Followers

Thursday, May 27, 2010

starting over



salah satu sebab kenapa saya tak suka nak bertukar-tukar kerja adalah kerana hari pertama. wah terus je masuk tanpa prolog ke apa. hahaha. ha, hari pertama bekerja. bukan malam pertama. linda baca betul-betul. wah linda tetiba. tahulah kan bila hari pertama tu dia punya gugup tu lain macam. saya sampai sakit perut ya amat. sakit yang macam korang rasa bila tahan kentut sebab masa tu tengah dalam mesyuarat. hah macam tulah saya rasa masa lapor diri. tapi saya tak kentut masa itu. ini mesti beritahu. haha. hari pertama bekerja saya rasa macam budak baru grad first time dapat kerja. dengan pakai tudung putih. ye, saya seperti budak lepasan spm. *wah kau tipu! haha*

bila kerja baru ni rasa macam kena start over kan. paling susah adalah apabila kita kena rebuild reputation at a new place so that orang kata kita ni 'well accepted' dalam kumpulan. first impression is really important. lagi satu yang payah adalah bila kita nak kena build a new relationship and friendship, yes. itu semua bukan senang. lagi-lagi saya ni sang pemalu *tipu lagi!*. kadang-kadang terfikir, how to start a conversation ek? especially dengan orang yang kita tak pernah kenal. tak pernah jumpa sebelum ni. nak kena tanya nama seorang-seorang. then bila dah sembang tu boleh lah pula terlupa nama orang tu. aish. apa nak jadi. selalunya saya akan terfikir. apa ek nak borak hari ni? kalau buat lawak kang ada tak orang nak gelak? hmm macam-macam lagilah.

i can be a bit paranoid at times. mesti fikir the famous 'what-if' questions. macam mana kalau takde kawan? macam mana ada orang tak suka aku? nanti aku nak lunch dengan siapa? kalau tak tahu nak discuss dengan siapa? aku ni akan diumpat tak nanti? you know, those common thoughts that always wander on that thick skull of ours. manusia kan. no man is an island. risau sangat kalau diri kita ni tidak dapat diterima baik oleh orang baru. sebab itulah, bagi saya kawan penting dalam hidup saya. sepentingnya keluarga. dua-dua bagi saya sama penting.

oh ye, so far di tempat baru ni not so bad lah. got some new friends. amat bersyukur ada ramai pegawai yang baru mendaftar. takdelah rasa janggal sangat. sekarang ni kena biasakan diri supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan masa. wah cakap macam jet-lagged konon. hehe. maksud perubahan masa adalah bangun pukul 6.15 pagi then keluar rumah pukul 7 pagi. balik sampai rumah pukul 6 petang. gila penat. balik mesti rasa mengantuk. sekarang ni kadang-kadang pukul 9 malam je i dah ngantok noks. saya dah berubah. wah! hehe.


eh motif apa tah entri kali ini. saja nak merapu meraban. hehe.



1 comment:

dd dudu said...

gelak kikikiki bila baca statement ini ---> selalunya saya akan terfikir. apa ek nak borak hari ni? kalau buat lawak kang ada tak orang nak gelak?



pang~ ;p