Followers

Saturday, July 10, 2010

pengalaman masuk hospital


pssstttt ni nak cerita sikit pasal trip saya ke hospital di terengganu. uols tahu tak saya masuk ICU? bukanlah saya tiba-tiba pengsan disana dengan bau-bau ubat terus kena masuk ICU. cuma saya ditugaskan untuk check sistem yang telah dideploy ke hospital tersebut. wow! first time ni masuk ICU. terasa macam dalam set Grey's Anatomy. cewah. al-maklumlah saya bukannya doktor jadi bila masuk ICU ni terover sikitlah feeling dia. tapi bila masuk tu kan. satu kesimpulan dapat saya rumuskan. saya memang tak sesuai jadi doktor. kenapa? sebab bau segala ubat memeningkan kepala saya. bayangkan tengah test sistem tapi kat depan workstation ada pakcik yang bagi saya agak tenat kot. takut wooah. sedih pun ada. tu lagi satu sebab kenapa saya tak boleh jadi doktor. bila tengok orang sakit teruk saya sedih.

another thing kan masa tengah test sistem kat wad lelaki, rupa-rupanya selang satu katil daripada workstation tu ada jenazah. yang baru meninggal dunia pagi itu. dah lah masa tu agak bising juga di wad dengan kitorang sibuk dengan uat tu kan. mula-mula memang tak tahu tau kenapa ramai betul yang lawat satu katil tu. sekali tu bila ternampak 2 atendan ah tak reti eja attendant bawa pengusung mayat terus saya terdiam. sorang-sorang ahli keluarga dia nangis. then bila diorang bukak langsir yang cover katil tu kan, terus saya ternampak jenazah yang dah siap berbungkus. lagilah kau terkejut noks. bayangkan saya, katil dan jenazah. boleh bayangkan tak? oleh sebab saya seram sejuk saya terus toleh kat laptop sambil tu sedekahkan Al-Fatihah.

ok. lepas diorang dah usung pergi jenazah tu saya ingatkan keadaan dah kembali normal lah kan. sekali tu kan uols, saya tengah berdiri betul-betul dekat laluan orang keluar masuk, then dari belakang ada nurse yang tengah tolak katil. rupanya katil tu lah katil si mati tadi. ya rabbi nampak darah merah atas cadar tu. boleh bayangkan tak boleh bayangkan tak? saya sebelah katil jenazah tadi tu.

aishh...tiba-tiba rasa mencabar juga ye jadi pegawai IT di hospital-hospital ni.





3 comments:

~ ReD ~ said...

Pegawai IT hospital memang kena lalui situasi cmtu ker???huhu

Latest Entry : GengBlogger Gathering, Here We Come!

Anda mungkin meminati entry ini <a href='http://journey-of-red.blogspot.com/2010/07/pengakuan-terbuka-aku-curang-pada.html>Pengakuan Terbuka : Aku Curang Pada Kekasihku!</a>

dd dudu said...

haishhhh silap dd pegi baca entry ni tgh2 malam

haishhhhh

Ezzan Yusop said...

linda : hehe. ye kot. first time ni. :)

dd : miahaha sapa suh baca mlm2. ish ish ish...