Followers

Wednesday, March 3, 2010

why i love school so much



tadi bersembang dengan aida, ros dan linda pasal adi putra budak genius tu kan masa minum-minum petang. kelasss mak ngah kitorang sembang topik serius ni takde dah pasal boyfriends or love ni. kata dah tua matang. jadi topik nak bersembang mestilah topik yang matang and orang kata berkualiti gitu (padahal sebelum tu cakap pasal menari-nari macam hindustan and pasal CSI high tech semua ceh berkualiti lah sangat. kehkeh!)

anyway, dia kan takmo pergi sekolah semua kan sebab dia kata bosan dia dah tahu kan. bagi saya pula, kita pergi sekolah bukanlah untuk belajar semata-mata. itu semua untuk meluaskan pengalaman. mana lagi nak cari pengalaman first day sekolah nangis-nangis nak balik rumah, pengalaman berjalan pegang-pegang tangan nak pergi mana-mana dengan kawan. pengalaman beratur luruskan barisan masa perhimpunan. pengalaman mak bagi duit RM1 untuk belanja (masa tu barang murah kan) beli makanan tapi akan beli pemadam lah, pensel lah oh sungguh sweet kenangan itu kan. pengalaman ada kakak angkat lah, adik angkat lah sekarang ni tak kuasa nak ada adik angkat adik sendiri pun tak terjaga cewah! ok, lagi...pengalaman pergi pusat membeli belah (sekolah saya dekat dengan shopping mall The Weld and murid-murid dilarang pergi sana unless with parents la) lepas waktu sekolah dengan pakai uniform pengawas (oh dulu sekolah rendah saya pengawas tapi pengawas nakal haha) dan terkantoi dengan cikgu disiplin lari lintang pukang i noks balik sekolah dengan geng-geng. LMAO. hah lagi satu...pengalaman jatuh masa berlari ke kelas sampai dahi darah siap berjahit lagi tu (ye, saya lah tu. berlari sebab takut lambat masuk kelas. sekarang ni kalau lambat takde maknenye nak berlari. lagi mak jalan lenggang kangkung adalah. kahkah!).

sekolah menengah pula macam-macam pengalaman dapat. pengalaman kena denda dengan cikgu sebab ingatkan dah siap kerja sekolah dengan konfidennya hantar buku nak ditanda sekali tu hah amik kena baling ke luar buku tu sebab page kosong. haha. kelakar masa tu malu nak termampos. lagi satu pernah kena denda berdiri atas kerusi semua orang dalam kelas sebab cikgu tu marah sebab apatah tak ingat. lawan pengawaslah, bawa barang yang dilarang lah contoh macam liquid paper and keychain gambar artis (masa tu famous dengan Winter Sonata) pastu bila ada spotcheck kelam kabut semua nak sorokkan barang dalam handbag cikgu kitorang. handbag cikgu jadi mangsa sebagai tempat persembunyian barang haram ye, cikgu pun bersubahat. hahaha. it was such a sweeeeet moment!



cuba bayangkan adi putra tu dah besar and sedang melepak bersama kawan (eh, dia akan melepak ke? kuikui!) and dorang bersembang pasal kenangan zaman sekolah, mesti dia akan duduk diam je kan sebab tak gi sekolah. takde memories to speak of.




*wah rajin gila update blog hari ini. hehehe! bila ada idea macam ni lah, macam seorang karyawan menghasilkan karyanya. wakakakah. apa aku merepek ni labu.. ;p



6 comments:

mun-e said...

hahaha btl btl. nanti adi putra tu melopong je sambil bersedih dlm hati dengar org bercerita.

huhu.

psstttt: ade sorg lagi budak genius dr singapore, elok je die study kat HELP kat dgn ofis kite ni haaa. takde pon kecoh2 mcm adi putra ni. huhu. mebi pemikiran mak pak die yg agak kg2 sikit kot yg jadi kan die mcm ni (i mean dgn kes ubat die ade steroid sume tu la plus asek tukar tempat belajar je hehe)

oh mak pak adi, jgn marah saya ya. huhu

pari-pari menyanyi said...

huuu..

besh laa time skool..

besh gile

konon2 bajet time tu mcm bdk baru nk up la an,.. terasa senior kononnya bila da form 5.. sumpah sweet sgt..

hihi

bdw pegi sekolah adala satu journy bg bdk2 yg akan belajar secara normal. jadi pegi lah ke sekolah k..

hihi

Ezzan Yusop said...

muni : macam tadi kitorang bersembang, gelak giler2 lah 2 jam tu duk bersembang tak hingat dunia. banyak betul memori. best apa sekolah. kids should be allowed to be kids. don't act like a grown up. you'll be missing out the joy of childhood! ok apa yang tetibe nak berbahasa inggeris ni. hehehe!

pari-pari : yup, betul2. saya pun selalu berlagak senior. kahkah! habis hebat lah tu. pergi sekolah tu bukanlah sebab nak belajar je. nak berkawan, nak bergumbira sume tu you experienced masa sekolah ;)

~ ReD ~ said...

miahaha.. sekali kluar tarian hindustan daa..ekekeke ;p

ko pernah buat tak trick ni..

bawak barang larangan, nak sorok, sorok dalam bra ;p cool tak??miahaha. kalau bawak hp, hp tu tiba2 vibrate sebab ada org call, apa perasaan kau? agak berahi bukan???*gelak guling2*


kalau boleh, buat jahat eeh silap.. buat nakal, jangan libatkan cikgu. kesian cikgu tu kang kalau kantoi bersubahat ngan student (masih ada sifat perikecikguan) haha

Ezzan Yusop said...

linda : kahkahkahkah!!!! =)) xpnh lak aku nak sorok dalam bra. mntk tlg cikgu yg kamceng la weh. kehkeh!

~ ReD ~ said...

nak suh kau try, dah x kena masa plak..haisshhh...nasib la kau melepas..hheheheh