Followers

Friday, July 9, 2010

bad bad movies


maaf. lama menghilang. bukan kerana keciwa sebab german kalah. mahupun keciwa bercinta. tapi sebab saya sibuk. saya tahu. sungguh cliche. tapi tak kesahlah labu. janji rock. beberapa hari yang lepas saya ke terengganu untuk bershopping UAT. bukan uat sebagai shortform buat ek tapi ini UAT. apa itu UAT? sila cubit pipi sendiri kalau malas nak google. malas bebenor kamu ni. eh kenapa cubit pipi. entah saya tidak tahu. haha. oh ye pergi balik naik flight MAS. entah kenapa kan sejak dah pandai tengok movie kadang-kadang saya ada perasaan takut gak naik kapal terbang ni. ni semua salah filem hollywood lah ni.

1) Final Destinations - yang pertama ok. kalau korang pernah tengok cerita ni confirm rasa macam seram sejuk je kan masa nak take off tu. saya kadang-kadang suka fikir bukan-bukan. kadang-kadang kalau saya nampak kat dinding flight tu macam ada calar calar ke terus teringat kat cerita ni. issh bad influence bad influence. another thing saya selalu fikirkan masa nak mendarat tu kan tiba-tiba roda tercabut. boleh bayangkan tak tengah laju tu mendarat sekali roda tercabut pastu tersasar lalu meletop enjin. PFFT!!! WEH, KENAPA KAU BUAT ORANG LAIN TERFIKIR PASAL ITU JUGA?! mungkin itulah yang akan korang cakap bila baca ayat ini. cewah.

2) Snakes On A Plane - woooo cerita ini buat saya selalu tak senang duduk kadang-kadang rasa nak duduk bersila. takut ular lalu kat bawah seat passenger. extreme sungguh khayalan saya. lagi takut nak pergi toilet sebab dalam cerita tu ular tu first keluar kat toilet masa scene ehem ehem tu lah. hah. scene apa tu. pepandai lah korang fikir sendiri. miahaha. kenapalah diorang buat cerita ular-ular ni. aish.


3) Air Force One - eh bukan kasut Nike Air Force 1 tu ek kang korang blur-blur pula. Air Force One tu President USA je boleh naik. walaupun mati hidup balik non ado nak dapat naik Air Force One tu, selalu juga fikir kalau ada penjahat yang nak take over the plane.saya suka tengok muka-muka yang satu flight dengan saya. ada juga terlintas 'eh muka dia macam muka orang jahat' tapi saya sedapkan hati je. tahu tak baik fikir bukan-bukan pasal orang lain entah-entah dia anak datok yang loaded ke tapi can't help it lah kawan.


ok dah. yey spain masuk final! eh kau bukan sokong germany ke? saya sokong dua-dua. kalau tak percaya, bacalah ini.



No comments: