya tidak tahu tempat itu telah dicop kerana ada 2 biji pisang sahaja atas meja tu macam setengah kedai yang letak buah-buah kat setiap meja dan saya telah makan sebiji pisang itu dan orang yang cop tu datang ke tempat dia tadi dan bertanya kan kepada saya..
gullppppppppp!!!!!! mengambil masa sedikit lama untuk memberi reaksi...
"akakkkkkkkkkk sorryyyyyyyyyyyy saya tak tahu pun ni tempat akakkkkk!!!! saya dah termakan dah pisang tu ingatkan tuan kedai ni memang letak kat setiap meja" oh rasa ingin menyorokkan muka di bawah meja. lalu saya pun berjalan keluar bukan kerana malu tapi kerana ingin menggantikan balik pisang yang telah dimakan.
saya berkata : "sorry sangat tau kak...serius saya tak tahu" sambil menghulurkan pisang yang saya gantikan tadi pada dia.
akak tu kata : "eh takpe takpe akak tak kesah pun. tapi tadi pisang tu akak tak bayar lagi."
saya balas : "takpe saya pun belum bayar lagi yang ni."
akak tu senyum dan beliau pun berlalu untuk membayar makanannya. dan lepas tu dia stop kat tempat kami dan berkata sesuatu tiba-tiba yang membuatkan saya terlebih malu dan terasa sedikit syahdu..."akak dah bayarkan pisang tadi, you makan je lah tau!"
Sunday, January 3, 2010
holiday trip
can be read at my sister's blog! haha. malaslah nak tulis panjang. dah alang-alang dia dah tulis panjang tu bacalah kat sana yuk. ada gambar sekali.