Followers

Monday, July 26, 2010

budaya angkat-mengangkat


tadi dengar Era.fm masa on the way nak pergi kerja. ye saya memang dengar Era pagi-pagi sebab suka celoteh riuh pagi Era tu. especially bila segmen Can I Help You? wah boleh buat orang fikir saya gila lah sebab gelak sorang-sorang dalam kereta. tapi saya dengar pagi je. petang saya lebih dengar lagu so selalulah browse here and there tapi selalu akan stop kat Fly FM. eh itu bukan main point nak cerita ni.

main point dia pagi tadi pasal mula-mula angkat sekali tu tersangkut lah pula. ye tak lain tak bukan pasal kakak angkat, abang angkat, adik angkat dan isteri angkat. eh itu takde woah naya je tak pasal-pasal. mula-mula saya terfikir ada lagi ke zaman angkat-angkat ni. then ray kata 'paknil, selagi ada sekolah selagi tu lah akan ada proses angkat-mengangkat ni' which i find it surprisingly true.

semua ni budaya kat sekolah. memang start dari sana kan. ada yang sebab suka tapi tak berani and malu nak propose jadi couple. takut kena reject baik jadi adik angkat/abang angkat. bak kata paknil 'dorang guna istilah adik angkat ni semua ni sebagai lesen je nak berkapel' which again, membuatkan saya mengangguk sorang-sorang dalam kereta.

saya pun macam tu juga. eh eh korang jangan ingat saya dah miang masa sekolah lagi ek dah ada abang angkat bagai. fyi, i'm from a girl school. so istilah abang angkat tu tiada lagi pada masa itu dalam hidup saya. masa sekolah rendah, diorang memang ada buat program adik angkat dengan kakak angkat. tujuan utama supaya kakak angkat tu boleh bimbing adik-adik tu. diorang padankan budak darjah 6 dengan budak darjah 1, darjah 5 dengan darjah 3, darjah 4 dengan darjah 2. so dapatlah saya adik angkat budak darjah 3 masa darjah 5 and darjah 1 masa darjah 6. tapi saya ni kategori malas ya amat. kantoi dah dari sekolah rendah malas. jadi saya memang jarang lah nak berutus surat nak tanya khabar adik angkat tu. tapi adik angkat yang pilihan saya sendiri saya layanlah. wah double standard tau. haha. looking back, terasa macam tah pape tah.

then masuk sekolah menengah, ada terminat seorang kakak ni. wah minat-minat bukan lesbian ek. cuma suka tengok seorang kakak ni cantik sangat putih dan ayu je. and dia bukanlah tomboy ke apa. oleh sebab dia kapten rumah sukan saya so dah selalu lah jumpa then terus tau cakap kat dia 'kak, boleh tak nak jadi adik angkat kak S***?' wah wah berani tak bertempat budak ni. haha. tapi masa tu kan dah habis rock lah tak takut apa-apa terus pergi approach. sengal betul.

masuk diploma baru lah terasa dunia terbentang luas. banyaknya lelaki. ok that sound so lame. tapi bila dari darjah 1 sampai ke form 5 sekolah perempuan jadi macam ohmakkau handsomenya dia tu, eh abang tu comel lah dan pelbagailah lagi. jakun sekejap. masa diploma berkenalan dan tertarik (cewah) dengan seorang abang fasi ni. ish siapa suruh dia jadi alim masa minggu orientasi tu. siapa suruh dia cakap wo ai ni masa perhimpunan tu. kan dah terpikat. aish. nama dia emmm emmm nak beritahu ke nama dia kang dia glamer tak pepasal lak. haha. anyway, dipendekkan cerita dia pun jadilah abang angkat saya. oh ye lupa nak beritahu, saya pun ada kakak angkat masa ni. tapi yang ni program dekat kolej. so nak taknak kenalah ada kakak angkat. nasib baik sporting. thanks to her saya berkenalan dengan abang angkat saya tu lah.

pastu kan bila diorang dah habis belajar kan terus kau terlupa langsung. dah tak layan. dah tak balas email. dah tak sms ke apa. mendiamkan diri je. haha. ni lah susahnya jadi saya. i tend to forget all the attractions i once had towards that person. macam sekarang. dah lupa dah perasaan suka kat shahir ni. ish tak boleh jadi. perlu pupuk kembali. sekian. selamat beramal.


soalan cepumas : berapa patah perkataan kah dalam karangan di atas? ;p



5 comments:

farah said...

dulu berlumba lumba siapa paling banyak kakak angkat. motif? ntah. skrg, jumpa pun buat2 tak nampak. hahahah! malu ke bosan ke tak tau lah tu.

Ezzan Yusop said...

farah : hahah those were the days. siapa ek kakak angkat farah? bukan byk ke. sekali dgn remy semua tu. hehehe. aish. funny lah bila teringat balik. hehe.

farah said...

banyak kot. tapi yang paling best kakak angkat masa std1, kak teh std6. lepas tu hilang, contact num pun tak pernah amik. yang ada cuma gambar masa hari anugerah cemerlang sekeping. tiga belas kemudian jumpa kat mana tau, friendster! hahah skrg dia cikgu BI kat semporna, sabah.

yg lain2 tu buat collection je dgn remy hahahah mcm kak edna, sape lagi ntah. kak edna duk dkt je tp tk pernah jumpa, masa kt cbn dulu dua2 buat tak kenal je hahahah! masa sekolah dulu ingat lagi habis sekolah je dia tunggu nak kasi present itu ini. pastu nak jealous2 gaduh pulak rebut kakak angkat wahahahah kelakarnya skrg tak boleh tahannn.

masa tu malu konon, skrg nak guling2 ketawa mcm tak percaya je dulu perangai mcm tu. haritu cousin farah kahwin, kt wedding dia jumpa shari, and baru2 ni kak alina pun kahwin jugak. kak ezzan cepat kahwin, hantaran 30k mesti!!

Ezzan Yusop said...

farah : ha edna. ingat pun nama dia. kakak angkat kesygan farah kan. hahahah lawak la pula siap tggu nak kasi presie rebut2 jeles bagai. ah budak sekolah. sungguh kiut lah. hehe. kawin? hahah lambat lagi kot, still 20 at heart ceh konon...non ado 30k. tu kalau ada anak dato' yg terkenan ke boleh lah demand harga tu. hehe.

k0m4nd3r said...

Dah lupa kat encik shahir? Hohoh!