Followers

Thursday, May 13, 2010

credit card? NO, thank you!


(entri yang tiada motif - sesaja nak update)


i have a confession to make...i'm a shopping freak. suka sangat-sangat beli kasut dan handbag dan tudung dan buku. yes, buku. kasut pun dah banyak sampai emak bising penuh kasut saya saja kat luar tu. saya gila bershopping. almost everything yang saya berkenan rasa macam nak beli. pergi KLCC rasa macam nak beli beg, pergi Alamanda rasa macam nak beli kasut, nampak mana-mana kedai tudung rasa macam nak singgah walaupun rasa macam nak belek je masa tu. tapi saya bukan orang kaya yang boleh keluar duit macam air yang mengalir. ataupun seperti mereka yang boleh swipe kad sewenang-wenangnya. ye, saya memang tiada kad kredit. dan saya sehabis boleh tidak mahu memiliki kad kredit. kenapa? sebab takut jadi macam Rebecca Bloomwood. hidup dikelilingi hutang.


mesti best kan bila pergi shopping boleh swipe swipe je kan. akan jadi lebih best kalau orang lain yang tolong bayarkan bil kredit kad tu. hehe. sebenarnya kalau diikutkan kelebihan kredit kad pun ada gak contoh macam kes ehem ehem saya tertinggal flight tahun lepas. nak guna cash beli tiket baru? rabak poket noks. hehe. masa tu rasa bersyukur sebab encik-tunang-tapi-bakal-menjadi-suami-dalam-masa-terdekat-ni (wah, panjang kau! ;p) si ros ni ada kredit kad. orang boleh cakap ala boleh je nak ada kredit kad yang penting kena kawal je nafsu shopping tu tapi hello!! you're talking to a girl who doesn't mind spending extra dime as long as she gets what she wants. ok. over sikit. tapi close. rehab for shopaholics? ada ke kat malaysia ni? huhu.

mungkin ada hikmahnya saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya. kalau tidak, sudah tentu mak dan ayah saya sudah diisytiharkan muflis. takpun, botak kepala nak bayar hutang anak-anak. hehehe.




2 comments:

dd dudu said...

hidup ceria tanpa kredit kad \(^,^)/

tapi kene makan hati gak laa bile kite nak beli baju cantek, dah ade dpn mata, tp xde duit ;p uhuk uhuk
*slalu berlaku pada diri sendiri


kedit kad ni penting gak kot2 kite pegi travel x cukup duit bayar hotel ke kan kan, tp xpe, klu pasangan tu, at least sorang ada kedit kad untuk kes2 emejensi okaylah tu

hehe

rosealley said...

bagus waktu terdesak la kan, tapi kalau boleh jangan ada, kita2 ni bukan leh caya sangat, haha;p

kite ada kredit kad, tapi untuk minyak jela, huu