Followers

Monday, June 21, 2010

budak kampung

entah macam mana entah semalam, tiba-tiba adik saya meera tegur. "kak shida putih ek" wah i apalagi noks terus melompat keriangan haha tipu. baru macam nak berbunga lah sikit ke perasaan bangga tu kan sekali tu ayah spoiled mood. "dulu masa duduk kampung dia hitam". oh wajahku terus berubah menjadi ini (-_-).

ayah terus bercerita "dulu masa ayah datang nak ambik dia balik KL terkejut tengok kak shida dah macam anak india". waaa terus nangis disitu. tapi dalam hati saja. hee. mana taknya, dulu masa cuti sekolah mesti rasa seronok sangat sebab dapat balik kampung. suka balik kampung masa tu sebab dapat jumpa geng. masa itu saya sangat buas. rasa macam dunia ini ana yang punya. makcik saya siap cakap "kak shida ni balik kampung je mesti merayap ke mana-mana tah!" ye walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di KL tidak bermaksud saya ni sekadar budak bandar bila saya kat kampung. dulu ada juga yang usik-usik kata woah budak KL dah datang ni. tapi takkan lah masa tu saya nak duduk rumah je kan mestilah nak berkawan. so apalagi...

saya pernah siap nak menceroboh masuk kawasan padang golf belakang kampung saya ikut jiran belakang rumah. naik motor dengan kakak saudara sampai accident dan terus fobia selepas itu. masuk hutan keluar hutan. main sembunyi-sembunyi kat dalam kebun getah. mandi air pasang siap jumpa ular. main galah panjang sampai jatuh-jatuh jerit-jerit. main baling selipar, baling tin sampai berlebam jugalah. main rounders dah rasa macam hebat masa tu. main mercun sapa yang tembak ke langit paling tinggi dia adalah ikon ketika itu cewah. pergh. saya memang lasak.

benda-benda macam tu yang budak sekolah kat KL tak main. ye lah, sekolah kan takkan nak main baling kasut sekolah pula kan kang tak pasal-pasal mak bapak datang sekolah anak dia cedera kena baling. hehe. so kat sekolah paling popular masa zaman saya dulu main getah in out side by side dan permainan kad macam one happy family semua tu. kat kampung? non ado nak main permainan macam tu. tak rock lah brader.

tapi sekarang bila masing-masing dah besar, dah masuk sekolah menengah tegur pun jarang bila balik kampung. saya duduk je kat rumah tunggu orang meminang. haha over sikit. saya berkepit je dengan arwah nenek. tiada sudah aktiviti geng pengembaraan bermula *ye lebih kurang upin ipin gak*. ada yang saya dah terlupa nama mereka. rupa mereka. worst, saya tak ingat yang saya pernah berkawan dengan dia especially bila ada yang nak kahwin dan famili saya dapat jemputan. mak akan berkata "ala, dulu yang shida main dengan dia kat kampung tu". saya selalunya akan membalas. "tak ingat!" ahh teruknya kamu.

boleh tak habis cenggini je? ;p



3 comments:

dd dudu said...

bukan ke ezan memang gangster

oooo gangster kampung gak ekkk

ekekekeh kehehe

Anonymous said...

hahaha...dh puas hitam masa kecik2, beso2 ni putih la plak :D

Ezzan Yusop said...

dd : gengster kg dusun. kehkeh!

linda : mcm michael jackson lah ni. eh arwah michael jackson. cewah. ;p