Followers

Monday, August 30, 2010

video malaikat turun ke ka'abah


saya rasa mungkin ramai dah tengok video orang post kat wall facebook pasal yang malaikat turun kat ka'abah tu kan. termasuklah saya. first time tengok macam berdetik gak kat hati ni 'betul ke bentuk malaikat macam tu?' saya tahu malaikat memang ada sayap seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran sendiri. jadi bila lihat video tu and terang-terangan nampak sayap agak saspen juga. ye la siap diorang tunjuk laluan dia turun dan naik. siapa lah tak terkejut dan terkesima kan...tapi hati ni masih ragu-ragu betul ke? boleh percaya ke video tu?

aleh aleh tengok lah satu video yang memperbetulkan semula video malaikat turun tu. kira dia point out all the flaws in the video. bila tengok video tu kan saya rasa macam 'ha a ek! kenapa letak still photo? tak letak dalam video juga?' and also mula-mula tiada kain putih kat ka'abah masa dalam video tapi tetiba ada pula kain putih tu masa still photo. orang yang record tu macam tahu malaikat akan turun. sekejap dia kat bas, sekejap dia dah dalam area ka'abah. hmm boleh menimbulkan tanda tanya.

i'm not saying that that video is fake or not, sebab kita pun tak tahu kebenarannya kan. tapi in the end, i feel like what's more important to me is that i believe in their existence. samalah macam udara. kita tak nampak udara kan? tapi kita tahu udara ada. sebab kita masih boleh bernafas. lagipun malaikat boleh menjelma dalam pelbagai bentuk kan. rasanya tidak perlulah kita jenuh memikirkan macam mana rupa malaikat sampai menyebarkan video kepada orang ramai.

it's what you believe in your heart that matters.



ps : oh ye memang saya tak link kan video tersebut. sebab takmo terlibat dalam sebarang sebaran yang belum pasti kesahihannya. nak tengok cari sendiri ye. tapi saya rasa tak payah kot tengok. sebab saya rasa mungkin akan menimbulkan syak wasangka. tu pendapat saya lah.



2 comments:

k0m4nd3r said...

Kalau Allah nak tunjuk bukti kekuasaan-Nya, tak perlu nak tunggu sampai pokok sujud, ubah terbang, Kalimah Allah pada langit, Sejadah berdir sembahyang, Perasan tak? yang sebenarnya, udara yang kita sedut, kelahiran dan kematian, rambut tumbuh, sakit, waktu, semua tu bukti dan tanda kekuasaan Allah. Ada hadith pasal ni dan ada satu cerita pasal nih. Nanti kalau ada masa saya link kan. Tak silap pasal cat steven masuk Islam kot. Pada tukang buat video tu, kalau tak betul, terpulang pada niat anda. :D jangan sampai Islam di pandang hina sebab video anda tu. :D . err.. saya pon tak tengok video asal lagi, ezzan ada copy?

Ezzan Yusop said...

fahmi :ezzan xde copy pun. tgk kat wall FB je. ada org shared video tu. tp ezan xshare balik. xmo lah share2 video yg boleh menimbulkan slh faham. heee ;)