Followers

Friday, June 11, 2010

caca merba


nota 1 : entah kenapa saya tidak pernah merasakan Justin Bieber itu cool walaupun hampir seluruh dunia go Bieber Fever. bagi saya dia hanyalah sekadar orang kata apa tu...hmm ha budak-budak baru nak up. mungkin faktor usia menyebabkan saya berfikir begitu. tapi yang peliknya asal terdengar je lagu dia 'Baby baby baby ooohhh' saya pun turut menyanyi sekali. kadang-kadang bila dah habis lagu tuh, saya masih lagi menyanyi chorus lagu tu. pelik.

nota 2 : saya sangat suka coklat murah. selalu rasa coklat mahal tak sedap. dah lah tak sedap. pahit pula tu. suka sangat-sangat Crispy atau Kit Kat. eh tapi kalau coklat Daim yang murah tu memang saya tak suka. sebab dia suka lekat kat gigi. tak comel bila bercakap ada coklat. macam iklan dentyne tu lelaki yang ada daun lekat kat celah gigi. hehe.

nota 3 : saya sangat hairan. kadang-kadang takde buat apa pun waktu siang selain dari mengira waktu untuk pulang pada hari bekerja tetapi balik rumah tetap penat. rasa nak tidur je. dalam pukul 9 camtu dah menguap banyak kali dah. tapi tahan gak mata sebab nak masak lauk. bukan masak betul-betul. masak kat cafe world. haha.

nota 4 : serius tak faham. kenapa orang gomen (yang perempuan) tak boleh pakai seluar slack masa kerja? kenapaaaaaaaa?????!! *tak puas hati ni sebab couldn't see the point*

nota 5 : oh ye. minggu ni je saya rasa nak sekeh kepala seorang cleaner ni. 1st time dia tegur tak boleh basuh botol air dalam toilet (pfft?!!) sebab nanti bos dia marah sebab kotor. then saya pun balaslah "itulah tugas seorang cleaner. membersihkan kotoran" sambil tersenyum. ok tipu. saya balas dalam hati. dia suruh basuh kat pantry. ok alasan diterima. the second time around, saya dah nak terkucil boleh pula dia kata jangan guna tandas dulu sebab dia baru bersihkan nanti kalau terus guna kotor balik. BODOH. kau ingat aku ni kucing ke nak kencing dan berak merata. cakap je lah kau pemalas nak bersihkan balik.

nota 6 : kadang-kadang geram bila orang anggap bila namanya pegawai IT, mesti tahu semua benda pasal komputer. kalau macam tu, boleh lah saya cakap asal namanya doktor mesti tahu pasal semua penyakit kan? faham tak contoh kalau korang ada komplikasi masa mengandung,korang pergi jumpa doktor pakar mata. korang pergi sebab kononnya dah nama dia Doktor, mesti dia tahu sakit apa and apa nak buat. tak logik bukan? samalah macam IT. ada orang IT yang hebat programming, ada yang hebat tang networking, ada yang hebat pasal database, ada yang tak hebat langsung macam saya. haha. faham tak apa saya nak cakap ni?

nota 7 : dah, saya nak bersiap, nak kejar flight ke Kelantan. okthxbye.




3 comments:

~ ReD ~ said...

hoh!! stress aku! stress!!! stress bila banyak pulak songehnya dalam sehari.heheh

dd dudu said...

saya sokong nombor 6

tp bukan yang part ezan x hebat langsung tu.. tp sokong nombor 6 lah! hehe phm x phm x

Ezzan Yusop said...

linda : aku pun stress. stress sgt. gi meeting makan free pun aku stress. hahaha!

dd : phm phm ;p