Followers

Sunday, August 1, 2010

siapa nyanyi lagu ni ek?

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku

Kau adalah hidupku

Lengkapi diriku

Oh sayangku, kau begitu

Sempurna.. Sempurna..



situasi : lagu latar majlis perkahwinan jiran kampung. bertempat di restoran nelayan, taman tasik titiwangsa dan para pelakon terdiri daripada saya dan ahli keluarga serta sedara mara saya. tengah bersoksek-soksek. perbualan berlaku seperti berikut...

dialog pelakon umur 50 tahun : "siapa nyanyi lagu ni ek, anuar zain ke? tapi suara bukan macam anuar zain"

pelakon umur 25 tahun jawab : "eh ada plak anuar zain. ni lagu indon ni. rasanya hmm nidji kot!"

pelakon umur 21 tahun balas : "eh bukan ungu ke?"

pelakon umur 25 balas balik tak mahu kalah : "eh ungu ke? bukan nidji ke? hmm..."

pelakon umur 50 tahun sampuk : "bukan peterpan?"

masing-masing kerut dahi. tak puas hati. selagi tak ingat siapa nyanyi selagi tu nak tegakkan jawapan masing-masing. sekali tu kan sedang kami duk berbalah siapa nyanyi lagu tu, budak berumur 8 tahun menjawab sambil muka bengang...

...

...

...

...



"Andra & The Backbone lah!"

*bengang tengok orang tua berbalah. haha.*



No comments: