Followers

Thursday, June 25, 2009

soalan temuduga F41

Inilah soalan-soalan yang ditanya pada saya yang tak tahu nak jawab macam mana sebab tak prepare and tak berharap langsung. Pergi sebab nak tunjuk muka and memenuhi kehendak mak ayah and at the same time, saja nak ambil mood interview. Al-maklumlah dah lama gila tak pergi interview. Nervous sampai rasa nak terkucil ku tahan jebat. Hehe! Lagipun, kontrak saya dah nak habis. Jadi ni kira warming up la. Anyway, seriously saya memang tak akan dapat lah jawatan ini. Sebab saya boleh tergelak masa menjawab soalan, siap kena tegur.."You kena argue dengan I". Masalahnya puan, saya tiada mood ok nak argue-argue ni. Bila berpuasa ni kena jaga tutur kata. Cewah! Saya siap tergaru-garu kaki masa interview tu pastu tergelak sendiri sebab macam ummu hari tu, saya terbayang dd cakap.."ezzan, buat apa tu?" bahahha...Pastu penemuduga tu boleh siap geleng kepala sambil tersenyum bila tengok saya macam keep repeating the same thing over and over again. Hihi.



- How do you manage changes?
(Yang ni tak jawab sebab seriously cannot think masa ni. hukhuk!)

- Apa purpose you pergi India? Nak habiskan duit? Kalau nak kata experience tu, within 2 months I don't think you can learn much.
(Yang ni pun aku asyik cakap nak experience. Dalam hati berdetik "Suka hatilah nak pergi India ke apa ke!!!")

- Apa standard yang digunakan in your current project that you're working on now?
(Entah. Terlupa)

- How do you built trust especially dalam projek you yang banyak secrecy data yang public tak boleh tahu? Do you believe yang boleh berlaku penyelewengan? You pernah experience penyelewengan tak?
(Yang ni jawab lah tak pernah. Macam mana nak build trust tu, korang pergilah tanya Nabil. haha. curi ayat en L.)

- Bagaimana you tahan diri dari bertindak mengikut perasaan? How can you be trusted?
(Yang ni saya jawab perlunya seseorang untuk mengawasi and to remind you all the time. Cewah. Macam jawab soalan Miss World contest saja. bahaha!)

- Kenapa nak kerja gomen?
(Soalan cliche ni)

- Apa yang boleh you contribute to the government?
(Sikap dan kerajinan terlebih saya. Rajin inda. Oh tidak, rajin inda tu saya tak cakaplah. hoho)

- Terangkan pasal SDLC.
Fasa mana yang penting dalam menentukan samada sistem yang dibina menepati kehendak pelanggan?
(Yang ini saya cakap dengan penuh gaya tapi isi kosong.)

- Apa yang perlu diambil kira kalau nak beli PC?
(Yang ni saja reti jawab. Hokhok!)

- Macam mana nak decide sama ada nak guna centralized database or distributed database?
(Yang ni asyik cakap depends depends depends. Haha!)

- Saya nak build satu sistem ni. Tapi nak kongsi network dengan sistem yang dah ada. Boleh ke tidak?
(Yang ni saya macam tak pasti. Haha. Saya rasa macam boleh tapi depends (depends lagi) pada proses apa yang terlibat. Kalau sistem tu jenis banyak proses, mungkin akan menyebabkan kelambatan sistem suatu lagi) ~ Yang ni ahli tu tegur, asyik mungkin je. Kenalah konfiden. Ha amik kau! Hohoh...



Keluar dari bilik interview, dalam hatiku bernyanyi...."yes! confirm fail"
bahaha!






5 comments:

zieda said...

hahahha...ezzan...soklan die susah la plak ea?
memg tu ke soklan die?
ish ish ish..kene study juga....:D

Ezzan Yusop said...

zida : sgtla susah. kalau tau susah cmni, i x study noks. hohoho! lgpn, sbenanye x ready lg nak keje gomen...

rosealley said...

susah susah, xsukeee intebiu f41, huhu

Hally said...

heheh..
ezzan awat tak bgtau hang ada interview F41? at least leh aku tlg..

soalan bernombor 6-8 aku dah ada jawapannye..

maklumlah aku dpt byk soalan bocor..

heee

Ezzan Yusop said...

kak maizon : tu la kan...ezan pn sgguh x suka. hukhuk! sesak napas den nak pikir lagi.


hally : apa jawapan die beb? aku nk tau gak...heheh!