Followers

Wednesday, November 11, 2009

Bandung - Day Two

Yeah hari kedua sudah bermula. Sebelum tidur malam tu plan nak pergi merayap sekitar hotel pagi nanti lepas subuh sebab kat area situ ada Heritage, Cascade dan Jonas Photo. saya excited sangat nak pergi Jonas Photo (bukan Jonas Brothers ye) sebab diorang kata kamera kat sana murah dan frame gambar yang dijual unik, cantik, menarik kau memang da' bomb macam tulah. haha. tapi kan tapi kan lepas subuh tiba-tiba badan ni automatik kembali baring dan tanganku menarik selimut. sambung tidur. hoh, hangat-hangat tahi unta. last-last yang pergi pagi tu dd je pergi ngedate dengan kuku. hikhik kantoikan mereka. saya, ros dan lina semua kroh kroh kroh...


Long story short lepas bangun, mandi, bersiap, bermekap, bercamwhoring depan cermin besar sebelah bilik oh ok ok people dah get it tak payah cakap panjang lebar haha...kami turun breakfast dulu. pihak hotel menyediakan nasi goreng bersama dengan keropok dan juga ada bihun goreng. ingatkan dah lambat kami makan dengan gopoh gapah sebab takut kang buat jeffrey tertunggu-tunggu pula tapi sebenarnya takpun. huhu. oklah, dalam pukul 9.30 kami gerak ke Pasar Baru yang teramat famous di Bandung ni.


antara pemandangan yang 'common' di sana



dalam perjalanan terjumpa peminta sedekah ni. budak lagi. memang dia buat muka kasihan betullah. jeffrey cakap kadang-kadang diorang ni ada sindiket. mereka disuruh berlakon untuk meminta sedekah.



Situasi di Pasar Baru :
Makkkkkkkkk aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii punyalah seronok i shopping sampai tiada gambar yang sempat snap di sana disebabkan mata i dah terbayang tanda $$ Ka Ching!!. haha. kat sini confirm korang akan sesat dan mata juling sebab terlalu banyak benda yang dijual. selepas 3, 4 kedai sahaja saya sudah pening sebab tak tahu nak beli yang mana satu. pergi kedai ni cantik, pergi kedai situ ada juga yang cantik. aishhh pening mak. ha, lagi satu kalau korang dah berkenan dengan sesuatu tu kan baik korang ambil saja tak payah lah nak fikir nak survey sampai habis satu mall tu ke apa ke sebab confirmlah korang takkan pergi or ingat balik kedai tadi. trust me on this. i missed out buying a sunglass sebab fikir mesti ada lagi yang cun. sekali tu noks, bila dah jalan dah tak ingat level mana kedai sunglass tadi tu. memang zapin nyesal tak sudah lah saya. hoho.




hah, belek kain-kain tu kak tipah oiii...


saya beli : telekung, kain cotton 2, kain baju kurung sulam 1, uncountable tudungssss.

saya belikan untuk mereka yang kirim-kirim ni : telekung, kain cotton biru, kebaya sulam indonesia, kain pelikat, tudung nikah untuk megat, kain baju pasang untuk ummu, tasbih untuk door gift si budak nakal hah amik kau untuk orang lain banyak gila. haha.

anyway, for lunch we ate at the food court level atas sekali di Pasar Baru juga. WOW! The food are super marvellous i tell you people. sedap sesangat sampai bertambah-tambah kami makan sebab nak tambah energy untuk sambung shopping. ceh, macam Restaurant City pula 'No Energy, Need Food' wakakah! oh ye, Pasar Baru ini ada 7 tingkat dan kami habiskan masa selama 7 jam di sana. hah, you do the math. tak ke 1 level kami jalan selama 1 jam. itu pun sebenarnya kami tak habis pun 7-7 level tu. mana tak gilo kami jutawan di sana shopping. huhu.


pemandangan kota bandung yang diambil dari tingkat atas pasar baru


Oleh sebab adik saya sudah pesan supaya membeli skinny jeans disana, selepas di Pasar Baru kami pun singgah di Toko Tiga yang famous dengan C.O.L yang bermaksud Cheap Original Levi's. wah, gitu! eh eh tapi betul ke original? nampak macam ori tapi tak tahulah teman. huhu. one thing i realized here is that most of their teens wore skinny jeans or legging. mereka sangat bergaya okay. lebih bergaya dari orang Malaysia. merata orang pakai skinny jeans baik yang remaja mahupun yang dah tua. cuma yang dah tua tu takdelah pakai jeans sangat cuma more like a skinny pants. suka sangat tengok fashion dorang. anyway, di Toko Tiga kaum lelaki mostly sukalah sebab sini jual jeans, jaket dan bermacam-macam lagi. mostly it's men apparel. saya adalah orang pertama yang grab jeans dan blouse siap kena tegur dengan jeffrey..."ezzan cepat saja dapat barangnya" auuuch! mana tak nya asal jeffrey nampak saya saja tangan kiri kanan penuh dengan beg plastik. haha.



bukti resit pembelian Levi's - oh, dd sila jeles saya dapat bergambar dengan
storm indonesia. eh eh nak tukarlah transformer indonesia. bahahah!

(harap maklum beliau bukanlah pekerja kedai toko tiga ;p )



ini bukan orang betul yang tersangkut tak boleh keluarkan badan dari lubang itu.
ini cuma patung perhiasan. harap maklum. ahaks!



Selepas ke Toko Tiga, kami ke Rumah Tas kerana ingin mencari handbag untuk makcik saya. mula-mula ingatkan nak beli kat Pasar Baru sebab sana pun jual banyak bag yang cantik-cantik juga tapi oleh sebab kak zu dah pesan kalau nak beli bag pergilah Rumah Tas jadi being obedient and all, kami pun ikutlah cadangan itu. sekali tu noks, hamik kau...masuk kedai tu belek-belek keluar balik tak sampai 15min pun dalam tu. berpeluh tengok harga dia. hehe. oleh sebab itu tiada gambar disertakan sekali. sekejap ya amat.


Next up, kami ke Rumah Mode untuk mencari baju-baju perempuan yang KONONNYA murah. the girls tentulah yang overdose punya excited sebab ingatkan murah. bila masuk saja kawasan Rumah Mode tu terus kami kagum dengan landskap di sini. oh ye, another thing is that i was actually really amazed on how they decorate their toko (kedai) dari dalam sampai lah ke landskap dia. turun je dari van kami terus snap photo sebab terlampau cantik scenery itu lalu diri ini berubah menjadi obsessed dengan kamera, pantang nampak kamera mesti nak enterframe. haha. bila kami masuk dalam...belek-belek then tengok harga terbeliakkan mata pastu letak balik dan pusing kedai sentuh sana sini sikit lepas tu keluar. ok, harga mahal, lebih kurang kat malaysia jadi kita continue bergambar di bahagian luar sahajalah. hikhik...



aksi 5 orang tua bersama saya yang muda yang semua tak malu untuk berposing
hahaha!




selepas itu, aktiviti biasa berlangsung. aktiviti MAKAN. hahaha. kami masih lagi makan di Rumah Sederhana. hah kau takmo berenggang langsung dengan rumah ni. hehe. masa makan tu kami berbincang tentang masa depan masing-masing. haha masa depan inda. kami cuma discussed pasal tentative programme for the third day. bincang punya bincang, sampai jeffrey pun dah tambah air teh yang wangi dan sedap walaupun tawar kami akhirnya sebulat suara untuk tidak pergi ke Tangkuban Perahu dan Strawberry Farm due to the limited time as we needed to go back to Pasar Baru the next day to find handbags for Ummu and my auntie. lepas makan kami lepak. bukan lepak di tengah kota. tapi letak di dalam bilik hotel. heheh!

ps : kalau nak detail lagi apa yang berlaku, lawatilah blog dd dudu.


Next One : Bandung - Day Three...tunggu jangan tak tunggu :)



8 comments:

mun-e said...

btl ke itu cuma patung hiasan? sekali org betul yg bekerja nyamar jadi patung. hikhik

amboi2~~~ ade org tu dah ber pre-honeymoon di sane ye ;p

Jasman Hazly said...

Gila la ko....dah cam cerita Spa-Q dah ko tulis blog...woahh..hebat la. Nasib ko pergi 4-5 hari jer....kalo ko pergi 1 bulan....dah jadi cam cerita Oshin dah....hehhe...ko patut letak perkataan Telenovela kat tajuk tuh....hahahaaha.

Ezzan Yusop said...

muni : betul betul betul...pre-honeymoon? couple A ke couple B? hikhik...

jasman : hahahahahha lawak2 komen ko ni...=))

dd dudu said...

ezann, hihihi dd xpegi pun pagi tu hahaha sbb kuku dah ngedate ngan idzuan pergi jonas photo, bile dd turun dorang dah balik uwaaaaa :'o sbb tu dd naik atas bilek kite balik ;p


muni, siapa yg pre-honeymoon? couple A ke couple B?

noname said...

couple C~ ;D

izan.. bukan tako la.. toko.. tako tu sotong dlm bhs jpun ;D

dd dudu said...

mesti ezan akan reply kat kuku

"tegur indaa~"

mun-e said...

ooo gitu ek.. ksimpulannya smp hari last dpt x ko pegi jonas foto tu dd?? hehe

aku google jonas photo sume kuar gamba jonas brother tu ceh kena letak jonas photo indonesia baru btl haha

dd dudu said...

x pergi pun uwaaaa, hari ke3 tu kuar awal2 pagi sebab perjalanan jauh huk2