Followers

Sunday, September 6, 2009

seriously unwell

saya tak sihat untuk beberapa hari ni. demam plus batuk plus selsema plus sakit kepala yang amat sangat sampai tak boleh buat apa kecuali baring. bangun untuk solat pun rasa berpinar je pandangan. tapi saya still puasa okay walau dah tak larat gila. takut juga kena virus H1N1 ke (minta dijauhkan!). so saya pergi jumpa doktor, dia tiada pula mentioned apa-apa pasal virus tu. dia just ambil my temperature and said 'panas demam awak ni'. then, the doctor suggest supaya berbuka puasa tapi memandangkan waktu itu nak dekat pukul 4 petang, rasa sayang pula nak berbuka. dah setengah hari dah, 3 jam saja lagi nak berbuka. so tanya doktor, tiada alternatif lain ke? sayanglah nak berbuka. huh, saya memang degil. hehe! sekali tu kan doktor cakap, 'ada, kena cucuk lah!'...masa tu tergamam jap, hmm nak berbuka ke nak kena inject. fikir punya fikir, then pilih cucuk lah. lama pula tak kena cucuk. macam cool je you know kena inject ni, fikir saya. haha. tanya doktor balik 'cucuk kat mana ye' masa ni dah bersiap sedia nak sinsing (betul ke ejaan ni, tak pasti lah) lengan baju tapi sekali tu doktor cakap sambil tersenyum....

'kat punggung!'....

OhMakKau. terkezut i noks. 'Segannya!' kata hati saya tapi tak sedar saya dah tercakap kuat-kuat. haha. then the doctor said...

'kat lengan pun boleh cuma nanti rasa kebas'...
'you lefthanded ke right handed?' tanya doktor lagi.
'right doktor!' jawab saya.
'ok, nanti saya akan inject on the left hand!' saya mengangguk saja.

hmm, oklah kan. cucuk kat lengan takpe. masa tu fikir nak cepat baik, tak fikir sakit ke tak. then, bila dah rasa redha je nak kena cucuk saya pun hulurkan lah lengan. tengok jarum injection tu perasaan dalam hati gundah gulana ni. 'tajamnya jarum'. sekali bila dah terasa jarum masuk ke lengan, masa tu rasa nak bersuara...no, rasa nak menjerit pula.

'Woahhhhh! Sakitnya!'


pastu rasa macam lamanya cucuk, doktor takmo tarik ke jarum tu. huhu! lupa pula doktor tu tengah masukkan ubat dalam badan bukannya saja hobi dia main cucuk-cucuk orang. then, bila dah settle everything, betullah cakap doktor tu...kebas gila tangan. masih lagi kebas ketika post ini ditaip cuma tak sekebas awal-awal tu.



so, the point here is that just nak beritahu bahawa i'll be taking a medical leave (MC) starting tomorrow (monday) and resume work maybe on tuesday if i'm fully fit lah kan. takkan lah still batuk-batuk selesema tu nak pergi office nanti semua kat office tu kena jangkit lagilah teruk.


anyway, saya tahu dd, megat dan ummu akan merindui saya kan kan kan...dahlah korang, takyah nak malu-malu nak mengaku isi hati korang. muahahah!


oklah, saya nak pergi makan ubat and tidur selepas itu.
selamat bekerja semua!
(untuk yang bekerja di luar selangor yang tak cuti! ;p)





ps : oh ye. terlupa nak cakap. doktor diatas adalah doktor perempuan untuk muni kamu yang tertanya-tanya kenapa nak segan. lelaki ke perempuan ke tetap segan. dah jangan nak mempersoalkan ye. haha.




6 comments:

:: Si Ummu :: said...

hahahaha...mmg aku akan merinduimu syg...nggak bleh idup tnpa kamu di opis...hukhuk ;p

cian kamu...juz doa n harap2 kamu cpt smbuh n bleh smbung keje selasa ni...hahahaha...dengki cuti lelama...

puk~~

dd dudu said...

mengat laa, bukan megat

huhu, klu ezan xde, siapa nak gelak kat lawak dd hari ni ;p

rosealley said...

get well soon:)

Ezzan Yusop said...

ummu : hahahah. maybe sok aku cuti gak kot. sbb x kebah2 demam ni. batuk ni pn makin teruk je aku rase...huhu!


dd : oh, i forgot! mengat kan. hikhik! abg mengat tu ada, ezan dh pass baton kat die suh wat dd gelak arini...heheh!


ros : thank you kakak ~ :D

Anonymous said...

:( :( :(
hari ni OAS mendung tanpa ezzan.. dd pulak xbanyak buat lawak so camne teman nak gelak.. selamat berehat n didoakan cepat sembuh..

-wrx

Ezzan Yusop said...

mengat : bukan tiap2 hari mendung ke. hikhik! laa, nape dd xbyk buat lawak. megat kenalah nyanyi lagu Akulah Kekasihmu tu tpi tang Andai...(jgn lupe tarik n sengau tu penting!)..
konfemla dd akan gelak...hikhik!