Followers

Friday, November 13, 2009

Bandung - Day Three

*maaf lambat update. saya tahu pembaca-pembaca blog saya yang tak sabar nak tahu kesinambungan telenovela ini (bak kata jasman). kenapa telenovela? sebab setiap hari ada episod. jasman kata nasib baik tak pergi bandung selama sebulan, kalau tidak dah jadi macam cerita Oshin. LOL! lawak-lawak...sesungguhnya saya kekeringan idea untuk menulis. amat perlukan ilham. cewah ingat dah habis penulis skrip terhebat lah tu. wakakah! oleh itu, entry ini agak PANJANG kerana banyak sangat gambar yang very the i like gitu. ;p




Oleh sebab kami sudah sebulat suara untuk tidak melawat ke Tangkuban Perahu (oh, sedih tak dapat pergi sini) dan Strawberry Farm, yang ni saya tak berapa sedih sangat tak dapat pergi sebab harga nak masuk sini Jeffrey kata Rp. 100 000 bersamaan 36 hinggit mak oi setakat nak petik strawberry nanti saya petik kat Tesco. hoho. Jadi, kami pun pergilah ke Hot Spring Sari Ater (Ciater). Lama juga perjalanan dari Kota Bandung nak ke Ciater ni sebab Ciatre ni terletak di luar Bandung. Memang seberang sempadan lah. Ciater ni di Subang (wah, sekejap je sudah rasa kat Malaysia sebab dah kat Subang. oh ok not funny).

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Mood masa ni seronok bangat sih sampai rasa enggak mahu tidur nak tengok pemandangan alam. Banyak lalu ladang teh nak ke hot spring ni. Memang menjamu mata betul noks.





Di Ciater ni kami hanyalah bergambar dan merendam kaki dalam kolam air panas. Mula-mula sampai kitorang jalan sekitar situ dulu sebab kang kalau rendam kaki dulu for sure dah tak jalan dah kan kan kan. hikhik. so, kitorang pun tawaf lah kawasan tu. kesimpulan dia biasa saja tempat ni. hoh, kejam gila statement! tapi that's the fact lah kan.










macam yang saya cakap tadi, kami lebih banyak camwhoring kat sini dari snap scenery. lalu saksikanlah aksi 6 pengembara yang tertinggal pesawat semasa berlepas dan gila bershopping dalam gambar-gambar di bawah. hikhik. (amaran : aksi ini mungkin membuatkan anda muntah hijau. sila sediakan beg kertas berdekatan dengan anda. hahah!)




tabik...tabik hormat!



Anyway, selepas bergambar lebih di Ciater, perut pun sudah berbunyi krok krok krok minta diisi. dd dah request nak lunch di restoran yang tepi kolam yang nak panggil waiter kena ketuk beduk. lalu si Jeffrey pun bawalah kami ke SapuLidi Restaurant yang OMG.SUNGGUH.CANTIK pemandangannya i tell you. rasanya orang ke sini mesti sebab nak tengok landskap yang sungguh tenang dan mendamaikan ini. memang lain dari yang lain. kan best kalau kat Malaysia ada juga tempat macam ni (ke dah ada, saya saja yang tak tahu. hmm). sini tempat makan disediakan bawah gazebo. setiap gazebo tu ada pula nama-nama dia. nama gazebo kami Nandutan eh eh ke Nanditan eh apa ek kheri ni mesti kau ingat apa nama dia silalah beritahu. hoho. ok, berbalik ke cerita saya tadi kat sini pelayan dia pakai kebaya lace uols sungguh elegan dah boleh jadi baju bertunang dah. hikhik.






gaya paparazzi terlampau sampai panjat-panjat dan dicelah semak.
oh, sungguh rasa seperti selebriti. kuikuikui!






booo!! ni bukan paparazzi. hahah :))






kat sini macam-macam nama minuman yang pelik.
cuba tengok menu ni :


wah, ramuan nenek sihir gitu. dalam erti kata lain float macam A&W tu. oh ye, Sapulidi Punch tu kitorang tukar nama jadi Antibiotik Punch sebab rasa dia macam korang telan sebotol ubat antibiotik. hahaha.



inilah makanan yang telah diorder. all in all, the scenery is super amazing, the food is however pretty much the same. takdelah sedap gila-gila or maybe kitorang salah order kot (prefer lagi kat food court Pasar Baru). hehe.



abaikan muka model-model itu. siusiusiu~



gambar cover album depan restoran. sungguh cun.
terima kaseh kat jeffrey sebab ambil gambar chantek.



Lepas makan kami kembali ke kota Bandung untuk singgah di Pasar Baru once again untuk mencari barang-barang yang dikirim orang yang tidak sempat dibeli semalam. sekali tu noks, saya TERbeli lagi tudung sebab terpengaruh dengan ros, pengaruh rakan tak sebaya. haha. then, we headed on to Amanda Brownies untuk membeli brownies lah kan takkan beli tudung kot haha. masa on the way tu kan, kami pun bersembang lah tiba-tiba ada yang tanya kat Jeffrey (tak ingat siapa yang tanya)...

"Masa kamu mula-mula tegur kami di airport tu, macam mana kamu boleh kenal ya? Muka kami ni nampak sangat orang Malaysia ke?"

"Saya lihat kamu berenam jadi terus saya tanya..." jawab si Jeff, wah Jeff gitu nama glamour. hohoho.


"Masa kitorang sampai terus cari orang pegang sign 'Ezzan Cheras' tapi tak nampak pula. Tercari-cari gak kami, " saya berkata.


"Saya ada bawa yang ini tapi enggak sempat guna..." jeff pun mengeluarkan sesuatu dari dashboard kereta.


Taraaa....




Ala jeffrey, kenapa tak keluarkan kalau tak dah boleh ambil gambar masa kat airport hari tu dan boleh jadi famous sebentar...dialog ini bukan berlaku dalam hati, memang saya berkata dengan kuat penuh kekesalan. aisshhh...tapi sebelum tu saya sempat memberitahunya...

"Nama ayah saya bukan Cheras tau, nama ayah saya Yusop!
Cheras tu cuma tempat tinggal saya di Malaysia!"
hahaha tetap nak beritahu gak tu ;p



Anyway, dalam duk bersembang tu sampailah juga kami ke Amanda Brownies. famous juga brownies sini and the taste was quite good. banyak juga saya borong, adalah dalam lebih kurang 4 kotak. 1 untuk diri sendiri, 2 untuk orang pejabat and 1 lagi untuk sesiapalah yang saya terasa nak beri. hehe.





Then, kami habiskan masa dengan pergi ke Factory Outlet yang berderet kat tepi jalan ni. Baju semua cun-cun. Di satu kedai ni saya dah fell in love dah. macam mana tu? hoho. fell in love with Jimmy Choo's black clutch. harganya Rp 700 000 bersamaan dengan RM200 lebih lah. aiyoooo ni yang susah ni bila dah berkenan, serius kena datang balik Bandung next year. haha. alasan yang teramat munasabah. ;p


moving on, we had our dinner at an Italian Restaurant yang teramaattttlah murah wahai geng. kenapa kami pilih Italian? sebab sudah bosan makan nasi. mula-mula Jeffrey suggest kita pergi ke Chinese Restaurant yang halal but ros tak makan chinese sangat. so pusing punya pusing sekali tu ternampak restoran itali ini. kami semua order ala-ala western macam ros dan saya pilih spaghetti cabonara kecuali Jeffrey yang order nasi goreng tuna. alahai, mungkin selera kami berbeda-beda ya (wah, slang indonesia gitu ;p)


pizza yang sedap dan murah as the starter.
memang berbaloi.



After that, we went straight back to the hotel even though we all thought that we're gonna stopped by at this Pasar Minggu untuk membeli souvenir tapi kenapa tah tiada siapa yang bersuara lalu Jeffrey pun drive ke hotel. saya rasa mungkin dia penat kot ye lah esoknya pula nak kena bangun pagi nak hantar kami ke airport untuk pulang ke kampung halaman. cewah.

Sampai di hotel lebih kurang pukul 11 malam waktu Indonesia, kami terus packing barang siap-siap sebelum berbaring. Oh lupa nak beritahu, flight balik kami pada pukul 6.10 PAGI ye harap maklum. itu yang nak settlekan semua takut terlambat lah pula nanti sebab nak bangun pukul 2.30 pagi. saya sudah bercadang untuk tidak tidur kerana dikhuatiri tidak terjaga pula. kang termissed lagi flight kang mana ada duit nak beli tiket uols, tak pasal-pasal nanti korang kena kutip derma amal untuk bawa saya balik malaysia. hahah. lepas saya dah selesai semua, mereka yang lain tidur saya sahaja yang berjaga menonton cerita Tomb Raider...



Nantikan episod akhir telenovela 'Hatiku Tertinggal Di Bandung'...



6 comments:

Rose Closet....Heavenly Fashion said...

nak jugak cakap rakan xsebaya tu, paaaangg, i like that jimmy choo clutch too!!rase cam nak suh izwan beli untuk hantaran, heeee-ros

Ezzan Yusop said...

ros : woahhh...i kene berebut dgn u la ni mcm u berebut tudung dgn lina...hahahah!

dd dudu said...

lepas tu idzuan cakap
"dahsyat giler diorang"

;p hik

Jasman Hazly said...

Haaaaaaaaaa..macam ni la PENULIS telenovela...banyak yg merapu-merapu...bagus...lagi panjang dgn gambaq...lagi best....TAHNIAH sbb berjaya menjiwai watak PENULIS...hahaha :p

p/s: woahhh...femes aku sekejap kat blog ko...hahaha...hai semua...saya la jasman tu..hahaha

IMCurtain said...

Jelesnya ade orang pegi Bandung!

IMCurtain.com

Ezzan Yusop said...

dd : bukan idzuan je, jeffrey yg tgk pn geleng kepala. wakakah!


jasman : aku boleh menang penulis skrip terbaik x utk anugerah skrin nnti? muahahahah ;))


IMCurtain : jeles? pergi je la bandung...siusiusiu~